Cantiknya Nusa Penida!

by - December 03, 2019

beautiful nusa penida bali indonesia

Cantiknya Nusa penida! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah hujung hujung tahun ni, memang banyaklah cerita pasal lokasi lokasi percutian menarik sama ada di dalam Malaysia mahupun luar negara. Aku memang dah lama nak jalan jalan ke Bali, Indonesia. Daripada bujang dulu sampailah sekarang dah beranak pinak ni. Tapi tak juga sampai sampai ke sana. Hehehe.

Ada je yang cakap cakap, punyalah lama, kalau menyimpan dah tentu boleh pergi. Memang betul tuan tuan dan puan puan semua. Tapi kena faham, keluarga nak kena jaga. Adik beradik ada yang masih sekolah dan belum kerja lagi pun ada. Lepas nikah, nak kena jaga keluarga pula. Anak anak nak sekolah lagi. Semua tu lebih penting daripada segalanya. Betul tak? Hehehe.

Tapi semalam aku terbaca 1 cerita tentang Nusa penida. Buat mereka yang tak tahu, lokasi ini terletak di sebuah pulau bersebelahan bali, Indonesia. Ahh, Indonesia memang terkenal dengan pulau pulaunya yang sangat cantik!

Apa yang menarik di Nusa Penida?


Kalau Tanya aku, aku akan jawab, pantai. Yelah, dah kat pulau kan, mestilah cerita pasal pantai. Tapi yang membuatkan ianya berbeza dengan lokasi yang lain adalah, tebing tebing yang tinggi serta airnya yang cukup bersih!

Melihat pada gambar gambar yang di kongsikan pun dah cukup menyegarkan mata inikan pula melihat keadaan sebenarnya kan? Sungguh indah bumi Allah ini. Bagaimana pula rupa syurga kan?

Cuba lihat gambar di bawah ini:

beautiful nusa penida bali indonesia

beautiful nusa penida bali indonesia

Kalau yang pertama kali tengok macam aku ni, mesti ingat lokasi ini dekat negara eropah. Tapi sangkaan aku meleset kerana ianya terletak di Nusa Penida, Indonesia. Nama lokasi ini adalah kelingking beach.

Tengok tebing dia, tinggi kan? Boleh turun ke bawah untuk mandi manda, tapi bersemangatkah anda untuk turun mandi dan panjat semula? Kalau yang jenis cepat semput tu, elok tengok jelah daripada atas ya! Hahaha.

beautiful nusa penida bali indonesia

Ok. Sebelum itu, untuk sampai ke Nusa Penida ni, kena naik speedboat ya! Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Kemudian, dah sampai ke jeti, boleh ambil van sewa. Dan disinilah cabarannya bermula!

Daripada bacaan dan tontonan video di youtube. Perjalanan daripada 1 lokasi ke 1 lokasi di Nusa Penida ni sangat mencabar. Kena lalu hutan belukar! Lalu semak samun! Lalu bukit bukau! Dengan laluan yang rosak dan tidak lurus! Boleh membuatkan kepala kita terhantuk pada cermin,kiri dan kanan. Hahaha.

Ulps. Sebelum terlupa. Laluan dengan cabaran seperti di atas mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Lama kan? Kalau jenis yang cepat mual tu, eloklah bawa bersama plastik kosong ya!

Tapi jangan risaulah! Perjalanan itu bakal memberikan kepuasan semula. Seperti yang aku ada cerita awal tadi, pantai pantai disini sangat cantik. Selain kelingking beach, kita boleh ke Angel's Billabong.

beautiful nusa penida bali indonesia

Dekat sini ada 1 kolam semulajadi. Memang cantik dan memang ada orang mandi dekat sini. Tapi daripada tontonan aku dekat youtube, ramai yang nasihatkan supaya jangan mandi dekat sini sebab ombak besar boleh datang bila bila masa sahaja.

beautiful nusa penida bali indonesia

Dan selain daripada 2 lokasi ini, ada 1 lagi lokasi yang menarik dekat Nusa Penida iaitu Broken Beach. Dekat sini ada lokasi yang memang menjadi misteri sampai sekarang. Ada cerita sebenarnya tentang lokasi ini. Info itu kenalah cari sendiri ya. Hehe.

Oklah. Rasanya memang berbaloilah kalau nak datang ke Nusa Penida, Bali Indonesia ni kan? Tak jauh pun. Negara jiran kita je. Bolehlah rancang percutian sama ada bersama pasangan mahupun keluarga. Buat mereka yang cintakan alam semulajadi, lokasi ini tersangatlah berbaloi untuk korang.



You May Also Like

0 Comments