Mulai hari ini kalau nak kaya raya, jangan keluar mencari rezeki

Mulai hari ini kalau nak kaya raya, jangan keluar
mencari rezeki |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan
untuk menulis dan terus menulis. Awal pagi tadi, aku ada mengikuti 1 ceramah
agama. Sebenarnya bukan secara terus la, cumanya aku dah lama mengikuti ceramah
seorang ustaz ni di youtube. Boleh di katakan setiap pagi, sebelum aku ke
tempat kerja, aku akan dengar ceramah dia. Dan hari ini aku belajar 1 lagi
konsep rezeki.
Berhentilah daripada keluar mencari rezeki!
Biasakan,
kita setiap awal pagi mesti sebut, aku keluar awal pagi ini dengan niat mencari
rezeki. Biasakan? Atau mungkin kita selalu sebut, aku nak keluar cari rezeki
ni. Mungkin pada keluarga, isteri, anak anak atau pada sesiapa sahaja.
Aku sendiri
pun selalu guna ayat ini, keluar cari rezeki. Tapi selepas dengar ceramah ini,
aku mula faham dengan ayat yang sebenarnya. Katanya, bilamana kita guna ayat
cari, ini bermaksud, kita seolah olah mencari benda yang hilang. Yelah, kalau
benda itu kita tak tahu dekat mana, mestilah kita cari kan?
Ada masanya
kita mudah je jumpa semula. Ada masanya kita jadi stress. Cari cari tak jumpa. Walhal
benda ada depan mata je. Penah tak jadi benda macam ini dalam hidup kita? Mestilah
pernah kan? Dan itulah yang dinamakan cari.
Samalah
bila kita sebut cari rezeki ini tadi. Kita ibarat mencari sesuatu yang tiada. Memang
benar, mungkin kita ada kerja tetap, yang mana setiap bulan gaji masuk. Tapi perasaan
itu pasti tak sama. Mungkin pada kerja, atau mungkin ada masanya kita jadi
malas je nak kerja.
Jadi apa
konsep yang sebenar?
Kata ustaz,
mulai hari ini, ubah kata kata kita. Daripada mencari rezeki kepada menjemput
rezeki. Nampak macam kecil sahaja kan? Tapi besar maknanya. Rezeki kita ini
semuanya sudah ditetapkan. Maknanya rezeki itu dah ada. Tunggu masa nak ambil sahaja.
Jadi, bila
rezeki dah ada, kita tinggal jemput sahaja rezeki masuk ke dalam hidup kita. Ibarat,
ada family kita baru sampai dari kampung. Dan kita nak jemput mereka datang ke
rumah kita. Saat kita keluar rumah, kita dah tahu family kita dah ada, tinggal
kita datang jemput sahaja.
Sama juga
halnya dengan rezeki. Jika kita yakin, rezeki kita dah ditetapkan oleh yang
maha kuasa. Maka niat kita, haruslah menjemput sahaja rezeki itu masuk ke dalam
hidup kita ini. Tak usah di cari malah menjemput sahaja masuk ke dalam hidup
kita.
InsyaAllah,
selepas ini, kita semua menjadi kaya raya dan dapat membantu lebih ramai lagi
untuk keluar daripada kesusahan mereka. Jadi, mulai hari ini, jom sama sama
kita menjemput rezeki!
0 Comments