Persiapkan diri kerana Malaysia Bakal tengelam!
:strip_icc():format(jpeg)/kly-media-production/medias/1571632/original/020558100_1492609577-Bongkahan-Es-di-Kanada3.jpg)
Persiapkan diri kerana Malaysia Bakal tengelam! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih di berikan kesempatan untuk menulis. Agak mengusarkan
beberapa hari ini selepas terbaca 1 artikel mengenai beberapa lokasi di dalam
Malaysia yang dikatakan bakal tengelam sepenuhnya menjelang 2050! Ini bermaksud,
Malaysia bakal menjadi pulau dalam masa 30 tahun daripada sekarang.
Melihat kepada
keadaan sekarang, paras air laut semakin meningkat setiap tahun. Ini disebabkan
oleh pencairan ais di kutub utara akibat daripada pemanasan global! Salah siapa?
Ya! Salah kita juga penduduk bumi ini. Dan dikatakan juga, kadar pencairan ini
sangat laju dan semakin meningkat setiap tahun.
Dan akibat daripada ini, mereka yang berada di persisiran pantai akan menerima kesan yang lebih teruk.
Namun apa
yang merisaukan aku adalah, beberapa bandar besar di Malaysia akan berubah
menjadi pulau! Antaranya adalah Alor Setar, terenganu dan Kuching. Cuba bayangkan,
pulau. Macam pulau pinang tu. Alor setar jadi macam pulau pinang. Terenganu dan
Kuching pun jadi macam itu. Merisaukan bukan?
Dan lebih
menakutkan aku adalah, muar, pekan (Pahang), Port klang dan beberapa tempat
lagi di Malaysia bakal tengelam sepenuhnya. Tengelam itu maksudnya hilang
daripada peta la kan? Dan semua ini bakal terjadi menjelang tahun 2050 nanti.
Dan ini
bukan terjadi pada negara kita sahaja. Malah terjadi pada banyak negara negara
lain. Melihat kepada negara jiran kita, Indonesia. Mereka telah pun memindahkan
bandaraya mereka ke kalimatan kerana Jakarta dikatakan bakal tengelam 1 hari
nanti.
China,
Bangladesh, India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun juga akan
mengalami nasib yang sama. Samada bandar bandar besar mereka tengelam atau
negaranya terus tengelam. Itu tidak pasti, tapi melihat kepada paras air laut
yang semakin meningkat ini, tak mustahil perkara ini pasti terjadi.
Jadi, apa
yang boleh kita lakukan sekarang adalah persiapkanlah diri bagi menghadapi perkara
ini. Ada yang mencadangkan agar mula mencari penempatan di kawasan tinggi. Namun,
apa pun, mulalah kita menjaga bumi ini bersama sama. Dan berdoalah agar
dijauhkan kita semua daripada perkara perkara yang tidak diingini ini.
0 Comments