Musim batuk dan selsema menyerang!

Musim batuk dan selsema menyerang! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Umum dah tahu, hujung tahun di Malaysia adalah musim tengkujuh. Hujan
turun tak berhenti dalam beberapa hari ini. Ada sesetengah negeri dalam Malaysia
di landa banjir dan rakan rakan kita ramai yang ditempatkan di pusat penempatan
sementara. Alhamdulilah, untuk kawasan rumah aku dan daerah tempat aku tinggal
ini masih bebas banjir. Alhamdulilah. Dan biasanya, dalam musim hujan lebat ini,
ramailah yang kena batuk dan selsema termasuklah aku dan keluarga aku.
Alhamdulilah,
rumah yang aku tinggal sekarang ni terletak atas bukit. Cumanya, dalam beberapa
hari ini, memang kami tak pasang kipas langsung! Sejuknya tu mencucuk cucuk. Belum
cerita nak mandi lagi. Boleh rasa sampai ke tulang lah sejuknya tu. Kesian dekat
anak anak la. Tapi memang ada sediakan air panas jugalah pada mereka (Cuma kadang
kadang, suruh juga mereka mandi air sejuk tu sebab air dekat kampung, lagi
sejuk daripada ini).
Biasa hujan turun tak berhenti ni,antara penyakit yang mudah kena memang batuk dan selsema. Anak anak aku rasanya dalam beberapa hari ini, selsema tak berhenti. Belum kira badan kejap ok, kejap kang panas. Kemudian ok balik.
Jadi,
memang kena lebihkan pemantauan lebih daripada biasa bila keadaan macam ini
berlaku. Anak anak memang tak boleh sejuk sangat. Kalau tidak memang cepat
selsema. Kena sentiasa pastikan mereka pakai baju tebal. Pakai stokin sebab
kalau kaki sejuk, memang mudah betul kena sakit. Kemudian isteri pula selalu
sapukan minyak pada mereka (sebab nak tubuh sentiasa panas).
Kalau boleh,
kena elakkan berada dekat kawasan luar. Sebab bila kita bercampur dengan ramai
orang. Kemungkinan untuk kena sakit demam itu lagi tinggi (mungkin dalam ramai
ramai itu, ada yang batuk & selsema).

Cumanya,
dalam musim hujan ini, kami sekeluarga memang banyak makan sup sahaja. Makan nasi
panas dengan sup daging ke sup ayam ke. Itu pun bagus untuk badan sentiasa
panas. Dan waktu waktu inilah terbayang, teringin nak ada rumah yang ada tempat
bakar kayu untuk haba panas tu. Memang sangat sangat berguna betul waktu ini. Hehehe.
Apa pun,
kita kena sama sama jaga kesihatan diri dan keluarga. Sebab memang kita dah
tahu kan, hujung tahun negara kita memang musim hujan. Jadi kena siapkan apa
yang patut. Pakaian , ubat ubatan dan diri. Aku doakan semua sihat sihatlah
hendaknya dan dijauhkan daripada segala macam perkara yang tidak diingini.
insyaAllah. Aminn.
1 Comments
aamiin.. inipun dah terasa macam tak sedap badan. tapi harapnya tak melarat la
ReplyDelete