Tolonglah ibu bapa dan penjaga semua..

Tolonglah ibu bapa dan penjaga semua.. | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Sekarang ni memang Musim Virus Influenza menyerang! Dah banyak yang berjangkit. Dekat sekolah anak
aku pun ada beberapa pelajar yang mana penjaga mereka tidak menghantar anak
anak mereka ke sekolah. Itu baguslah, cumanya, tolonglah pada ibu bapa dan
penjaga semua. Ini ada sedikit pesanan.
Tolonglah kita
sama sama jaga dan tolong juga beritahu perkara sebenar kepada guru guru. Sebabnya,
ada ibu bapa dan penjaga yang dah nak masuk 2 minggu tidak hantar anak mereka
ke sekolah (pra sekolah). Bila guru Tanya, ibu bapa kata anak mereka tidak
sihat (melalui whatsapp) dan perlu kuarantin di rumah.
Kemudian guru
Tanya lagi, adakah anak mereka dijangkiti influenza? Ibu bapa senyap. Bila guru
call, ibu bapa tak angkat. Senyap seribu bahasa. Kami ini, ibu bapa yang lain
jadi tertanya Tanya. Dan akibat daripada itu, anak aku dah beberapa hari tak
sekolah. Anak aku ada batuk batuk. Cumanya itu batuk biasa (sudah di bawa
berjumpa doctor).
Setiap awal
pagi, sebelum aku ke tempat kerja, anak aku minta dihantarkan ke sekolah. Sebab
dia nak sekolah! Nak belajar! Tapi, itulah, aku sendiri tak berapa nak faham
dengan sesetengah ibu bapa dan penjaga ini. Tolong lah beritahu perkara
sebenar! Kalau demam biasa, beritahu demam biasa. Kalau dah dijangkiti
influenza, beritahu guru! Jangan senyap sepi.
Anak anak
kami nak sekolah, terpaksa kami tahan sebab guru kata dah ramai anak anak lain
yang berjangkit. Ikut hati aku, mahu sahaja aku hantar anak aku belajar. Sebab dia
nak belajar. Tapi isteri tak mahu. Katanya tak mahu anak dia berjangkit sebab
tak tahu apa status anak anak yang lain.
Minta maaf
kata. Minta maaf. Aku jadi risau jika kalau kalau ada segelintir ibu bapa yang
jenis tak percaya pada ubat atau apa sahaja. Tak usah kata orang lain, dulu ada
seorang dekat tempat aku bekerja. Memang tak ambil apa apa vaksin dan tak
percaya langsung pada ubat atau apa sahaja daripada doctor.
Anak anak
demam, mereka jaga sendiri. Aku tak pasti apa mereka beri pada anak anak
mereka. Kemudian nak dijadikan cerita, anak mereka hampir kena sawan dan
akhirnya terpaksa di bawa ke hospital. Aku tak pasti kisah selanjutnya sama ada
mereka benarkan anak mereka ambil ubat atau tidak di sana.
Dan untuk
kes ini, aku jadi risau kalau ada yang sama macam kes di atas dekat sekolah anak
aku tu. Takut takut kalau ada yang jenis tak percaya semua ini, mereka jaga
sendiri dan jadi lebih risau kalau kalau anak mereka di jangkiti virus
influenza.
Apa pun,
mohon sangat sangat pada ibu bapa dan penjaga untuk sama sama pantau kesihatan
anak masing masing. Kalau kita sama sama jaga, insyaAllah, kita dapat jaga
kesihatan anak anak kita bersama. Mereka pun boleh belajar dengan seronok.
0 Comments