Ini salah satu sebab doa susah nak makbul

Ini salah satu sebab doa susah nak makbul | Assalamualikum dan salam
sejahtera. Mesti ada di antara kita yang selalu memanjatkan doa kepada yang
maha esa. Tak kisahlah apa pun doanya. Dan pasti ada daripada kita yang selalu
tertanya-tanya, aku ni solat tak tinggal, doa tu selalu, tapi Kenapa Doa Tak
Makbul juga? Apa Sebab Doa Tidak Makbul ni?
Aku bukanlah
pakar ugama. Tapi baru baru ini, alhamdulilah, digerakkan Allah untuk tengok 1
video dekat youtube. Tajuk ceramah ustaz itu adalah apakah Punca Doa Tidak
Makbul? Banyak juga yang dikupas cumanya aku tertarik dengan 1 point daripada
ustaz ni. Kiranya terkesan jugalah sebab selalu juga buat benda tu.
Sebab Sebab Doa Tidak Makbul.
Kita ni dah
elok dah solat tak tinggal. Berdoa selalu. Itu bagus tu. Tapi kenapa Allah tak
juga makbulkan doa kita. Allah tak sayang kita ke? Atau doa aku ni terlalu
besar? Bukan, bukan macam tu. Allah sayang semua hamba hambanya. Dan tiada apa
yang mustahil bagi Allah. Dia tuhan sekalian alam.
Oklah, Mengapa
Doa Tidak Makbul? Yang pertama sekali, cuba tengok diri kita. Penampilan kita,
pergaulan kita, dan tutur kata kita. Semua ok ke? Atau kita rasa ok walhal tak
ok sebenarnya? Ha, benda inilah yang selalu buat kita terlepas pandang.
Di antara Punca
Doa Tidak Makbul adalah Bahasa/perkataan yang kita guna atau keluarkan setiap
hari atau masa. Cuba tengok balik, dalam 1 hari tu, kita ada cakap yang buruk
pasal orang lain tak? Kita ada menuduh orang lain tanpa ada bukti yang kukuh
tak? Atau sepanjang hari kita mengata yang tidak elok pasal orang lain?
Kata ustaz,
ketahuilah di antara sebab Kenapa Doa Tidak Makbul adalah kerana hitamnya hati
kita ni. Hitamnya datang daripada mulut kita yang kerap/selalu berkata yang
tidak elok tentang orang lain. Makin banyak yang kita cakapkan, makin hitamlah
hati kita ni.
Kalau hati
dah hitam, macamana doa nak mudah makbul kan? Cuba bayangkan, dah berapa lama
kita hidup, pasti dah macam-macam benda kita kata kat orang kan? Allahurabbi.
Jadi
bermula hari ini, jom kita sama sama beringat. Berhentilah berkata yang tidak
elok pada orang lain. Rugi sebenarnya ruang dalam otak kita jika kita habiskan
banyak masa dengan berkata pasal orang lain.
0 Comments