Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie

Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie| Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Hari ahad lepas, aku berkesempatan bawa keluarga menonton Filem Ejen
Ali: The Movie. Secara jujurnya, aku pada awalnya rasa yang filem ini biasa
biasa sahaja. Sebab kalau tengok pada rancangan di TV, pada aku macam biasa
biasa. Namun, selepas baca beberapa review, aku jadi sangat teruja! Jadi,
inilah Review penuh Filem Ejen Ali: The
Movie.
Kami sekeluarga
mulanya sampai agak lewat juga. Di tambah lagi dengan adanya mascot Ejen Ali
dekat pintu masuk. Dekat situ je anak anak dah habiskan sedikit masa. Tapi kita
layankan jugalah sebab anak anak kan. Cuma apa yang aku suka tentang mascot Ejen
Ali tu adalah kerana perincian pada setiap anggota mascot itu pada aku
sempurna.
Daripada rambut,
kepala, badan, tangan, kaki, pendek kata semuanya sempurna. Tidak seperti mascot
mascot yang lain. Kadang rambutnya ada sedikit tak sama atau dibuat biasa biasa
sahaja. Atau aksesori lain nampak biasa biasa sahaja.

Sumber : google
Review penuh Filem Ejen Ali: The Movie.
Orait! Filem Ejen Ali: The Movie tentulah
cerita pasal Ali kan. Cuma yang menarik perhatian aku adalah jalan cerita filem
ini tidak sama dengan jalan cerita yang biasa kita lihat di televisyen tu. Ini adalah
kerana, bukan sahaja Ejen Ali yang memakai iris. Malah ada beberapa orang lagi
turut sama menggunakan Iris dalam versi baharu iaitu Iris Neo. Bayangkan, bila
ramai ejen yang menggunakan Iris. Hehe.
Kemudian, Filem Ejen Ali: The Movie juga ada
banyak watak baru antaranya adalah Niki. Niki ini datangnya daripada pinggiran.
Macam sebuah kawasan pinggir bandar yang di tindas la jugak. Jalan cerita filem
ini banyaknya dekat kawasan pinggiran ni. Dan menariknya lagi adalah, bila ejen
Ali bekerjasama dengan mereka dan tidak berpihak kepada MATA.
Dalam filem
Ejen Ali ini juga, ada banyak ejen yang masuk. Jadi keterujaan kita tu tak
berhenti di tengah-tengah. Lepas satu, satu babak yang keluar. Tapi yang paling
menarik hati aku dan keluarga adalah babak sewaktu dekat kedai mamak. Itu memang
kelakar habis lah! Mamak maju! Hahaha.
Tapi dalam pada kelakar itu, barulah tahu yang lokasi rahsia tempat ejen berkumpul rupa rupanya dekat bawah kedai mamak tu je rupanya.
Kemudian,
dalam Filem Ejen Ali: The Movie ini
juga ada diceritakan kisah sebenar Ejen Alicia. Dan cerita sebenar Ibu kepada Ejen
Ali. Ini pada aku sangat menarik kerana daripada kisah sebenar inilah baru kita
dapat tahu kenapa Iris itu dicipta.
Dan kemuncak
filem ini yang pada aku sangat menarik. Bila semua ejen berpihak kepada team
jahat dan yang tinggal waktu itu adalah Ejen Ali sahaja. Rasa macam puas hati
betul bila tengok Ejen Ali lawan sorang sorang tu dengan “kuasa” baru dia. Perghh!
Sumber : google
Apa pun,
aku beri 5 bintang untuk Filem Ejen Ali:
The Movie ni sebab jalan dia sangat menarik. Kau tak akan sempat rasa
mengantuk. Di tambah lagi dengan kualiti animasi yang sangat cantik dan kemas. Kemudian,
kostum setiap ejen dalam filem ini juga nampaknya dibuat dengan sangat teliti. Nampak
yang filem ini dibuat bukan sekadar ingin menjadikan ianya filem.
Tahniah sekali
lagi buat team Primework Studio di atas penghasilan Filem Ejen Ali: The Movie ini.
Ianya sememangnya sebuah filem anak tempatan yang boleh kita banggakan
kerana setaraf dengan filem filem animasi luar negara! Ayuh! Kita sama sama
support dengan menonton filem ini di pawagam berdekatan kita!
0 Comments