Susulan kes bunuh di krubong, Melaka.

Susulan kes bunuh di krubong, Melaka | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Tak tahu macam mana nak mulakan cerita pasal benda ni. Sebab sampai
ke masa ini, aku tak mampu hadam, apa perasaan manusia yang buat benda ni. 1
sebab itu isteri dia yang memang dia sayang (ikut pada bacaan dekat facebook
milik perlaku) kedua, anak. Bab ini yang aku tak boleh nak hadam. Kemudian, dah
bunuh, dibuangnya dekat kawasan krubong Melaka tu.
Mulanya aku
tak tahu pun cerita ni, tapi wife yang sampaikan. Katanya ada kes kerat dekat
krubong Melaka. Aku mulanya memang tak mahu ambil tahu. Tapi lepas terbaca
dekat group whatsapp, aduh! Kenapa sampai macam ini jadinya?
Daripada apa
yang aku baca (maaf kalau salah ya). Mulanya mereka bertengkar, kemudian adalah
beberapa kesalahan yang dilakukan isteri. Mulanya daripada situlah si suami
bertindak kejam. Ada banyak persoalan yang muncul dalam minda aku.
Kalau lihat
dekat facebook suami, dia memang sayang sangat dengan isteri dia. Tapi kenapa
sampai dia bunuh isteri dia? Mungkin ada banyak benda yang terpedam dalam hati
dia. Inilah benda yang paling kita takut sebenarnya. Perasaan yang teruk macam
ini, kalau banyak di pendam, boleh jadi sakit mental!
Mereka yang
sakit mental ni sebenarnya banyak dalam masyarakat kita. Mereka ni Nampak je
normal, tapi sebenarnya gila. Sebab apa aku cakap macam itu? Sebabnya manusia
normal tak sanggup nak buat macam ini. Tengok kucing kena langgar pun tak
sanggup, inikan nak bunuh! Dah bunuh, dikeratnya pula. Dah kerat, dibuangnya
merata! Eh! Apa punya manusia ni? Allahu.
Tapi, nak
kata suami dia punca pun tak juga. Pasti masalah datang daripada kedua dua
pihak. Tapi kesilapan penuh datang daripada suami sebab kenapa mesti bunuh? Part
anak yang aku tak sanggup nak tulis tu. Huhuhu.
Aku Cuma berharap
agar hukuman yang paling setimpal untuk si pelaku. Semoga kedua dua mangsa
ditempatkan di syurga, kerana layaknya kamu di situ. Dan kalau ada di antara
kita yang ada masalah itu, cubalah selesaikan dengan cara yang paling baik. Dan
kalau tahu pasangan itu ada “something” buatlah report polis.
Keluarga pun
kenalah main peranan. Kena perhatikan. Nampak yang pelik, cuba nasihatkan. Nasihat
ya, bukan masuk campur atau buat keputusan untuk anak masing masing. Kadang punca
daripada ini pun boleh jadi. Tapi kalau Nampak dah teruk sangat, buat laporan
polis dahulu. Kemudian terpulanglah. Ok. Al fatihah untuk mangsa kes bunuh di
krubong Melaka.
2 Comments
kena rasuk kot, kalau kena rasuk, memang dia boleh jadi kejam dan tak ingat apa.
ReplyDeletesemalam tertengok kat tv tapi tak tahu cerita sebab sibuk benda lain.. seram pulak dengar
ReplyDelete