Pemuzik ternama Tanah Air, Lok U meninggal dunia | MrEjoy

Pemuzik ternama Tanah Air, Lok U meninggal dunia

Pemuzik ternama Tanah Air, Lok U meninggal dunia

Pemuzik ternama Tanah Air, Lok U meninggal dunia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak mengejutkan juga bila terbaca berita mengenai kematian seorang pengarah muzik ternama tanah air, Lok U atau nama sebenarnya Faizal uzir. Nama beliau memang tidak asing lagi kerana kerap muncul dalam banyak rancangan di kaca televisyen.

Khabarnya beliau dikatakan sesak nafas selepas pulang daripada jogging di sekitar rumahnya di Taman Puncak Jalil, seri kembangan sekitar jam 10 pagi. Beliau mulanya telah di bawa ke hospital serdang sebelum di sahkan meninggal dunia. Allahyarham Lok u berusia 46 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.

Apa pun, Al fatihah untuk arwah Lok U atau faizal uzir dan sememangnya ini adalah 1 berita yang mengemparkan industri muzik tanah air.

Share:

1 comments