7 Tips rahsia pasti lulus temuduga!

7 Tips rahsia pasti
lulus temuduga! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Al kisah, semalam
terbaca 1 post dekat facebook, cerita rakan yang pergi temuduga dan pelbagai
pengalaman yang dia kongsikan. Agak menarik juga perkongsian beliau tentang Tips Lulus Temuduga Kerajaan ni. Tapi dalam
banyak banyak yang dikongsikan, ada tips yang buat aku tersenyum iaitu, mesti
ada “orang dalam”. Itu kita tak boleh nak kata apa la kan. Apa pun, aku
kongsikan beberapa tips ini, yang kalau korang buat, korang pasti akan lulus
temuduga!
7 Tips rahsia pasti lulus temuduga!
Ok. Yang sebenarnya, tips ini bukan untuk temuduga Jawatan
Kerajaan sahaja, tapi boleh sahaja di gunakan untuk apa kerja sekalipun. Orait,
jom ketahui rahsia pasti lulus temuduga ini!
#1. Ketahui semua
tentang pekerjaan tersebut.
Contoh, kalau korang minta bahagian perubatan. Kena tahu nama
pengarahnya siapa. Kena tahu skop kerja jawatan yang korang minta tu macamana. Kena
tahu cara kerjanya macamana. Ibarat, kita macam dah kerja pun. Dah tahu semua. Macamana
nak tahu? Boleh je google atau lebih baik kalau korang ada kawan yang kerja
dekat situ. Boleh tahu lebih detail. Kalau
tak ada kawan, cari kawan baru. Ha!
#2. Penampilan haruslah
kemas!
Datang temuduga, pastikan kemas. Baju kemas. Pakai pakaian
yang bersesuaian. Rambut pendek. Muka kasi bersih. Kasut bersih dan sesuai. Lihat
semua yang ada pada diri, pastikan ianya kemas! Aku pernah dengar dari seorang
rakan yang biasa temuduga orang ni. Katanya, dia pernah reject seseorang yang
datang temuduga hanya kerana orang itu pakai seluar jeans!
Jadi nak Lulus Temuduga dengan Berjaya? Pastikan semuanya
kemas!
#3. Datang awal.
Ini paling penting. Dan ianya di lihat dekat mana mana
sahaja yang ada temuduga ini. Tak kiralah temuduga kerajaan atau swasta. Pemikiran
mereka yang mahu mengambil kita kerja ini mudah sahaja. Kalau temuduga pun kita
datang lewat, tak mustahil, bila dapat kerja nanti pun kita akan datang lewat. Jadi,
plan masa kita dengan baik. Datang awal.
#4. Pakai wangi
wangian.
Tolonglah. Maaf. Buat mereka yang mengalami masalah bau
badan, pakailah wangian. Ini juga beri factor kepada Berjaya atau tidak korang
lulus temuduga ini. Tak jadi masalah kalau korang spray minyak wangi banyak
banyak. Yang jadi masalah kalau badan berbau.
Dan satu lagi tips pasti
lulus temuduga adalah, pastikan mulut kita tidak berbau. Ahh! Si penemuduga
pasti akan terganggu kalau mulut kita berbau. Kena pula kalau tempat temuduga
itu kecil. Pasti berkali ganda terganggu. Boleh sahaja kita makan gula gula
sebelum temuduga. Jangan makan waktu temuduga ya!
#5. Gunakan bahasa dan ton suara yang sopan.
Bahasa sangat penting. Sebab kita datang nak minta kerja. Jangan
gunakan bahasa yang kasar. Sentiasa bercakap dengan sopan. Ton suara juga
sangat penting. Jangan menjerit ketika bercakap. Ini akan memberikan 1 persepsi
tidak baik kepada korang. Tapi janganlah pula korang cakap perlahan sangat. Cakap
biasa biasa sudah. Ok?
#6. Perlihatkan apa
yang mampu kita berikan pada syarikat.
Ini tips kalau korang buat, aku berani jamin, korang akan
dapat kerja tu. Beritahu apa yang korang mampu berikan pada syarikat jika
mereka ambil korang berkerja di sana. Sebagai contoh, korang mampu gandakan
keuntungan syarikat berkali ganda. Korang mampu minimunkan perbelanjaan tahunan
syarikat. Itu bagus tu. Dan apa sahaja yang memberi keuntungan pada syarikat.
Nak lulus dengan Berjaya dalam temuduga? Buat tips #6 ini!
#7. Buat syarikat
rasa sangat rugi kalau tak ambil kita bekerja.
Ahh! Tips rahsia pasti
lulus temuduga yang terakhir ini kalau kena dengan caranya, mereka tak
boleh kata tidak pada kita melainkan akan Tanya, bila kita boleh mula bekerja. Nyatakan
sebab-sebab yang kukuh kenapa mereka perlu ambil kita bekerja dan nyatakan juga
sebab mereka akan sangat rugi kalau tak ambil kita.
Kena ingat ya, nyatakan sebab sebab yang kukuh. Bukan paksaan
untuk mereka ambil kita bekerja ya! Kena faham betul betul konsep itu.
2 Comments
dah umur 35 tahun ni, malas plak kak nak pi mana2 temuduga. alahaiii
ReplyDeleteterbaik tips..semoga graduan yang sedang mencaro kerja dapat sesuatu
ReplyDelete