Kenapa orang islam tak boleh ada tattoo? | MrEjoy

Kenapa orang islam tak boleh ada tattoo?

Kenapa orang islam tak boleh ada tattoo?

Kenapa orang islam tak boleh ada tattoo? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ha, ini boleh jadi soalan atau pemberitahuan. Boleh atau tidak orang islam buat tattoo? Al kisahnya, waktu muda tu, waktu jahil dulu la, aku pernah terasa nak ada tattoo. Ini ikhlas cakap ini. Semua sebab kawan kawan jugalah. Ikut orang tak betul, kita pun jadi tak betul. Tapi alhamdulilah, Allah simpangkan benda tu. Dan korang tahu tak yang hukum pembuat tattoo dan mereka yang buat tattoo itu adalah haram dalam agama islam?

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu, katanya:

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan-perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan-perempuan yang mengikir giginya, (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan- perempuan yang mengubah ciptaan Allah Ta‘ala. (Setelah itu Ummu Ya‘kub bertanya kepada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu mengenai apa hadits yang beliau melaknat perkara tersebut, beliau menjawab: “Bagaimana aku tidak melaknat sesiapa yang dilaknat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang ia ada dalam Kitab Allah. { (Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang tafsirnya): “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada kamu maka terimalah serta amalkan }.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:

“Bahawanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang membuat cemara (orang yang menyambungkan rambut), orang yang minta dicemarakan (orang yang minta disambungkan rambut), orang yang membuat tatu dan orang yang minta dibuatkan tatu.” (Hadits riwayat Muslim)

Dan imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.

Kenapa tattoo ini di anggap sebagai najis? Ini adalah kerana, sewaktu tattoo di buat, jarum akan di tekan tekan di tubuh untuk memasukkan warna. Waktu ini darah akan keluar dan bercampur dengan warna tersebut. Dan tattoo itu sendiri adalah campuran di antara warna dan juga darah yang telah kering.

Jadi, cuba bayangkan, tubuh ada darah kering yang bercampur dengan warna, adakah solat kita sah? Adakah mandi wajib kita sah? Adakah ibadah kita yang lain juga sah? Sebab itu islam melarang umatnya daripada bertattoo.

Jadi sekarang dah jelas kan kenapa umat islam dilarang daripada bertattoo. Nanti ada masa, aku akan tulis pula, macamana pula dengan mereka yang baru masuk islam dan dah ada tattoo atau mereka yang dah beragama islam sejak kecil tapi buat juga tattoo.  Ada masa nanti aku tulis lagi ya.

Share:

1 comments

  1. Perkongsian yang menarik. Boleh dijadikan tauladan kepada yg taktahu.

    ReplyDelete