Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019

Jalan Jalan ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Hari sabtu lepas aku berpeluang bawa keluarga ke Karnival Upin & Ipin Melaka 2019. Ini
pun sebab kes dah janji nak bawa mereka datang. Sebabnya dah penuh poster dekat
tepi tepi jalan. Asal bawa mereka keluar, setiap kali nampak, mereka akan
ingatkan. Jadi, untuk tidak mengecewakan anak anak, kami bawalah juga mereka.
Ingatkan masuk
Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 ini
percuma.
Al kisahnya,
aku ada baca juga dekat facebook. Ada komen yang mengatakan ada tempat tempat
yang tak perlu bayar tiket pun. Tapi secara umumnya, memang kena beli tiket
kalau nak masuk (sebab ini baru pertama kali datang ke karnival ini). Jadi,
mindset aku, memang kena beli tiket.
Aku sampai
awal pagi juga. Waktu itu pun dah ramai yang berbaris. Ikutkan, bila tengok
ramai ramai macam ini, memang rasa macam nak pergi tempat lain dah. Tapi mengenangkan
anak anak nak sangat datang, terpaksalah berbaris juga.
Orait. Ada 2
dewan berbeza. Satu pentas utama dan satu lagi Inderaloka. Bayaran masuk pentas
utama bagi dewasa adalah RM15.00 (anak anak percuma sebab bawah 7 tahun) dan
bayaran bagi Inderaloka adalah RM35.00 (anak anak percuma sebab bawah 7 tahun).
Jadi jumlah keseluruhan adalah RM100.00. (Kalau anak anak aku kena bayar, maka
mahal lagilah harga tiket ini,hehehe).
Apa yang
ada dalam Pentas utama Karnival Upin
& Ipin Melaka 2019?
Untuk pentas
utama ini, kita boleh keluar masuk. Maksudnya sekali bayar tiket sahaja. Nak keluar
pergi mana mana kemudian masuk balik pun boleh. Dekat dalam ada pentas utama
yang mana adalah mascot menari. Budak budak memang terhiburlah. Tapi ada je aku
Nampak orang dewasa yang sama sama menari.
Sama ada mereka melayankan anak anak mereka atau memang mereka ini peminat Upin & ipin. Eleh, malu nak mengaku la tu.
Selain itu,
ada juga aktiviti aktiviti lain yang sangat sesuai untuk anak anak macam mewarna,
kemudian ada lah sikit sikit games. Ada replica rumah opah. Ada replica istana
puteri. Dan macam macam lagi lah. Ada banyak aktiviti dalam pentas utama ini.
Aku sejujurnya
lupa nak ambil gambar sebab orang ramai ditambah lagi nak jaga anak anak. Jadi memang
terlupa.
Kami di
sambut dengan tayangan Filem Upin Ipin keris siamang tunggal. Besar jugalah
screen dekat bahagian hadapan ini. Untuk dewan Inderaloka ini berbeza sedikit
dengan pentas utama. Dalam dewan ini banyak replica dalam Filem Upin Ipin keris
siamang tunggal.
Graphic
pada aku memang cantik. Kita boleh rasa macam berada dalam inderaloka. Ada juga
persembahan silat dan tarian dekat dalam dewan ini. Jom layan gambar gambar
yang sempat aku ambil.
Rumusan Karnival Upin & Ipin Melaka 2019.
Baik. Untuk
karnival ini, anak anak aku memang sukalah. Sampaikan mereka ajak datang lagi
hari ahad. Jawapan aku, memang tidaklah. Hahaha. Cukuplah seharian aku dekat
sana hari sabtu tu.
Kemudian,
ya! Bagi aku, ruang untuk beli tiket dekat bahagian hadapan tu macam sempit. Orang
ramai. Jadi memang sesak betul. Kemudian, ramai juga yang aku nampak, macam
terperanjat bila dapat tahu kena bayar/beli tiket. Kesian jugalah ada yang
balik sebab hmm, mungkin kekurangan bajet kut, itu tak pastilah.
Sebab sewaktu
aku keluar dewan inderaloka, ada satu keluarga ini Tanya aku, apa yang ada
dekat dalam, sebab katanya takut tak berbaloi nak masuk sebab agak mahal juga
tiket yang kena bayar. Anak dia dalam 4 orang jugalah.
Kemudian, dalam pentas utama, nak masuk kita kena beli tiket. Kemudian, nak main aktiviti yang ada dalam dewan ini, kita kena bayar lagi. Jadi, nak masuk, kena bayar, nak join aktiviti, kena bayar lagi. adeh.
Kemudian, dalam pentas utama, nak masuk kita kena beli tiket. Kemudian, nak main aktiviti yang ada dalam dewan ini, kita kena bayar lagi. Jadi, nak masuk, kena bayar, nak join aktiviti, kena bayar lagi. adeh.
Apa pun,
secara keseluruhannya, kami rasa sangat puas hati dengan Karnival Upin & Ipin Melaka 2019 ini. Semoga ada banyak lagi
event event macam ini dekat Melaka. Anak anak pun tak bosanlah asyik mengadap
benda yang sama je. Hehehe.
0 Comments