Cara paling mudah untuk check wang tidak di tuntut secara online.

Cara paling mudah dan cepat untuk check wang
tidak di tuntut |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya ramai yang dah tahu pasal perkara
ini kan? Atau ada yang belum tahu tentang wang yang tidak di tuntut ini? Untuk
mudah faham, wang yang tidak di tuntut ini adalah wang yang kita tak tahu ianya
milik kita. Mungkin ada wang yang sepatutnya kita dapat tetapi kita tak tahu. Jangan
terperanjat ya sebab ada rakan rakan yang bila periksa sahaja nama mereka, rupa
rupanya ada puluhan ribu ringgit duit mereka yang tidak di tuntut! Ahha! Jadi macam
mana nak tahu dan cara check wang tidak
di tuntut ini?
Kalau sebelum
ini, kita kena ke pejabat Jabatan
Akauntan Negara Malaysia (JANM) tetapi sekarang tidak lagi kerana ada cara
yang lebih mudah iaitu kita boleh periksa secara online sahaja. Tak perlu susah
susah beratur dan jalan jauh jauh pun.
Cara check wang tidak di tuntut secara online.
Tapi bila
sebut boleh check secara online ini, kenalah faham faham sendiri. Rakyat Malaysia
ini bukannya sedikit. Jadi terlalu ramai yang nak check. Yelah, mana tahu
rezeki mereka, ada belas atau puluhan ribu wang mereka yang tidak dituntut. Dapatlah
mereka tunaikan umrah bersama keluarga kan.
Aku sendiri
pun berkali kali jugalah cuba nak masuk dalam laman web http://egumis.anm.gov.my/. Tetapi seperti
yang aku ada beritahu tadi, tersangatlah susah! Sampai rasa malas nak masuk
lagi. Sebab kalau nak check wang yang
tak di tuntut, haruslah melalui laman web ini atau pergi sendiri ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Jadi nak
periksa secara online atau offline? Jawapan dia mestilah online kan? Hehehe.
Tapi nak
periksa secara online susah pula kan? Jangan risau, aku ada Cara paling mudah dan cepat untuk check
wang tidak di tuntut secara online! Cara ini pun aku belajar daripada rakan
rakan di facebook.
Ok. Cara paling mudah untuk check wang tidak di
tuntut secara online adalah dengan menggunakan handphone. Ha, betul ni,
guna handphone. Jangan guna laptop atau computer. Guna handphone korang dan
masuk ke dalam laman web ini : http://egumis.anm.gov.my/.
Isikan semua
detail yang diperlukan, kemudian apabila siap, tinggal masukkan no kad
pengenalan dan jika ada jumlah wang yang tidak dituntut, maka akan keluarlah
jumlahnya di situ. Dan tak silap aku, sehari hanya dibenarkan untuk periksa 2
no kad pengenalan sahaja. Macam aku, aku check untuk diri aku dan wife. Alhamdulilah,
adalah sedikit. Hehehe.
Orait! jadi
tunggu apa lagi? Dah tahu kan Cara paling
mudah untuk check wang tidak di tuntut secara online?
2 Comments
Jom semak now
ReplyDeleteWow. Tak tahu pula boleh semak onlline. TQ
ReplyDelete