Cara Pakai Mask Yang Betul, Biru atau Putih dekat luar?

Cara Pakai Mask Yang Betul, Biru atau Putih
dekat luar? |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ini memang musim Influenza A.
Dekat sekolah, dekat tempat kerja, semua dah merebak. Semalam, ada beberapa orang rakan sekerja yang positif influenza A
dan telah diberikan cuti sakit selama seminggu. Bila datang musim sakit macam
ini, ramailah yang mula cari dan pakai mask. Tetapi, setiap kali nak pakai,
mesti keliru, sama ada warna putih dekat dalam atau biru. Dan hari ini, aku nak
share Cara Penggunaan Mask Yang Betul.
Cara Pakai Mask Dengan Betul.
Ok, sebelum itu, ada 2 jenis yang patut kita tahu. 1 adalah
surgical mask. Ini yang biasa kita tengok dan pakai. Dan satu lagi adalah jenis
N95. Nanti aku akan beritahu dengan lebih lanjut apakah perbezaan dan kegunaan
sebenar kedua dua jenis mask ini.

Orait. Cara Pakai Mask Yang Betul, Biru
atau Putih dekat luar? Ini kadang kadang bukan korang jer yang keliru, aku pun ada waktunya
terpaksa cari info yang betul cara pemakaian mask ini. Bila kita dah yakin pakai
warna putih dekat luar , tengok kawan kawan lain pakai warna biru, kita pun
jadi keliru, eh! Aku pakai salah ke?
Ok. Macam
ini. Untuk surgical mask ini, warna putih itu sifat dia mudah melekat wap air. Dan
warna biru atau hijau itu pulak sifat dia tak mudah melekat wap air. Waktu kita
bersin, ada banyak wap air yang tersebar. Jadi, dalam kes Cara Pakai Mask Yang Betul, Biru atau Putih dekat luar ini, warna
putih atau warna biru dekat luar?
Jawapannya tentulah
warna biru atau hijau!
Sebabnya, warna putih itu serap wap air. Cuba bayangkan kita pakai dekat luar, berapa banyak wap air atau kuman yang terserap dekat bahagian itu? Kemudian waktu kita nak buka mask, kita pegang pula, kita tersangatlah mudah berjangkit. Mulanya pakai untuk elak berjangkit, rupanya cara pakai salah, terjangkit jua akhirnya.
Orait. Sekarang dah jelas kan? Nak pakai surgical mask,
warna biru atau hijau mesti dekat luar. Sekarang aku nak terangkan pula apa
perbezaan surgical mask ini dengan N95.
Surgical mask yang biasa kita pakai ini sebenarnya tidak
mampu untuk menyaring partikel mikroorganisma yang tersangatlah kecil seperti
Tuberkulosis (TIBI) ataupun Influenza. Yang mampu untuk menahan semua itu
sebenarnya adalah mask N95 macam gambar dekat bawah ini:

Ok. Sekarang semua dah jelas ya! Untuk mengelakkan asap
jerebu ke, atau virus influenza, mesti pakai mask yang betul. Dan harapnya
semua dah jelas dengan Cara Penggunaan Mask Yang Betul (Surgical mask) iaitu warna biru
atau hijau mesti dengan luar. Ok.
0 Comments