Kena tipu dengan peniaga online? Apa perlu buat? | MrEjoy

Kena tipu dengan peniaga online? Apa perlu buat?

Kena tipu dengan peniaga online dan Apa yang perlu dibuat.

Kena tipu dengan peniaga online? Apa perlu buat? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Al kisahnya, aku memang sedang mencari 1 produk ni. Jenis aku, aku akan buat perbezaan harga terlebih dahulu. Yelah, kalau kita boleh dapat produk yang sama dengan harga yang lebih murah, apa salahnya kalau kita memilihkan. Tapi itulah, dalam pada memilihnya itu, aku tetap juga tertipu dengan peniaga online. Jadi ini kisahnya Kena tipu dengan peniaga online dan Apa yang perlu dibuat.

Rasanya ini bukan kali pertama la aku kena tipu dengan peniaga online. Dah banyak kali dah. Mungkin rezeki mereka. Atau mungkin ada rezeki orang lain dalam rezeki aku yang membuatkan aku “terpaksa” keluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada  orang lain. Fikir aku macam itulah.

Cuma kali ini agak berbeza sedikit trick yang aku kena. Peniaga online ini pada aku mengaburi mata dan fikiran kami sebagai pembeli. Mari aku terangkan apa yang mereka lakukan.

Kena Tipu Dengan Peniaga Online.


Aku nak beli 1 produk ni. Rata rata peniaga online jual RM100 macam itu. Lama jugalah aku mencari dan hari ini, aku terjumpa dengan seorang peniaga yang jual lebih murah daripada nilai ini! Bayangkan ramai peniaga yang jual RM100, dan hari ini aku jumpa dengan seorang peniaga yang jual Cuma dengan harga RM30 sahaja!

Nampak banyak sangat untung dekat situ kan?

Kemudian aku hubungi peniaga tersebut. Lama juga aku tanyakan pada beliau, berapa harga produk tersebut. Dan ini jawapannya:

Terima kasih kerana menghubungi kami. Kamu terpilih 10 paling awal yang akan mendapat promosi potongan diskaun! Hanya RM30 untuk bos! Harga asal RM100 + penghantaran percuma.

Aku memang suka mendengarnya. Kemudian aku tanyakan lagi, betul ke sebotol RM30? Jawabnya: Ya bos, promosi diskaun RM30 dan percuma postage 1 malaysia.

Aku memang tak fikir panjanglah. Terus minta no akaun dan bankin. Waktu ini aku memang tak rasa yang aku sebenarnya dah Kena Tipu Dengan Peniaga Online ni. Dah bankin semua kemudian berikan detail lengkap, dapat 1 mesej berbunyi:

Eh bos! Kenapa bos bankin RM30 sahaja. Saya rasa bos dah salah faham ini. RM30 itu harga promosi diskaun. Harga asal RM100 – (Promosi diskaun RM30) jadi harga RM70.

Kemudian aku Tanya, kenapa tak tulis sahaja RM70? Kenapa nak tulis promosi diskaun la, harga sebenarlah. Nak berniaga, tulis sahaja nilai sebenar. Tak perlu kelirukan pelangan. Bila dia guna ayat yang macam ini, nampak sangat yang dia cuba kelirukan kita sebagai pelangan ini.

Ini adalah kerana, bila dia sebut harga nilai sebenar tu, aku minta refund semula. Tapi jawapan dia sangat menarik.

Saya minta maaf bos. Duit dah masuk dalam akaun company. Kalau bos nak refund, perlu ambil masa dalam 3-5 bulan.

Bayangkan RM40. Nak tunggu sampai 5 bulan? Ini kelakar. Hahaha.

Apa perlu buat bila Kena Tipu Dengan Peniaga Online?


Kesudahannya, aku tetap memikirkan, ada hikmah ni kenapa aku kena macam ini. Mungkin ada rezeki orang lain dalam rezeki aku. Dalam kes ini, duit aku tu aku bagi “hadiah” sahaja pada peniaga itu. Cumanya banyak nasihat yang aku beri pada dia la.

Nak meniaga, biar jujur. Jangan buat pelangan pening. Kalau harga RM70, beritahu harga sebenar. Jangan menipu. Entah berapa ramailah yang Di Tipu Peniaga Online dengan cara dan trick macam ini.

Apa pun, aku doakan agar peniagaan dia terus maju. Agar anak bangsa kita terus maju dan maju. Ok! Itu sahaja cerita Kena Tipu Dengan Peniaga Online ni. Harap korang pun tak terkenalah dengan trick ini ya!


Share:

0 comments