Tahun baru dengan azam dan target baru!

Tahun baru dengan azam dan target baru! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, dah 6 hari kita berada dalam tahun 2020. Dan hari ke
enam jugalah aku baru nak mula menulis blog mrejoy.com ni, hahaha. Yang sebenarnya
bukan apa, sibuk menguruskan anak anak sekolah. Si abang dah masuk darjah 1. Yang
no 2 pula, masuk pra sekolah. Jadi memang agak sibuk dekat situ. Apa pun, ianya
sememangnya pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup aku. Teringatlah sewaktu
kecil dulu waktu ayah kita bawa datang register sekolah kan.
Tapi bukan
pengalaman itu yang aku nak kongsikan. Sebaliknya azam dan target baru bagi
tahun 2020! Alhamdulilah, banyak yang aku belajar dalam tahun 2019. Dan di
antara yang sangat sangat memberi kesan adalah bilamana aku masuk ke seminar metamorphosis afnan rosli. Tak dinafikan
ianya mencetuskan pelbagai reaksi termasuklah mendapat perhatian daripada pihak
mufti wilayah persekutuan.
Tapi ada
banyak benda yang boleh aku belajar dan ubah dalam hidup aku. Dan ya! Sekarang ini
aku lebih positif dalam banyak hal. Asbab daripada seminar tersebut. Tahun 2019
juga sangat cemerlang buat aku bila mana aku kenal dengan ustaz avengers atau lebih tepatnya ustaz hakim.
Dia banyak
mengajar tentang kewangan dan circle. Dan daripada situ juga aku mula ubah
circle hidup aku dan memilih mereka yang betul untuk berada di dalam kehidupan
aku. Ini sangat sangat mempengaruhi hidup kita semua. Ubah mereka yang ada di
sekeliling kita, hidup kita juga berubah.
Jika kita berkawan dengan 9 orang jutawan, kita pasti jadi jutawan yang ke 10!
Tahun baru dengan azam dan target baru
Nak ubah
circle ni, bukan sahaja kawan kawan dekat sekeliling, tapi dekat laman social juga.
Kalau dulu, aku tak kisah pun apa yang kawan kawan aku nak post dekat laman social
mereka. Pada aku, aku Cuma baca dan baca.
Tapi sebenarnya
salah! Ianya sangatlah mempengaruhi hidup kita. Cuba bayangkan kalau 9 orang
kawan kita dekat laman social post berkaitan kemarahan. Dan kita baca. Secara automatik,
kita pun akan turut serta marah dan automatik juga, nak post benda benda yang
melibatkan kemarahan. Betul tak?
Jadi aku
ubah. Contohnya tahun 2020 ini, aku nak jadi top vlogger Malaysia. Jadi, aku cari 9 orang top vlogger, dan
jadikan mereka rakan di laman social dan letak mereka sebagai “see first”. Sebab
apa? Ini sebabnya:
Bila aku buka facebook, benda pertama yang aku akan baca adalah post daripada top vlogger ni. Bayangkan setiap masa, pagi, petang, siang & malam, buka sahaja facebook, aku akan baca post daripada mereka. Jika hari hari baca, tak mustahil, aku akan jadi top vlogger Malaysia.
Jadi, masih
belum terlewat untuk kita setkan, apa yang kita mahukan atau nak jadi apa dalam
tahun 2020 ini, dan mulalah cari circle yang baru. Berkawan dan bercampur
dengan mereka yang betul akan membuatkan kita jadi apa yang kita nak jadi. Kita
dapat apa yang kita mahukan dalam hidup kita.
Tiada istilah
dah terlambat sebenarnya. Selagi nyawa di kandung badan, dan kita ada kesedaran
mahu berubah, kita terus buat. Jangan berlengah dan ambil masa yang terlalu
lama untuk berfikir. Orait! Aku doakan korang semua juga akan Berjaya capai apa
yang korang inginkan pada tahun ini ya!
1 Comments
waalaikumussalam. semoga tahun 2020 memberikan kita hasil yg lebih baik dan diberikati oleh Allah Taala. aamiin ^_^
ReplyDelete