Berjaya tamatkan perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) | MrEjoy

Berjaya tamatkan perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

Berjaya tamatkan perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) baru sahaja selesai pada sabtu lepas. Penatnya masih lagi terasa sehingga saat aku tulis artikel ini. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kami, pasukan Honda Malaysia Racing Team (HMRT) berkampung selama seminggu di Sepang International Circuit.

Untuk Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) kali ini, aku tidak ditugaskan pada bahagian Fuel man (walhal asalnya posisi ini juga yang aku terima pada awalnya) tapi aku minta ditukarkan kerana aku nak rasa posisi lain. Dan aku ditempatkan pada bahagian Pit wall.

Peranan Pit wall.

Mereka yang berada dalam posisi ini boleh dikatakan agak penting juga. Kerana mereka yang menyusun strategi perlumbaan. Perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) merupakan perlumbaan yang sangat panjang. 181 lap. Selama 8 jam. Jadi, bukan sahaja jentera yang di uji malah pemandu juga diuji ketahanan mereka.


perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

Jadi bila di tempatkan dalam posisi ini, aku memang rasa seronok sangat! Memang rasa tak sabar nak tunggu perlumbaan berlangsung. Sebab ini pengalaman baru kan. Tahun lepas dah dapat pengalaman sebagai fuel man.

Tapi, segala posisi telah di ubah pada saat akhir, sehari sebelum perlumbaan. Aku ditukarkan pula pada bahagian Tyreman! Ahh! Aku tak kisah pun sebenarnya, janji bukan duduk fuel man. Dan shh, jangan beritahu sesiapa, dan aku berharap yang team member Honda Malaysia Racing Team (HMRT) tak baca la kenyataan aku ni.

Aku bukan tak nak duduk Fuel man, tapi letih dia tu lain macam. Mula daripada awal, sampai habis race. Sebab posisi ini sama penting dengan posisi mekanik. Kiranya orang penting dalam perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) ini lah. Hehehe.

Peranan Tyreman.

Tyreman ini kerja dia adalah sediakan tayar untuk kereta. Bunyi macam senang kan? Sebenarnya tak senang weh! Susah! Pertama sebab kena pastikan tayar sentiasa cukup. Sebab kereta akan sentiasa masuk untuk tukar tayar.

Keduanya pula, keadaan tayar kena betul. Kena pastikan rotation kena betul. Sebab kadang kadang, benda yang kecil inilah boleh buat kereta jadi tak betul. Dan ketiga, ini yang agak sukar sebenarnya, untuk pastikan kuantiti angin dalam tayar adalah betul mengikut kehendak pemandu. Ahha!

Setting angin pada setiap tayar berbeza tau. Tak sama. Tayar depan kanan, setting dia lain. Sebelah kiri, lain. Belakang, kiri kanan lain. Jadi dekat situ cabaran dia. Kena pastikan setting angin pada tayar betul dan sentiasa ada.

Kenapa aku sebut sentiasa ada. Sebab setiap kali tukar tayar baru, tayar yang dah digunakan tu kena biarkan dahulu sebab panas ya amat. Jadi tayar yang nak digunakan kenalah banyak. Kalau stok ada sikit, memang tak bergeraklah kereta tu nanti. Hehehe.


perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)


Apa pun, Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019) boleh dikatakan sebagai pengalaman menyeronokkan buat aku kerana aku pertama kali dapat bekerja dengan Tengku Djan. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia pemotoran Malaysia.

Ya! Tengku djan, walaupun nama cukup gah tapi cukup humble. Dia tak kisah pun nak bergaul dengan kitarang ni. Hisap rokok, lepak sesama, berborak macam tak ada apa. Hahaha. Jadi memang rasa seronoklah. Nak bekerja pun rasa gembira je.

perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)

perlumbaan Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)


Apa pun, tahun ini Honda Malaysia Racing Team (HMRT) Berjaya menamatkan perlumbaan di posisi ketiga keseluruhan bagi kereta jazz bernombor 27 dan keenam keseluruhan bagi kereta City bernombor 26. Tahniah buat semua crew dan team untuk Sepang 1000KM 2019 (S1K 2019)!

Share:

0 comments