Motogp Sepang 2019 di cemari insiden memalukan! | MrEjoy

Motogp Sepang 2019 di cemari insiden memalukan!

Motogp Malaysia Rider

Motogp Sepang 2019 di cemari insiden memalukan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Motogp Malaysia 2019 baru sahaja habis minggu lepas. Peminat motogp khususnya daripada Malaysia sudah pasti ternanti nantikan kemunculan Motogp Malaysia Rider iaitu Hafizh Syahrin. Tak kami nafikan, sejak beliau berpindah ke KTM, prestasinya ada sedikit menurun. Tapi bukan itu yang aku nak kongsikan hari ini, sebaliknya cerita cerita insiden yang memalukan dalam Motogp Sepang 2019!

Ah! Nak menulis pun rasa malas je, tapi inilah hakikatnya. Pertama sekali insiden kecurian barang. Pasukan yang terlibat adalah Pasukan Moto3 Gaviota Angel Nieto. Ini team yang akan disertai Hafizh Syahrin dalam kelas Moto2 tahun hadapan. Cuba bayangkan, nak berlumba, tapi barang semua kena curi? Apa perasaan team ni? Dan berlaku pula sewaktu Motogp Malaysia.

Jumlah kecurian bukan sedikit. Kerugian di anggarkan dalam RM200,000 juga tu. Dan mereka yang membuat onar ni pun dah pun di tahan pihak polis. Khabarnya mereka yang bekerja di sana juga (pekerja keselamatan). Apa pun, siasatan masih di jalankan pihak polis untuk memastikan samada mereka benar benar terlibat ataupun tidak.

Namun bukan itulah yang aku nak sampaikan. Tapi pandangan dunia pada kita. Mereka pasti akan mengangap peribadi kita agak teruk walhal yang melakukan itu Cuma segelintir sahaja. Rakyat Malaysia aku sangat percaya tidak seperti itu. Kami sangat menghormati sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Insiden seterusnya adalah pergaduhan di pintu masuk. Aku belum pasti apakah punca sebenar. Namun daripada bacaan, hampir kesemuanya mengatakan, pengunjung tersebut beli tiket hillstand, tapi beliau berkeras untuk masuk ke grandstand (harga tiket bagi kedua dua tempat duduk ini adalah berlainan).

Bila di larang untuk masuk. Maka berlakulah pergaduhan. Aduhai. Apalah agaknya pandangan mereka yang berada di situ. Video mengenai pergaduhan ini juga dah tersebar di dalam media social. Tak tahulah siapa yang mulakan pergaduhan, tapi melihat daripada situasi, memang agak tegang juga waktu itu, mungkin keadaan cuaca yang panas juga membuatkan ramai yang tak mampu bersabar.

Apa pun, kedua dua perkara ini memberi tanggapan yang agak kurang senang kepada penganjur iaitu negara kita. Hanya kerana segelintir, jangan di anggap semua kita sama. Kami bukanlah seperti itu ya. Hanya segelintir sahaja.

Dan takziah juga kepada keluarga Afridza Munandar daripada Indonesia. Pelumba ini terlibat dalam kemalangan sewaktu perlumbaan sokongan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2019. Awalnya mendapat rawatan awal di trek pelumbaan kemudian dikejarkan ke hospital kuala lumpur. Segala usaha telah dilakukan, namun Afridza tidak dapat diselamatkan. Ianya suatu berita yang amat menyedihkan.

Apa pun, semoga insiden seperti kecurian dan pergaduhan ini tak akan berulang lagi pada masa hadapan. Bersatulah sukan untuk semua.

Share:

0 comments