Alhamdulilah, dapat mengikuti pelayaran merentas laut ke luar negara!

Alhamdulilah, dapat mengikuti pelayaran
merentas laut ke luar negara! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang tak mahu kan, dapat
naik kapal dan belayar merentas laut ke luar negara. Ini dah pasti jadi impian
pada semua orang. Tapi apa yang aku inginkan ini bukanlah percutian atas kapal,
sebaliknya, ini adalah impian atau target 2020 aku, iaitu, mengikuti pelayaran
merentas laut ke luar negara dengan kapal!
Aku selalu
inginkan atau bayangkan, aku berada di atas kapal, membelah lautan ke negara
negara eropah. Mungkin sebab ramai kawan kawan yang kerja atas kapal, bila
dengar cerita mereka, dapat singgah ke bermacam macam negara, aku jadi seronok.
Tapi seronok aku tu, tak mampu juga membawa aku kerja atas kapal pun, hahaha.
Yelah, kalau nak sangat rasa macam itu, kenalah bekerja atas kapal kan? Barulah dapat rasa berlayar merentas lautan!
Tapi kata
orang tak guna menoleh ke belakang. Kalau aku “terlepas” peluang untuk bekerja
atas kapal, aku Cuma inginkan satu lagi peluang untuk “mengikuti” mana mana
kapal yang belayar ke luar negara. Itu target aku! Dapat sekali peluang dan
merakam kan semua kenangan atas tu, dah cukup bermakna buat aku.
Aku teringin
nak rasa sendiri kehidupan di atas kapal untuk satu tempoh yang lama. Aku nak
rakamkan kehidupan dan “reality” sebenar mereka yang bekerja atas kapal ini. Aku
nak rakamkan semua berkaitan emosi dan keadaan di atas kapal tu. Macamana keadaan
sewaktu ombak tenang, atau mungkin bergelora. Atau mungkin sewaktu hujan (ribut
mungkin?) Ini memang salah satu kenangan terhebat untuk aku ni!
Cumanya,
aku kena cari peluang untuk merealisasikan di antara impian 2020 aku ini. Harapnya
adalah mana mana pihak yang sudi beri aku peluang untuk turut serta dalam mana
mana pelayaran mereka. Dapat sekali pun jadilah. Sampai bila bila pun aku
ingat. Harapnya adalah yang baca ya! Hehehe. Amin.
0 Comments