Program sarapan pagi percuma (PSP) 2020 diteruskan

Program sarapan pagi percuma (PSP) 2020
diteruskan | Assalamualaikum
dan selamat pagi. Agak panas jugalah isu sarapan pagi percuma 2020 (PSP) ni. Awal
pendaftaran sekolah hari tu, memang inilah perkara yang diberitahu guru besar
di sekolah anak aku. Dan Program sarapan
pagi percuma (PSP) 2020 ini memang menarik perhatian semua ibu bapa. Kemudian
beberapa hari selepas itu, dikatakan program ini akan di kaji semula, ah sudah!
Memang
tidak aku nafikan, Program sarapan pagi
percuma (PSP) 2020 ini memang memberi manfaat kepada ramai orang. Tapi program
ini hanya untuk pelajar sekolah rendah sahaja ya. Dan diberikan kepada sekolah
rendah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.
Di antara
tujuan utama Program sarapan pagi
percuma (PSP) 2020 ini adalah untuk memberi atau menyediakan makanan yang
berkhasiat mengikut nilai kalori dan makanan seimbang. Ini sangat bagus kerana
ianya mampu merangsang proses tumbesaran anak anak kita.
Sebab itu
aku kata yang program ini sangat bagus. Ianya menjadi lebih bermakna buat
mereka yang tidak berkemampuan. Sekurang kurangnya program sarapan percuma ini
mampu “mengurangkan” perbelanjaan anak anak mereka di sekolah.
Apa pun,
baru baru ini, perdana menteri Malaysia telah mengumumkan yang Program sarapan pagi percuma (PSP) 2020 ini
akan diteruskan Cuma khas buat mereka yang benar benar layak sahaja. Mungkin sebelum
ini ianya untuk semua pelajar sekolah rendah namun selepas ini, mereka yang
terpilih sahaja. Mereka daripada keluarga yang tidak berkemampuan sahaja.
Apa pun, aku
sangat menyambut baik program ini dijalankan. Dan berharap agar ianya
diteruskan. Ianya sangat memberikan manfaat kepada ramai ibu bapa. Untuk maklumat
lanjut dan soalan soalan berkaitan Program
sarapan pagi percuma (PSP) 2020, boleh rujuk gambar di bawah:

0 Comments