Apakah Maksud Mimpi Ombak Besar Dalam Islam?

Apakah Maksud Mimpi Ombak Besar Dalam Islam? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Siapa pernah bermimpi melihat
ombak besar seperti tsunami? Pernah tak terfikir apa yang dimaksudkan
dengan mimpi tu? Mimpi itu samada kita Mimpi
Ombak Besar Tapi Selamat ataupun kita dihanyutkan dan terjadi apa apa pada
kita. Macam aku baru baru ini, aku Cuma bermimpi melihat ombak yang sangat
besar. Sekadar melihat.
Sejenis aku,
kalau dah mimpi macam ini, terjaga pula awal pagi, aku mesti akan berfikir, ada
yang cuba disampaikan melalui mimpi ini. Maka nya, mencarilah aku Tafsir Mimpi Ombak Besar menurut islam.
Bukannya apa, kalau cari tafsir mimpi sahaja, ada macam macam. Jadinya cubalah
cari tafsir menurut islam ini.
Cuba bayangkan,
kita dalam dunia nyata pun kalau tengok ombak besar datang mengulung, rasa
takut dalam hati tu dah cukup kuat kan? Tapi dalam mimpi aku tu, aku terselamat
dan berlari ke tempat yang lebih selamat. Cuma aku nampak beberapa orang yang
dihanyutkan oleh ombak itu mungkin. Besar sangat ombak yang datang!
Maksud Mimpi Ombak Besar Dalam Islam.
Bila nak
cari tafsir mimpi melibatkan ombak atau air ini, hampir kebanyakkan mereka
kongsikan yang ianya melibatkan rezeki kita. Ada yang tulis, bermimpi melihat ombak besar seperti
tsunami ni, ibarat ada rezeki yang besar akan datang pada kita. Ada yang
tulis, kalau mimpi ombak besar, akan ada perubahan besar dalam hidup kita tak
lama lagi. Macam macam versi.
Berbeza pula
ada yang tulis, kalau melihat ombak besar, kita akan mengalami kesukaran dalam
hidup. Ada yang cakap, mimpi ombak besar ni, perkerjaan atau peniagaan kita
akan mengalami kesukaran. Dan pelbagai versi. Dan aku sendiri pun tak faham
yang mana satu betul.
Namun,
dalam pada aku mencari apakah maksud
sebenar mimpi melihat ombak besar ini, ramai yang kongsikan,
Mimpi itu samada benar atau tidak ada perkara yang ingin disampaikan, haruslah tetap kita bermohon kepada yang maha esa agar dipermudahkan segala macam urusan dan dijauhkan daripada segala macam perkara yang tidak kita ingini. Dari kita asyik memikirkan mimpi itu, adalah baik kita perbanyakkan amalan dan berdoa padanya. insyaAllah, kita akan dilindungi daripada semua perkara yang tidak elok.
0 Comments