Straw plastic bakal di gantikan dengan straw daripada batang serai? | MrEjoy

Straw plastic bakal di gantikan dengan straw daripada batang serai?

straw batang serai

Straw plastic bakal di gantikan dengan straw daripada batang serai? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Heboh juga dalam media social tentang ura ura straw plastic bakal digantikan dengan straw daripada batang serai. Daripada pemahaman aku, ini bukan yang diproses tapi betul betul original batang serai! Wah! Ibarat, kita ambil serai, buang kat tengah dia, kemudian bersihkan dan gunakan sebagai straw air! Lain macam sungguh!

Perkara pertama yang masuk ke dalam benak fikiran aku adalah, apa rasanya bila guna straw daripada batang serai ni. Kalau kita minum sirap ais, mungkin ada sedapnya dekat situ. Macam mana pula kalau kita minum milo ais? Hahaha. Ada sedikit rasa serai! Tetapi tetap menarik juga kan?

Idea ini aku tak pasti daripada siapa. Cumanya idea itu kata, penggunaan straw daripada serai ini lebih berbaloi. Sebab bahagian dalam yang kita buang tu boleh di buat masakan dan bahagian luar pula boleh digunakan sebagai straw.

Dari sudut positif, ini akan membantu petani petani yang mengusahakan penanaman serai sekaligus boleh meningkatkan harga pasaran serai. Kalau sebelum ini, dekat mana mana kita boleh jumpa pokok serai ini. Tapi jika penggunaan straw batang serai ini meluas, makanya mungkin agak susah dah kita nak jumpa lepas ini.

Tapi cuba bayangkan, kalau kita kerap minum dekat kedai, sebatang serai tu boleh guna berapa kali? Kalau hancur, kenalah tukar. Kalau kerap tukar, berapa banyak pula batang serai yang perlu kita bawa. Penuh jugalah bag kita nantikan. Kalau yang mudah dapat, tidak apa lah, kalau yang susah nak dapat ini macam mana pula kan?

Apa pun, bagus juga idea ini. Bumi kita ni pun dah penat. Straw plastic pun dah banyak mengancam nyawa haiwan. Kita buang merata rata plastic. Bumi penuh dengan sampah plastic. Kalau kita tak mula sekarang, lambat laun, kesannya pasti jadi lebih teruk.

Apa pun, aku nak cuba guna straw batang serai ini dulu. Lepas dah guna nanti, aku tulis dekat blog mrejoy ni ya! Korang pun, jom lah sama sama cuba! Rasa air pasti lebih sedap lepas ni. Ok? Hehe.

Share:

0 comments