Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (bsh) 2020 | MrEjoy

Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (bsh) 2020

Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (bsh) 2020

Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (bsh) 2020 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bantuan sara hidup (bsh) akan diteruskan bagi tahun 2020. Dah ramai sebenarnya yang mendapat manfaat daripada bantuan ini. Cumanya tahun ini ada perbezaan sedikit pada penerima. Bagi mereka yang layak menerima bantuan sara hidup (bsh) ini, bayaran pertama akan dibuat pada bulan januari 2020!

Agak banyak juga yang kongsikan tentang Bantuan Sara Hidup (bsh) 2020 ini dalam laman social. Semua pastilah bercerita tentang Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (bsh) 2020. Dan alhamdulilah, buat penerima semua, mengikut pengumuman yang telah di buat di dalam laman web BSH, bayaran fasa pertama bantuan sara hidup sebanyak RM300 akan mula di terima mulai 20 januari 2020.

Untuk pembayaran kali ini, mereka yang berstatus layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 adalah daripada mereka yang layak menerima bantuan ini pada tahun 2019.

Tapi bermula 1 februari 2020 sampai 15 mac 2020, semua penerima boleh mengemas kini data yang lepas dan buat mereka yang tidak layak menerima sebelum ini boleh membuat permohonan semula dalam tempoh masa tersebut.

Aku kongsikan info mereka yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2020 mengikut kategori seperti di bawah:


  • Isi rumah berpendapatan bulanan sebanyak RM2000 dan ke bawah : Layak menerima BSH sebanyak RM1000 dengan tambahan RM120 / anak.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan sebanyak RM2001 hingga RM3000 : Layak menerima BSH sebanyak RM750 dengan tambahan RM120 / anak.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan sebanyak RM3001 hingga RM4000 : Layak menerima BSH sebanyak RM500 dengan tambahan RM120 / anak.
  • Bagi mereka yang bujang berusia sekurang kurangnya 40 tahun dan berpendapatan bulanan kurang dari RM2000, mereka juga layak untuk menerima bantuan sara hidup (BSH) 2020 sebanyak RM300.
  • Golongan kelainan upaya dan berumur 18 tahun atau lebih dan berpendapatan bulanan kurang daripada RM2000 juga akan menerima bantuan sebanyak RM300.

Bagi bantuan tambahan RM120 hanya layak untuk setiap anak yang berumur bawah 18 tahun sahaja (kecuali anak OKU, tiada had umur) dan terhad kepada 4 orang anak sahaja.

Untuk mengetahui samada korang layak atau tidak menerima Bantuan Sara Hidup 2020 ini, korang boleh check melalui link di bawah:

Tags:

Share:

0 comments