Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli

Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan untuk menulis,
alhamdulilah. Oklah, Rasanya isu ini masih hangat diperkatakan di media social.
Mana kan tidak, ianya sampai melibatkan pihak mufti. Jadi tersangatlah besar
isu ini. Isu apa ya? Ala, isu yang kata Seminar
Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini ajar ajaran sesat. Katanya ilmu new age.
Dan macam macam lagi.
Perkara ini
dah pun mendapat perhatian dan pihak mufti sendiri telah mengeluarkan kenyataan
mengenai perkara ini. Boleh rujuk bayan
linnas mufti mengenai seminar metamorphosis ini ya.
Sebagai salah
seorang peserta Seminar Metamorphosis
oleh Afnan Rosli di Melaka, aku tak terlepas juga daripada tuduhan ini. Ramai
yang datang Tanya, kelas ini ajar tentang apa? Betul ke apa yang orang tulis
dekat media social tu? Betul ke afnan rosli ni macam ini, macam itu? Eh! Macam-macam
persoalan yang kawan kawan aku tanyakan.
Dan jawapan
aku sama je pada siapa pun yang bertanya, kelas metamorphosis ni ajar tentang
bahagia. Hahaha. Ya! Jawapan nya memang dia ajar kita hidup bahagia. Bunyi memang
pelik, tapi inilah hakikatnya.
Dan dah
pastilah ramai yang akan Tanya, dah kenapa kan bahagia pun nak di ajar. Tak ke
pelik, seminar afnan rosli ni kalau buat, habis dalam beberapa minit je. Kalau bukak
1000 tempat duduk, habis dalam masa beberapa minit je. Percaya tak? Tolonglah percaya
sebab inilah kenyataannya.
Dan seminar
yang terakhir, seminar yang penuh kontroversi dah pun habis minggu lepas, seminar mega metamorphosis cancel.
Berbalik semula
pada cerita Seminar Metamorphosis oleh Afnan
Rosli ini yang dikatakan ajar ilmu sesat. Apa yang aku boleh sampaikan
daripada apa yang aku belajar adalah, dia ajar kita bersyukur dengan semua yang
kita ada. Ini yang aku buat daripada habis kelas di Melaka sampailah ke hari
ini.
Afnan rosli
ajar tentang:
Bersyukur dengan
setiap anggota tubuh badan kita. Kita masih ada nyawa. Kita ada tangan yang
sempurna, ada kaki, ada mata, sempurna.
Kita masih
ada tempat tinggal, buka mata masih ada bumbung, tidur atas katil yang selesa. Ada
anak isteri di sebelah. Semua yang patut kita syukur.
Nak makan
apa sahaja, semua boleh masak. Nak tukar tukar makan, boleh je beli dekat
kedai. Itu syukur tahap tinggi dah tu. Kalau nak di bandingkan dengan saudara
saudara kita dengan kawasan perang tu.
Kemudian syukur
dengan semua benda sekeliling kita. Tengok pokok pun boleh menangis. Part ini
lah yang mungkin ramai kata sesat. Kalau daripada aku sendiri, daripada apa
yang aku belajar dekat Seminar Metamorphosis
oleh Afnan Rosli ini, rasa syukur sebab pokok pokok inilah yang menyinari
kehidupan kita.
Cuba bayangkan
kalau pokok tu semua warna putih? Berseri tak kehidupan kita ni? Cuba bayangkan
kalau pokok pokok tepi jalan atau dekat mana mana tiada? Kan nanti panas je tak
redup. Dan cuba bayangkan kalau pokok tiada? Daripada mana datangnya oksigen
kan?
Yang sebenarnya,
bukan takat tengok pokok je menangis. Aku tengok signboard pun aku menangis. Hahaha.
Ahh! Kang orang cakap aku sesat pulak ni. Kenapa aku menangis? Sebab aku rasa
syukur sangat sangat sebab aku boleh membaca. Tak seperti rakan rakan yang tak
mampu membaca. Lebih sedih, mereka yang langsung tak pernah melihat. Jadi salahkah
kalau kita bersyukur?
Banyak sangat
nikmat yang Allah beri pada kita ni sampaikan kita terlupa nak ucapkan syukur. Dan
inilah yang aku belajar dekat kelas metamorphosis dan amalkan sampai hari ini. Bersyukur
dengan semua perkara.
Mungkin ada
yang Tanya, itu part bersyukur. Macamana pula part meditasi? Travel ke umur 4
tahun semua tu. Terus terang aku beritahu, aku tak buat pun semua tu. Hahaha. Hidup
kita ada pilihan kan. Pada aku mudah, kau yang pilih kau nak belajar tentang
apa.
Katakan
dalam seminar tu ada 10 module. Tak semua yang kau akan ambil dan Pratik. Mungkin
kau ambil dalam 2 atau 3 module je. Percayalah. Yang lain mungkin kau akan
ambil sebagai nota sahaja.
Tapi part
meditasi tu, aku tak rasa pun ianya sesat kalau kau buat dengan cara yang
betul. Contoh aku bagi, meditasi ini kiranya kau kosongkan fikirkan kau
daripada fikir semua perkara. Tak semestinya kau kena duduk bersila sambil
tangan kau terbuka ke atas. Kau boleh je duduk rilek, tenangkan diri dan pasang
zikir (tak perlu pun pasang lagu 728Hz tu)
Tenang dan
jangan fikir apa apa. Kosongkan fikiran. Dengar setiap bait bait zikir tu. Fungsinya
untuk apa? Untuk ajar diri kau bertenang. Kadang hidup kita ini huru hara dek
kerana masalah dunia.
Terlalu kusut! Macam- macam kena fikir. Dan inilah caranya untuk kita ambil masa tenangkan diri. Adalah itu juga dikatakan salah? Kena sentiasa ingat ini, manusia yang tenang itu sentiasa menang.
Terlalu kusut! Macam- macam kena fikir. Dan inilah caranya untuk kita ambil masa tenangkan diri. Adalah itu juga dikatakan salah? Kena sentiasa ingat ini, manusia yang tenang itu sentiasa menang.
Dan banyak
lagi benda yang boleh dipelajari dalam Seminar
Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini. Banyak asbab perubahan yang berlaku
dalam diri aku sekarang ini bermula daripada kelas ini. Dan pastinya semua ini
atas izin Allah jua lah.
Ini kalau
aku nak tulis semua, rasanya boleh buat buku ini. Cumanya apa yang aku nak
sampaikan, bersyukurlah dengan semua perkara. Daripada sebesar besar perkara
hinggalah sampai ke sekecil kecil perkara. Berhentilah daripada menuduh dan
berkata tidak baik pada orang lain.
Aku tak
berkata bukan bukan pada mereka ya, cumanya apa yang aku nak sampaikan, mungkin
mereka yang terlalu taksub itu yang menjadikan Seminar Metamorphosis oleh Afnan Rosli ini Nampak macam terpesong
walhal hakikatnya tidak.
Kami masih
lagi berpegang kepada ajaran ahlus sunnah wal jamaah dan tetap berpegang kepada
Allah yang satu. Semoga apa yang aku sampaikan ini, diterima dengan hati
terbuka pada semua ya. Mohon maaf kalau ada penulisan yang menyakitkan hati
sesiapa.
2 Comments
mahal tak yuran seminar ni tuan?
ReplyDeletekalau yang dekat melaka, RM350.
Delete