Musim virus Influenza menyerang!

Musim virus Influenza menyerang! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Sekarang ini di negara kita Malaysia, Virus Influenza sedang hangat
diperkatakan. Ramai yang dah kena dan ada juga sekolah yang dah tutup
disebabkan ramai yang dah berjangkit. Dekat tempat kerja sekarang pun, ramai
kawan kawan yang terpaksa ambil cuti di sebabkan positif Influenza.
Influenza bukan penyakit biasa biasa!
Ramai sebenarnya
yang menganggap penyakit ini seperti selsema biasa. Namun ramai yang tidak
sedar yang influenza ini boleh membawa kepada kematian. Ada beberapa golongan
yang berbahaya kalau kena penyakit ini iaitu wanita hamil, kanak kanak di bawah
usia 5 tahun, orang dewasa melebihi 65 tahun ke atas dan mereka yang menghidap
penyakit asma, darah tinggi dan jantung.
Influenza ni
sangat mudah merebak kerana ianya lebih kurang sama dengan selsema. Ianya jadi
lebih mudah merebak bila masa musim sejuk. Tambahan pula sekarang ini, dekat
kawasan tempat aku tinggal memang kerap hujan. Jadi memang potensi untuk virus
ini merebak dengan lebih cepat!

Tanda tanda anda terkena Influenza.
Kalau korang
atau anak anak atau sesiapa sahaja yang ada symptom di bawah, korang mungkin
dah di jangkiti dengan virus influenza ni:
- Demam panas yang berlarutan
- Susah bernafas atau nafas pendek
- Susah nak minum air
- Mual dan muntah yang teruk
- Cirit birit
- Bibir atau kulit bewarna biru
- Terlalu letih sampai susah nak bangun.
Jika ada
tanda tanda semacam di atas, korang kena berjumpa dengan doctor secepat
mungkin.
Cara untuk elak dari dijangkiti dengan virus influenza.
Ada beberapa
cara kita semua boleh buat untuk mengelak daripada dijangkiti dengan virus influenza
di antaranya adalah:
- Jaga kebersihan diri sebaik mungkin. Kena kerap basuh tangan. Supaya kuman dekat tapak tangan tidak tersebar ke tempat lain.
- Pakai topeng muka. Kalau boleh pakai topeng muka yang betul. Ini dapat mengelakkan kita daripada dijangkiti dengan virus influenza ni.
- Nak tahu jenis topeng muka yang betul, baca artikel ini: Cara pemakaian Mask yang betul.
- Elakkan daripada kawasan yang sesak. Ini termasuklah juga mengelakkan diri kita daripada mereka yang batuk dan selsema. Kena faham, virus ini juga merebak melalui udara ya.
- Banyak minum air putih dan banyakkan berehat di rumah.
Oklah. Rasanya
setakat itu sahaja yang mampu aku tulis mengenai influenza ini. Harapan aku,
kita sama sama menjaga kebersihan diri agar virus ini tidak lagi tersebar. Dan pada
rakan rakan yang dah dijangkiti tu, aku doakan korang semua cepat sembuh,
insyaAllah.
0 Comments