facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Guru di denda merangkak

Ibu bapa makin teruk! Guru di denda merangkak! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tah tahu lah nak mulakan macam mana, rasanya semua pun dah lihat video ustazah di paksa merangkak oleh ibu bapa. Katanya sebab anak mereka di denda merangkak juga. Tak cukup dengan itu, di rakam pula dan diviralkan video tersebut. Aku sendiri tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Bila tersebarnya video ini, pastilah ramai yang meluahkan rasa tak puas hati mereka. Mana mungkin seorang guru layaknya di perlakukan seperti itu? Di mana martabat seorang guru? Aku jadi sangat marah bila mana guru diperlakukan semacam itu di depan anak anak muridnya!

Cuba bayangkan apa perasaan guru tersebut? Dia guru, yang mengajar anak anak kita jadi manusia. Yang turut sama mengajar macam mana caranya hidup dekat alam ini. Kenapa sampai tahap nak malukan macam itu?

Anak kamu di denda, hanya kamu dan guru sahaja yang tahu. Tapi guru ini diperlakukan seperti itu, satu Malaysia tahu. Adil kah? Kamu suruh ustazah itu merangkak macam itu, aduhai. Tak pasti apa tujuan utama kamu.

Aku sendiri ada anak yang sedang bersekolah sekarang. Kalau pun anak aku di denda semacam itu, mana mungkin aku akan buat perkara yang sama pada guru. Cuba bayangkan, tak mungkin cikgu akan suka suka denda anak murid macam itu, pasti ada sebabnya.

Kalau ikutkan ada banyak kesalahan yang telah di lakukan ibubapa ini. Tapi yang paling besar, cubaan memalukan. Aku sangat berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Tolonglah sama sama ibubapa. Janganlah buat semacam ini pada guru guru lagi.

Mereka yang mendidik anak bangsa. Mereka yang membantu kita saat kita sibuk dengan mencari rezeki. Tolonglah jangan diperlakukan guru guru seperti ini. Tolong.

idea topeng muka dari bahan terbuang

Disaat isu kesihatan memuncak, artis ini tampil dengan idea topeng muka dari bahan terbuang | Assalamulaikum dan salam sejahtera. Covid-19 nampaknya belum menunjukkan tanda tanda untuk berhenti. Ini dikuatkan lagi dengan penambahan kes dan kadar kematian yang bertambah setiap hari. Tidak kah ianya kedengaran seperti sesuatu yang menakutkan? Ketika isu kesihatan semakin memuncak, topeng muka menjadi sesuatu yang sangat diperlukan. Dan disaat keperluan ini semakin berkurangan, seorang artis yang berpusat di kota London tampil dengan idea topeng muka dari bahan terbuang!

Aku sendiri tak pasti sama ada ianya kelakar atau ada sesetengahnya memang di gunakan pakai. Tapi tak mustahil juga, kerana melihat kepada pemintaan global yang semakin memuncak terhadap topeng muka ini, tak hairan, jika ianya berterusan, idea ini boleh di guna pakai. Kalau dah terdesak, apa pun boleh kan?

idea topeng muka dari bahan terbuang

Contoh macam topeng muka yang diperbuat daripada sayur ni. Selain daripada murah, ianya mudah dapat, mesra alam dan pastinya mudah lupus. Sama macam topeng muka yang kita pakai sekarang. Tak boleh pakai berulang kali. Selepas pakai kena buang. Cuba bayangkan kalau gunakan sayur. Kita nak hapuskan pun mudah kan?

idea topeng muka dari bahan terbuang

Idea topeng muka daripada botol air. Ini pada aku boleh dianggap serius kerana tersebar banyak gambar mereka yang menggunakan botol ini. Secara logiknya, aku sendiri tak pasti keberkesanannya, Cuma sekali lagi, ianya mudah dan murah. Cuma bab lupuskan, ada masalah dekat situ.

Namun, ada pelbagai idea yang kurang menyakinkan dan hanya menambah “kesengsaraan” sahaja. Contoh macam kasut. Ahh! Mana mungkin kita akan gunakan kasut sebagai topeng muka kan? Selain ianya mungkin berbau, sudah tentu kita akan jadi lebih sukar bernafas. Bayangkan topeng muka sedia ada pun susah nak bernafas, kalau kasut? Silakan berfikir sendiri ya.

Dan pelbagai lagi idea topeng muka dari bahan terbuang yang dihasilkan artis ini. Seperti yang ada aku sebutkan pada awal tadi, ianya Cuma idea semata mata namun jika kita berada di dalam keadaan terdesak, tak mustahil idea idea ini akan diguna pakai kelak. Apa pun, tepuk dada, 1 hari nanti cubalah ya!

idea topeng muka dari bahan terbuang

idea topeng muka dari bahan terbuang

idea topeng muka dari bahan terbuang
gambar raudah

“Mereka akan mati beramai ramai dan secara tiba tiba” | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru baru ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian Arwah Abam Bocey. Dan semalam, kita dkejutkan dengan pemergian Ashraf Sinclair. Itu yang kita nampak dan tahu (kerana kedua mereka sangat dikenali umum). Tapi tahukah kalian semua yang sebenarnya, banyak lagi kematian yang berlaku dalam masa terdekat ini? Cuma kita je yang tak tahu.

Bila berlaku keadaan macam ini, aku teringat satu ceramah seorang ustaz ini yang berceritakan tentang keadaan suatu zaman ini. Yang mana, dalam zaman itu, manusia ini akan mati secara beramai ramai dan secara tiba tiba.

Kata dia, ibarat macam ini, semalam kita duduk bergelak ketawa, bergurau senda, tup tup hari ini meninggal. Atau, baru sekejap kita bergurau senda berbual kosong dengan seorang rakan tahu tahu lepas itu meninggal.

Sambung cerita ustaz ini lagi, dia minta kita bayangkan, sekandang kambing, penuh. Tahu tahu esok, 1 kandang tu mati. Sampai pemilik pun tak tahu kenapa kambing kambing dia mati. Mati secara beramai ramai dan secara tiba tiba.

Ustaz tu tak beritahu pula bila zaman ini Cuma apa yang disampaikan akan tiba 1 zaman itu (zaman yang diceritakan di atas). Kematian itu akan jadi berita utama. Orang akan bercerita pasal kematian sahaja.

Kalau dahulu, mereka yang meninggal dunia, kalau tidak sakit tua, meninggal kerana sakit teruk atau kemalangan. Tapi dia kata, dalam zaman itu, orang yang sihat pun boleh jadi sampai ajalnya. Meninggal tidak mengira umur. Tahu tahu kita dapat berita, ada orang meninggal dunia.

Bila tengok balik keadaan sekarang, bila buka sahaja facebook, boleh kata setiap masa aku akan baca mengenai kematian. Kematian keluarga, saudara, rakan taulan, macam macam. Dah jadi macam berita utama yang kena baca bila buka media sosial ni.

Yang lebih merisaukan aku adalah, adakah kita dah memasuki zaman tersebut? Kita memang tak boleh tahan masa daripada bergerak Cuma apa yang boleh kita buat adalah berubah. Kata ustaz itu, kalau dulu kita tak pernah nak kenal tuhan, ada baiknya kita mulai kenal. Sebab bukan kata kita takut dengan zaman tersebut, tetapi kita wajib kenal tuhan.

Nak tidur jangan lupa mengucap. Nak buat apa sahaja, ingat tuhan dan jangan lepas daripada menyebut nama tuhan. Mulai cari siapa tuhan kamu. Kerana tak siapa tahu bila ajal mereka. Mungkin lama lagi, mungkin sekejap lagi. Sebab itu kena bersedia setiap masa.

Sesamalah kita beringat. insyaAllah, semoga kita semua di tetapkan iman yang kuat di dalam hati. Aminn.

Bumi Melaka di limpahi Hujan

Alhamdulilah. Bumi Melaka di limpahi Hujan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh dikatakan Melaka kini di landa kemarau disebabkan agak lama juga hujan tak turun. Dan ada sesetengah lokasi yang dah kena catuan air di Melaka ni. Alhamdulilah, kawasan perumahan aku tak terlibat dalam catuan air. Ini mungkin disebabkan adanya 1 tangki air yang sangat besar dalam kawasan perumahan kami.

Daripada pemerhatian, kawasan taman berdekatan rumah kami yang kena catuan air ni, semuanya tiada tangki air besar. Mungkin disebabkan itu, jika ada rakan rakan yang dalam proses mencari rumah, cuba cari taman yang memiliki tangki air sendiri. Ini untuk mengelakkan jika terjadi catuan air.

Tapi, secara jujurnya, walaupun tidak terlibat, aku tetap juga memilih untuk menyimpan air. Bukan apa, air memang ada, simpanan pun ada. Kalau lah di buatnya 1 hari air terputus, tak lah aku terkial kial nak mencari air kan? Sebab kita dah sediakan payung sebelum hujan. Hehehe.

Apa pun aku sangat bersyukur kerana hujan turun sejak awal pagi tadi. Agak lebat juga. Sememangnya itu yang kami harapkan memandang kawasan tadahan air di sini dan semakin mengering.

Bila tengok gambar yang dikongsikan, memang agak gusar juga tengok kawasan tadahan air tu. Tapi aku lebih tertarik dengan komen netizen. Katanya, kita memang mendoakan agar hujan. Supaya kawasan air tadahan penuh.

Tapi cuba tengok balik keadaan sekeliling. Taman semakin banyak. Penduduk semakin ramai. Kawasan tadahan air tetap sama. Harapan mereka agar ada usaha untuk mendalamkan lagi kawasan tadahan air di Melaka kerana bila air mongering, boleh nampak yang kawasan tadahan ini dah tak dalam.

Jadi dalam kesempatan air mengering ni, bolehlah kiranya ada usaha untuk mendalamkan kawasan tersebut. Sebab kata orang berdekatan kawasan ini, kalau hujan lebat, air dengan sangat mudah melimpah keluar. Itu kata mereka.

Dalam bab ini aku memang setuju. Yelah, tengok pada kawasan di Melaka ni, memang banyak kawasan perumahan baru. Penduduk semakin ramai. Jadi kawasan tadahan air perlu di tambah. Apa piun, kerajaan negeri pasti ada langkah langkah yang terbaik untuk menghadapi situasi ini.

Apa pun, syukur pada yang maha esa kerana membasahi bumi Melaka dengan air. Syukur Ya Rabb.

Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)

Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada peminat coklat tak dekat sini? Mesti ramai kan? Itu termasuklah dengan aku tu. Biasa dekat Malaysia ini, antara coklat yang sedap dan murah, dah tentulah Cadbury kan. Harga pun pada aku ok sahaja. Tapi, ada juga terdetik nak tahu,apa yer Chocolate Paling Mahal Di Dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)? Dan berapa pula Harga Coklat Termahal Di Dunia (Most expensive chocolate prices in the world) tu? Hari ini, kita sama sama dapat ilmu baru mengenai coklat! Hehehe.

Orait. Sebelum itu, apa Kelebihan Coklat ni? Untuk aku, Kelebihan Coklat Cadbury (sebab aku minat Cadbury) adalah bila aku makan, aku rasa tenang je. Hehe. Makan pula bukan jenis patahkan lepas tu terus masuk mulut dan kunyah. Pada aku, dah hilang dah rasa nikmat coklat dekat situ. Nak rasa nikmat dia tu, kena potong dan masukkan dalam mulut. Biarkan dia hancur perlahan lahan. Uhh! Sedap kan? Hahaha.

Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)!


Oklah, cukuplah setakat itu. Sekarang jom tengok senarai coklat dan Harga Coklat Termahal Di Dunia!

Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)

#4. Coklat Swarovski (Harga RM41,480)

Biasa kalau sebut Swarovski ni, mesti kita akan terfikirkan barang kemas & permata kan? Tapi tahukah, mereka juga ada mengeluarkan coklat. Dan tersenai di dalam The Most Expensive Chocolate in the World ni. Kalau dah barang kemas dia pun harga boleh tahan, dah tentulah harga coklat pun mahal juga kan? Hehehe.

Coklat yang dihasilkan mendapat kerjasama di antara Swarovski, Patchi dan Harrods.
Di dalam sekotak coklat yang di hasilkan ini mempunyai 49 ketul coklat yang dibalut khas dengan menggunakan kain sutera (beli coklat dapat kain sutera, menarik ni) dan setiap daripada coklat ini akan dihias khas dengan bunga yang diperbuat daripada Kristal Swarovski.

Coklat ini juga pernah mendapat anugerah Coklat terbaik daripada Academy of Chocolate.

Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)

#3. Golden Speckled Egg (RM46,071)

Berada di kedudukan ketiga dalam senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World) adalah Golden Speckled Egg! Apa yang membuatkan ianya menjadi sangat mahal?

Berdasarkan namanya, coklat ini berbentuk telur dan lapisan luarnya disaluti dengan coklat premium daripada Amadei Tuscany (satu jenama daripada Itali). Kemudian, terdapat juga pelbagai perisa lain iaitu Muscovado Caramel, rosemary dan macam macam lagi. Untuk menghasilkan coklat ini, memerlukan 7 orang pakar dan masa selama 3 hari.

Dan lebih menariknya adalah, tiada langsung barang kemas pada coklat ini. Hanya coklat semata.

Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)

#2. Frozen haute ( RM103,700)

Seterusnya adalah Frozen Haute. Coklat ini hanya boleh di dapati dekat sebuah kafe di New York iaitu Serendipity 3.

Kalau dah nama di antara Chocolate Paling Mahal Di Dunia, nak makan pun kena la ada gaya kan? Hidangan coklat ini akan disertakan dengan hiasan gelang emas dan berlian yang diletakkan di sekeliling cawan. Sudu yang digunakan juga diperbuat daripada emas dan coklat ini juga berwarna emas.

Hmm, terfikir juga. Harga yang dibayar tu, dapat sekali dengan sudu dan gelang emas dan berlian tu juga ke?

Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)

#1. Le Chocolate Box (RM6,222,000)

Aduh! Berada di kedudukan pertama dalam senarai Coklat paling mahal di dunia adalah Le chocolate Box. Mula aku macam, eh! Ye ker ni? Sebab kalau kita tengok dalam senarai 3 di atas, nama mereka gah seperti harga mereka, tapi yang ini? Macam biasa je kan? Kemudian, harganya, jauh berkali ganda daripada ketiga tiga tadi! Mahal ya amat ni!

Apa yang membuatkan Le Chocolate Box ini menjadi sangat mahal?

Pertama, coklat ini dihasilkan oleh sebuah syarikat premium iaitu Lake Forest Confections. Kedua, setiap set coklat ini, datang siap dengan rantai, anting anting, cincin, gelang yang dihasilkan oleh syarikat Simon Jewelers.

Tujuan ianya dihasilkan sedemikian rupa adalah sebagai simbolik coklat dan barangan permata merupakan dua perkara yang sangat penting buat wanita. Itu kata mereka. Kata aku pula, apakah coklat ini di hasilkan khas untuk wanita sahaja? Tidakkah mereka tahu, orang lelaki juga ramai yang hantu coklat? Hahaha.

Kemudian, harga coklat rasanya tidak lah semahal itu. Harga yang ditawarkan pasti datangnya daripada nilai barangan kemas yang ditawarkan. Bijak mereka berniaga kan? Hahaha.


Rahsia mereka yang lahir bulan Mei

Rahsia mereka yang lahir bulan Mei. No #7 memang sangat betul | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang lahir bulan Mei? Pernah tak korang cuba ambil tahu, Karakter Orang yang Lahir Bulan Mei ni? Aha! Hari ini aku nak kongsikan rahsia mereka yang lahir pada bulan 5 ni. Info rahsia bulan kelahiran ini aku dapatkan daripada hasil kajian Dato Fadhilah Kamsah. Ternyata, no #7 itu sangatlah betul. Hehehehe.

Rahsia mereka yang lahir bulan Mei.



  1. Keras hati & degil
  2. Kuat semangat & bermotivasi tinggi
  3. Pemikiran yang tajam
  4. Mudah marah apabila tidak dikawal
  5. Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
  6. Perasaan yang amat mendalam
  7. Cantik dari segi mental & fizikal
  8. Tidak perlu dimotivasikan
  9. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  10. Mudah dipujuk
  11. Bersikap sistematik (otak kiri)
  12. Suka berangan
  13. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
  14. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
  15. Daya khayalan yang tinggi
  16. Permikiran yang tajam
  17. Pandai berdebat
  18. Fizikal yang baik
  19. Kelemahan sistem pernafasan
  20. Suka sastera,seni & muzik serta melancong
  21. Tidak berapa suka duduk dirumah
  22. Tidak boleh duduk diam
  23. Tidak punya ramai anak
  24. Rajin dan bersemangat tinggi
  25. Agak boros

Ok. Sekali lagi, ini adalah kajian ya. Maksudnya, rumusan ini dibuat berdasarkan pemerhatian pada mereka yang lahir pada bulan Mei. Dan ada betulnya juga Karakter Orang yang Lahir Bulan Mei ini pada aku. Contohnya agak boros. Bukan agak lagi, rasanya memang boros pun! Hahaha. Aku akui, memang aku ada masalah di dalam menyimpan. Tak boleh ada duit lebih sikit, nak berbelanja sahaja!

Kemudian, suka sastera,seni & muzik serta melancong. Ya! Aku memang suka keempat perkara ini. Muzik memang sesuatu yang aku perlu dengar setiap hari. Boleh habis masa sangat lama dengar muzik.

Tidak punya ramai anak pula, hmm, anak aku dah 3 orang. Rasanya ramai juga pada aku tu. Hahahaha. Tak tahulah, mungkin ada yang kata, kalau anak 5 atau 7 orang baru ramai. Kalau macam itu jumlahnya, memang betul lah ramai. Ramai sangat! Hahahaha.

Kemudian, Karakter Orang yang Lahir Bulan Mei ini adalah cantik dari segi mental & fizikal. Ha, betul lah tu. Malas nak cerita panjang. Wahaha. Tapi daya khayalan yang tinggi itu sangat betul. Kadang boleh nampak dengan jelas dekat mata walaupun sekadar khayal je memikirkan sesuatu.

Jadi, apa kata mereka yang lahir pada bulan Mei dengan kajian ini? Adakah betul juga pada anda semua?

Jangan suka mengeluh

Jangan suka mengeluh! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kebiasaannya, setiap awal pagi,aku akan isi minyak motosikal sebelum ke tempat kerja. Dan setiap kali itu jugalah aku akan dengar pekerja pam tersebut mengeluh. Boleh kata kerap jugalah dengar dia mengeluh dan atas sebab itulah aku menulis pasal perkara itu hari ini.

Banyak benda yang dia keluhkan. Awal pagi tadi, pakcik tu bising bising sebab ada seorang pelangan ini, isi minyak kereta RM10 tapi dia bagi note RM50. Masalahnya, tak pula pakcik ini bising pada pelangan tu, sebaliknya dia merungut cakap pada aku (kebetulan aku isi minyak bersebelahan kereta ini).

Apa la! Awal pagi isi minyak RM 10 je, tapi bagi duit RM50. Awal pagi macam ini, orang mana ada duit! Macamana nak tukar!

Aku Cuma dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sebab pada aku mudah. Ini bukan gerai jual nasi lemak yang buka payung dekat tepi jalan tu. Kalau gerai macam itu, jual nasi lemak sebungkus RM3 tapi kita bagi dia note RM50, memang jadi masalah juga pada mereka.

Tapi ini stesen minyak. Boleh kata kedai besar juga. Tak mungkinlah tiada note kecil! Jarak daripada pam minyak nak ke kaunter tu, taklah jauh mana. Kalau kira sampai 3, dah sampai dah. Apa salahnya ke kaunter untuk dapatkan note kecil kan. Tiada salah pun.

Pada fikiran aku, mungkin awal pagi kut. Mood pakcik tu belum sampai kata orang. Di tambah pula awal pagi banyak kenderaan. Itu yang mood tak sampai sampai tu. Hahaha. Tapi pada aku mudah. Kamu yang memilih kerja itu dan tidak seharusnya kamu merungut.Kamu yang memilih mencari rezeki dengan cara ini. Jadi, kenalah bekerja sunguh sunguh, betul tak?

Ada 1 hari, aku datang awal untuk isi minyak. Dalam 0645 macam itu. Pakcik ini duduk atas kerusi. Aku berhenti nak isi minyak, dia bangun kemudian tekan pam, ambil duit dan duduk. Waktu itu memang tak ada orang. Rasanya aku seorang sahaja waktu itu. Aku pandang, kemudian dia cakap, ha angkat pam itu isi sendiri ya.

Aku macam, oh! Ok, sambil angkat dan isi minyak. Mungkin mood dia belum sampai. Tapi dalam sebulan, boleh kata setiap kali aku datang, dan memang tak ramai orang pun waktu itu, pakcik itu tetap macam itu. Ha, angkat, isi sendiri. Aku macam, eh! Lama betul pakcik ni punya mood nak sampai. Hahaha.

Ada masanya, ada 6 buah motosikal berbaris nak isi (pam ada 2, jadi sebelah 3, sebelah lagi 3) waktu itu, kebetulan tuan punya pam minyak datang. Abang haji, pakai audi. Bayangkan, 6 buah motosikal ini, pakcik ini isi. Aku macam wow! Aku nak angkat pam nak isi sendiri, dia cakap, tunggu dia isi. Hahahaha. Dekat situ aku macam, oh! Macam ini ke.

Maksudnya dia boleh sahaja buat kerja itu Cuma dia tak mahu buat agaknya. Pada aku, dia di bayar untuk buat pekerjaan itu. Cumanya, yelah, mungkin dia penat agaknya. Tapi, kalau aku yang duduk di tempat pemilik pam minyak, aku secara terus terang cakap, aku tak suka pekerja macam ini.

Pada aku mudah, kamu datang bekerja untuk apa? Dan dibayar untuk apa? Jadi laksanakan pekerjaan kamu sejujurnya. Jangan merungut. Kerana kamu yang memilih untuk bekerja seperti itu. Ketepikan segala macam status diri, kerana kamu datang bekerja untuk apa? Jadi buat kerja betul betul. Kalau kerana nak sara keluarga, buat kerja betul betul.

Ha. Terluah pula dalam blog ni. Tapi bagi aku sebagai pelangan, tak kisah pun nak isi sendiri. Sebab biasa je. Namun, jika aku berada pada tempat pemilik perniagaan, aku tak suka dengan keadaan macam ini. Aku tak berminat nak tahu status pekerja. Yang aku Cuma berminat, pada mereka yang benar benar datang untuk bekerja. Okey.

Tips pencegahan Wabak Koronavirus daripada menjangkiti kanak kanak

Tips pencegahan Wabak Koronavirus daripada menjangkiti kanak kanak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampak gayanya belum ada tanda tanda wabak coronavirus akan berhenti malah penyakit ini semakin hari semakin menampakkan peningkatan drastik! Coronavirus atau nama barunya COVID-19 setakat ini telah meragut nyawa lebih 800 orang di negara China! Ianya sememangnya bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang remeh!

Tips pencegahan Wabak Koronavirus daripada menjangkiti kanak kanak

Ianya lebih menakutkan bila mana virus ini mampu bertahan selama 9 hari pada tombol pintu pengangkutan awam. COVID-19 juga mampu “hidup” pada permukaan kaca, plastik dan logam. Juga selama 9 hari lamanya!

Sebagai ibu bapa, kita akan bertambah risau jika ianya berjangkit pada anak anak kita. Yang lebih merisaukan adalah symptom yang ditunjukkan hanyalah demam dan batuk! COVID-19 sangat mudah merebak kerana ianya berada di udara. Jika seseorang berada berdekatan mereka yang telah dijangkiti, peratus untuk mereka dijangkiti juga adalah tinggi.

Di sini, aku kongsikan beberapa langkah pencegahan Wabak Coronavirus.

  • Langkah awal adalah dengan sentiasa mengunakan topeng muka. Terutamanya buat mereka yang bekerja di hospital. Anak anak juga digalakkan untuk sentiasa memakai topeng muka.
  • Jauhkan anak anak dengan kanak kanak lain yang kurang sihat dan ada menunjukkan tanda tanda demam
  • Jangan berkunjung ke negara negara yang mempunyai masalah COVID-19 yang serius. Jika telah di rancang lebih awal, adalah lebih baik membatalkan sahaja perjalanan tersebut.
  • Jauhi daripada membawa anak anak ke tempat yang ramai pengunjung. Jika terpaksa, pastikan kesemua ahli keluarga memakai topeng muka.
  • Kerap basuh tangan dengan betul dan kerap mandi. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.
  • Pastikan segala makanan dari jenis daging telah di masak dengan sempurna.
  • Sentiasa pantau kesihatan dan suhu badan keluarga.
  • Dapatkan rawatan lanjut jika terdapat apa sahaja masalah kesihatan. Jangan lengahkan masa dan menyangka setiap sakit itu adalah biasa biasa.


Golongan warga emas dan kanak kanak serta mereka yang mengalami masalah kesihatan tertentu adalah golongan yang sangat berisiko. Oleh yang demikian, jika terdapat tanda tanda demam dan selsema yang panjang serta kesukaran untuk bernafas, segera dapatkan rawatan di hospital berdekatan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.


Apakah maksud singkatan #ootd?

Apakah maksud singkatan #OOTD? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak nampak kawan kawan dekat laman sosial guna singkatan #ootd? Pernah tak tertanya Tanya, apakah maksud ootd itu? Atau malas nak ambil tahu? Biar jelah nak guna singkatan apa pun, tak kisah? Hahaha. Biasanya mereka yang suka muat naik gambar akan gunakan singkatan OOTD ini dan hari ini, aku akan terangkan apakah maksud singkatan ini.

Maksud OOTD dalam bahasa Melayu.


Sebelum ini, aku memang sejenis yang tak suka nak ambil tahu sangat keadaan sekeliling. Tapi makin lewat usia ni, rasa macam nak tahu apa sahaja maksud yang rakan rakan post. Disebabkan berkawan dengan ramai kawan kawan yang suka bergambar ini, jadinya terpaksalah ambil tahu apakah maksud OOTD.

Orait. OOTD bermaksud Out Fit Of The Day. Atau kalau dah bahasa melayunya adalah, pakaian yang di pakai pada hari tersebut. Nak bahasa lebih mudah, macam dia nak beritahu, inilah baju yang saya pakai hari ini. Tapi nak tulis macam tu, macam tak berapa nak syok la kan, jadi gunalah #OOTD.

Mungkin kita rasa macam eh! Tulis jelah baju yang dipakai hari ini, betul tak? Memang ada betulnya, tapi singkatan OOTD ini di pakai seluruh dunia. Bagi sesetengah orang, itu adalah sesuatu yang sangat penting. Kalau jenis yang tak kisah, mungkin mereka pun taknak ambil tahu apa itu OOTD.

Apa pun, sekarang semua dah tahu apa maksud OOTD kan? Ianya adalah pakaian yang di pakai pada hari tersebut. Out fit Of The Day. Jadinya, lepas ini, kalau korang ada muat naik gambar korang, bolehlah gunakan singkatan #OOTD ini. Okey!

Senarai alasan yang digunakan bila tak nak pergi kerja

Senarai alasan yang digunakan bila tak nak pergi kerja | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila bercerita bab malas nak pergi kerja ni, memang macam macam alasan yang kita akan guna. Alasan Tak Pergi Kerja Yang Munasabah itu masih ok lagi la, ini alasan yang bila kita baca, boleh menangis keluar air mata. Memang kelakar habis. Tak logik langsung pun ada. Hari ini aku kongsikan beberapa alasan yang kerap digunakan Untuk Tak Pergi Kerja.

Senarai Alasan Munasabah Tak Pergi Kerja.

Aku senaraikan dahulu beberapa Alasan Logik Tak Pergi Kerja yang biasa digunakan dan bila kita terima pun, kita faham dan terus terima tanpa ada banyak soal.


  • #1. Demam dan sakit kepala
  • #2. Diri sendiri atau Anak atau keluarga sakit
  • #3. Terlibat dengan kemalangan jalan raya
  • #4. Keluarga / Saudara terdekat meninggal dunia
  • #5. Rumah banjir / terbakar / tanah runtuh
  • #6. Kena tahan wad atas alasan kesihatan
  • #7. Jaga ibu bapa sakit
  • #8. Hujan sangat lebat (biasa penunggang motosikal yang mana bila diteruskan juga boleh menggundang bahaya)
  • #9. Bersalin kecemasan / isteri nak bersalin
  • #10. Kemalangan kecil sewaktu ke tempat kerja (kena gigit tebuan atau sebagainya)
  • #11. Terlibat pergaduhan yang tidak disengajakan (contoh cuba meleraikan pergaduhan tetapi terlibat sama)
  • #12. Anak tiada orang nak jaga
  • #13. Sakit gigi yang teruk
  • #14. Putus tunang /bercerai
  • #15. Morning sickness yang teruk (mengandung)

Ok. Rasanya itu sahaja yang aku ingat dan biasa nampak Alasan Logik Tak Pergi Kerja yang biasa digunakan. Namun, Alasan tak Munasabah Tak Pergi Kerja ini yang banyak aku ingat yang mana, bila kita baca sahaja, terus kena reject. Apa punya alasan la. Hahaha.


Senarai Alasan tak Munasabah Tak Pergi Kerja!


  • #1. Dah bosan kerja
  • #2. Tak suka tengok muka bos
  • #3. Pejabat ada hantu
  • #4. Servis kereta
  • #5. Malas nak kerja
  • #6. Handphone rosak
  • #7. Kemas rumah
  • #8. Mulut berbau
  • #9. Saudara mara datang rumah
  • #10. Family reunion
  • #11. Mall ada buat sale
  • #12. Tiada mood nak kerja
  • #13. Kerja banyak sangat
  • #14. Interview kerja lain
  • #15. Jam loceng rosak (bangun lewat)
  • #16. Kedai nak hantar perabot dekat rumah
  • #17. Ikut kawan (kawan taknak pergi kerja)
  • #18. Kucing hitam melintas (tak boleh teruskan perjalanan ke tempat kerja)
  • #19. Tak suka rakan sekerja / pejabat
  • #20. Rumah ada hantu (takut nak keluar rumah)

Rasanya ini sahajalah senarai yang boleh aku kongsikan. Ada Alasan yang memang Tidak Mahu Pergi Kerja dan juga Alasan Kukuh Tak Pergi Kerja. Apa pun, kena sentiasa beringat, kita bekerja dengan orang ini, kenalah ikut segala peraturan yang ada. Kalau kerja sendiri mungkin ada beberapa alasan yang boleh kita guna. Tapi fikir juga, kalau malas bekerja, rezeki pun akan jadi susah. Okey.

Rezeki tak putus putus, datang dari atas bawah, kiri kanan, depan belakang

Nak rezeki datang tak putus putus? Amalkan 7 benda ini | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak terbaca pasal amalan rezeki tak putus ini dekat mana mana? Hari ini aku terasa nak menulis perkara ini dekat blog mrejoy.com. Sebabnya, kerap sangat dengar rakan rakan cerita rezeki tersekat sana sini, tengah bulan dah tak ada duit dan macam macam lagi. Aku pun bukanlah kaya mana pun (insyaAllah, capai juga status jutawan islam Berjaya tak lama lagi, aminn) Cuma apa yang kita tahu, kita kongsikan pada semua. Okey!

Rezeki tak putus putus, datang dari atas bawah, kiri kanan, depan belakang.


Oklah, sebelum aku kongsikan 7 perkara yang kalau korang buat, insyaAllah rezeki itu pasti datang tak putus putus, aku nak beritahu, buat perkara di bawah ini bukan niat hanya untuk jadi kaya semata mata ya! Buatlah dengan rasa ikhlas dan memohon keampunan daripada yang maha esa. Kita semua insan yang lemah, penuh dengan dosa. Dan dosa yang ada itupun salah satu punca kenapa rezeki susah nak masuk.

Oklah, jom amalkan sama sama 7 perkara ini kalau nak rezeki datang dalam hidup kita tanpa henti dan sampai kita tak mampu nak tolak! insyaAllah.

#1. Jaga mak ayah, adik beradik sebaik mungkin.

Perkara pertama yang kita perlu buat adalah dapat keredhaan daripada kedua orang tua kita. Kita kalau jaga yang satu ini, insyaAllah, semua benda akan jadi mudah. Redha ibu bapa tersangatlah penting. Kalau terdetik sedikit rasa hati mereka pada kita, tiada gunalah kehidupan kita sehari hari. Kalaupun teruk mereka, jagalah mereka baik baik.

#2. Jaga solat

Yang kedua. Jaga solat 5 waktu sehari. Solat awal waktu. Jika kita sentiasa solat awal waktu, insyaAllah, rezeki akan datang tepat pada masanya. Kalau kita jenis melengahkan atau suka solat hujung hujung, rezeki pun datang hujung hujung juga nanti. Kemudian, kalau dapat berjemaah di masjid, lebih baik. Allah lebih suka.

#3. Solat dhuha.

Kalau kerja makan gaji, cuba ambil sedikit masa untuk solat dhuha. Lebih baik jika dapat buat sebelum mulakan kerja. Maksudnya kita dahulukan Allah yang memberi rezeki kemudian kita jemput rezeki masuk ke dalam hidup kita. Dan kalau ada masa lagi, selesai sahaja solat dhuha, baca surah Al-waqiah (kerana ada yang mengatakan, kita tak akan miskin sampai bila bila).

#4. Solat Tahajjud.

Ini adalah salah satu rahsia jutawan,hartawan islam yang sangat Berjaya. Mereka bangun solat di waktu ramai yang sedang dibuai mimpi indah. Aku akui, bukan mudah untuk lawan rasa mengantuk tu. Tapi kalau kita Berjaya bangun dan buat, kita dah Berjaya dalam salah satu jalan untuk jadi manusia yang Berjaya dan hebat di antara yang lain.

Ok. Dekat sini ada caranya. Anggap tahajjud ini adalah ruang khas kita bersama dengan Allah. Cuma kita berdua. Selesai sahaja solat, “beritahu” semua rancangan kita pada Allah (walau Allah maha mengetahui, tapi dia nak dengar sendiri hambanya meminta minta padanya).

Kalau nak kereta mewah, beritahu, Ya Allah, izinkan aku pakai kereta Ferrari warna merah. Kemudian, Ya Allah, aku nak ada duit simpanan RM10 juta. Aku nak mulakan perniagaan. Dengan perniagaan aku ini, aku nak bantu ramai orang. Aku nak bantu mereka yang tiada pekerjaan. Aku nak bantu ramai orang untuk keluar daripada kemiskinan.

Berbual seperti kita berbual dengan rakan kita. Beritahu semua dan secara detail. Mohon Allah permudahkan laluan kita untuk dapat apa sahaja yang kita mahukan. Kerana Allah maha kaya dan yakinlah dengan Allah, insyaAllah.

#5. Sedekah.

Allahurabbi. Salah satu rahsia amalan rezeki tak putus putus. Bersedekahlah untuk jadi kaya raya dan bukan tunggu kaya baru nak sedekah. Allah lebih suka dengan sedekah sewaktu kita tak punya apa dan sedekah yang tidak di tunjuk tunjuk. Dah buat sedekah tu, senyap senyap je. Tak usah beritahu pada orang lain. Cuma kita dengan Allah sahaja.

Niat dalam hati waktu sedekah tu,

Ya Allah, Asbab dengan nilai RM100 yang aku masukkan dalam tabung masjid ini, kau izinkan aku menjadi seorang jutawan. Asbab dengan itu, aku dapat bantu lebih ramai lagi.

#6. Selawat dan istighfar

Kalau boleh, cuba selawat 1000x dan Istighfar 1000x. Isi masa terluang waktu nak ke tempat kerja dengan bacaan selawat dan istighfar. Cukupkan masing masing 1000x. Ini ada rahsianya, cuba buat dan amalkan, dan lihatlah.

#7. Hidup dalam keadaan tenang tanpa rasa dendam, sakit hati & cemburu.

Kadang hati kita terlalu sakit, buat kita jadi iri hati dengan orang. Buat kita rasa dendam dengan orang lain. Buat kita cemburu dengan orang lain. Kalau nak rezeki tak putus putus masuk dalam hidup kita, mulai hari ini, buang semua rasa ini daripada hidup kita. Hati yang penuh kebencian hanya akan mengundang kebencian bukannya rezeki. Belajarlah untuk redha dengan setiap perkara.

Oklah! Cukup 7 perkara yang bila kita buat akan mengundang rezeki datang tak putus putus dalam hidup kita. Akhir sekali, aku nak kongsikan doa yang di amalkan oleh seorang artis popular malaysia. Salah satu doa, memohon rezeki yang luas dan tidak akan putus putus. InsyaAllah.

Ya Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Perancang,
Berikan aku rezeki seluas langitMu, rezeki yang berkat, rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam, rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zam-zamMu bertebaran di seluruh pelusuk dunia.
Rezeki yang membawa kebaikan, rezeki membawa aku ke syurgaMu, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki yang menjangkau akal fikiran, rezeki yang boleh membantu aku untuk berdakwah di negara-negara Islam, membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk berdakwah. 
Rezeki yang boleh membawa aku dan seluruh keluarga, sahabat, guru-guru, kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.
solat jenazah abam bocey

Rupanya inilah amalan yang dibuat Abam Bocey Sehingga Allah memuliakan hari akhirnya | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, kita dikejutkan dengan pemergian di antara pelawak terkenal Malaysia, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar B. Syed Mohd Redzuan. Memang banyak perkongsian yang dikongsikan di dalam laman social namun apa yang lebih menarik perhatian aku adalah, betapa ramainya orang yang hadir saat solat jenazah di lakukan.

Daripada perkongsian, mereka yang hadir sewaktu solat jenazah lebih kurang ramainya seperti solat jumaat. Boleh bayangkan, solat jumaat, segala pelusuk masjid penuh. Seperti itulah ketika solat jenazah abam bocey dilakukan. Allahurabbi.

Apa yang dilakukan arwah abam bocey sewaktu hidup sehingga Allah muliakan hari akhirnya ini?


solat jenazah abam bocey

solat jenazah abam bocey

solat jenazah abam bocey

Daripada perkongsian, ramai ustaz dan ulamak yang turut hadir. Semuanya datang untuk sembahyangkan jenazah Allahyarham Abam. Terlalu ramai untuk aku tulis nama mereka satu persatu di sini. Ini belum termasuk dengan rakan artis dan peminat yang hadir.

Daripada bacaan aku, arwah sememangnya menjaga perkara yang satu ini sepanjang hidupnya. Dia sangat menjaga ibunya dan mentaatinya. Dia menjaga adik beradiknya hingga memastikan kesemua mereka berkahwin barulah dia berkahwin. Dia juga selalu mendampingi ustaz dan para ulamak selain daripada rajin bersedekah.

Ini semua dilakukan secara diam diam dan hanya dia sahaja yang tahu. Kerana ramai kenal abam bocey bukanlah seorang yang suka menunjuk nunjuk. Tutur katanya juga lembut (berkisar daripada mereka yang selalu bersama beliau) dan atas sebab inilah, sewaktu akhir hidupnya, Allah angkat beliau pada kedudukan seperti ini.

Sesungguhnya pemergian abam bocey atau Syed Umar Mokhtar B. Syed Mohd Redzuan sangatlah dicemburui dan semoga tenanglah kamu di sana dan ditempatkan di samping orang orang yang beriman. Amin.

artis Malaysia meninggal dunia

“Dia mengadu demam dan sakit kepala” Abam Bocey pergi mengadap ilahi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak tahu nak tulis macamana. Agak terperanjat juga dengan berita pelawak abam bocey meninggal dunia. Mulanya rasa berita itu macam berita palsu. Yelah, sekarang ini kan, dekat media social semuanya sedang sibuk bercerita tentang anugerah juara lagu 34. Tup tup keluar berita, artis Malaysia meninggal dunia.

Mulanya aku dapat tahu pasal berita pelawak terkenal malaysia meninggal (Arwah Abam bocey) ini daripada medium whatsapp. Kemudian tertanya juga, betul ke? Terus cari info dekat facebook. Daripada situ, memang banyak perkongsian yang mengatakan Syed Umar Mokhtar B. Syed Mohd Redzuan telah pun pergi mengadap ilahi awal pagi tadi.

Ceritanya, isteri arwah abam bocey ada kejutkan beliau untuk bangun solat subuh. Kemudian tidak ada tindak balas daripada arwah. Dia kemudian terus hubungi adik arwah dan sewaktu adik dia sampai ke rumah, abangnya tu sudah tidak bernafas.

Isteri abam ada beritahu yang abam mengadu sakit kepala dan demam. Tapi bila diajak ke hospital, dia tak mahu kerana katanya itu demam biasa. Sememangnya ini berita yang sangat sangat mengejutkan. Tambah lagi bila arwah abam bocey meninggalkan seorang anak kecil yang baru berusia 5 bulan.

Apa pun kita yang masih hidup ini perlulah sentiasa beringat yang jarak kematian itu terlalulah dekat. Janganlah sesekali leka kerana ianya boleh datang bila bila masa sahaja. Al fatihah untuk Syed Umar Mokhtar B. Syed Mohd Redzuan dan takziah untuk ahli keluarga beliau. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dengan mereka yang dikasihi Allah. Amin.

Macam mana nak tahu whatsapp kena block dengan orang lain

Macam mana nak tahu whatsapp kena block dengan orang lain? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam zaman serba maju sekarang ni, whatapp di antara perkara penting yang perlu ada pada setiap orang. Ada macam macam group whatsapp yang ada. Dan tahu tak yang kita boleh block sesiapa sahaja yang kita nak dekat whatsapp ini. Dan macam mana kita nak tahu kalau whatsapp kita pula yang kena block dengan orang lain?

Macam mana nak tahu whatsapp kena block dengan orang lain?


Ok. Sebelum itu, whatsapp tak akan beritahu kita kalau seseorang dah block kita sebab whatsapp sememangnya melindungi keselamatan pengguna tetapi kalau senarai dibawah ini berlaku pada korang, maka ketahuilah yang korang dah pun kena block dengan seseorang.

#1. Tengok pada status whatsapp.

Cuba tengok pada status whatsapp mereka. Kalau masih available, makna nya semuanya masih ok. Kalau kosong sahaja, maksudnya mereka dah block whatsapp kita.

#2. Tengok pada profile picture

Cara kedua macam mana nak tahu whatsapp kena block dengan orang lain atau tidak adalah dengan tengok pada profile picture. Kalau gambar kosong je tu maksudnya whatsapp kita dah kena block la tu.

#3. Status Last seen tak pernah update

Cara ketiga, cuba tengok pada status last seen. Kalau status dia lama sangat tu maksudnya dia dah block kita la tu.

#4. Mesej whatsapp kita Cuma 1 tick

Orait. Cara seterusnya macam mana nak tahu whatsapp kena block adalah dengan cara melihat pada mesej whatsapp yang kita hantar pada orang tersebut. Biasa kalau dah sent, ada keluar 2 tick kan? Kalau dan baca, 2 tick itu akan berubah jadi warna biru kan? Ok. Kalau kita sent, mesej kita 1 tick je, maksudnya kita dah kena block la tu. Hehe.

#5. Kita dah tak boleh call.

Dan cara terakhir untuk tahu seseorang dah block whatsapp kita adalah dengan cara call. Cuba buat call menggunakan whatsapp. Kalau tak boleh call walaupun dah cuba berulang kali itu maksudnya kita dah kena block la tu.

Oklah. Itu sahajalah 5 benda yang boleh kita lihat untuk tahu samada whatsapp kita dah kena block dengan orang lain atau tidak. Ok! Selamat mencuba.

Tular penjaga marah guru sebab tak basuh bekas makanan anak

Tugas guru alaf baru bukan sahaja mengajar malah lebih mencabar! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila bercerita pasal sekolah ini, di antara yang menarik perhatian adalah group whatsapp sekolah. Ada yang bila baca boleh jadi kelakar dan ada yang bila kita baca, kita rasa pelik. Apa sebenarnya tugas guru sekolah ini? Apakah sekadar mengajar atau lebih daripada itu? Jawapan, ya! Lebih daripada sekadar mengajar!

Tular penjaga marah guru sebab tak basuh bekas makanan anak.


Baru baru ini tular satu whatsapp. Cerita tentang seorang penjaga yang memarahi guru kerana tidak membasuh bekas makanan anaknya. Katanya guru tersebut pemalas. Sampai berulat bekas makanan tu asbab cikgu tak basuh. Siap beri amaran nak hebahkan pada semua yang guru ini pemalas.

Tak cukup dengan itu, penjaga tersebut mahu buat aduan atas sikap guru tersebut dan menyatakan yang gaji guru tersebut di bayar untuk buat semua perkara termasuklah membasuh bekas makanan anaknya.

Kalau ikut logic fikiran, sebagai penjaga, tidakkah mereka ini periksa beg anak mereka? Kalau dah sampai berulat tu, nampak gaya memang tak periksa langsung. Dan memang lama sangat dalam beg sekolah anak tu.

penjaga marah guru tak basuh bekas makanan anak

penjaga marah guru tak basuh bekas makanan anak

Kemudian, adakah anak mereka ini Cuma bawa bekal sekali sahaja? Hari berikut tu, tak bawa bekal lagi ke? Kalau bawa, dah tentulah penjaga ini akan cari bekas tersebut. Benda ini memang menarik perhatian aku. Sebabnya, aku juga punya anak yang bersekolah.

Sebagai penjaga, isteri aku akan periksa setiap barang yang dibawa anak aku ke sekolah. Kalau bawa botol air, waktu balik sekolah, dia mesti pastikan botol air tersebut ada. Kalau tiada, alamatnya memang kecoh jugalah satu rumah.

Kalau baca dari whatsapp tersebut, rasanya memang berbeza betul. Aku pun tak berani nak ulas panjang memandangkan aku sendiri tak tahu apa kisah sebenar. Cumanya kalau baca, nampak gayanya, cikgu alaf baru ni bukan sekadar mengajar, malah tugas mereka lebih daripada itu. Apa pun, guru, anda insan hebat!

haram transgender berpakaian wanita ketika umrah atau haji

Haram berpakaian wanita! Berikut tatacara golongan transgender jika ingin menunaikan umrah / haji | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya masih belum reda dengan kisah Usahawan kosmetik berpakaian wanita di tanah suci. Penuh jugalah cerita dengan laman facebook. Tak juga panasnya dengan berita kononnya usahawan ini telah di tahan oleh pihak berkuasa arab Saudi. Mengikut daripada perkongsian rakan rakan, katanya berita tersebut tidak sahih.

Apa pun, aku tertarik dengan perkongsian seorang pendakwah berkaitan tatacara golongan transgender jika ingin menunaikan umrah / haji. Berikut aku kongsikan perkongsian beliau.

1- Hukumnya harus dan mereka layak untuk mengerjakan ibadah umrah selagi mereka muslim. Namun pihak agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang mana golongan ini WAJIB mematuhinya.

2- Antara syarat yang wajib tunaikan, perserta dari golongan mak nyah wajib mengerjakan umrah 2-berdasarkan hukum asal jantina mereka iaitu lelaki bukan sebagai wanita

3- Untuk mengelakkan payudara tiruan mereka kelihatan oleh orang awam ketika memakai kain ihram, maka mereka diwajibkan memakai kain bengkung yang tidak berjahit.

4- Mereka bukan sahaja hanya wajib berihram seperti lelaki malah wajib berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram. Mereka tidak boleh berpakaian seperti perempuan walaupun bertudung atau bertelekung.

5- Golongan mak nyah ini juga wajib mengerjakan ibadah di ruang solat lelaki, begitu juga tandas yang ingin digunakan mestilah tandas lelaki. Bahkan agensi wajib memastikan bilik penginapan mereka tidak boleh bercampur dengan wanita tulen.

6- Jika mana-mana agensi umrah tidak menitik beratkan syarat-syarat tersebut atau membiarkan mereka beraksi sama seperti keadaan mereka di tanahair iaitu seperti perempuan, maka ini bermakna pihak agensi telah bersubahat atas perkara mungkar yang dibiarkan berlaku di tanahsuci. Bagi saya ini satu penghinaan yang dilemparkan ke atas kedua-dua tanah haram yang mulia.

7- Peringatan dari saya kepada pihak agensi jika kelakuan mungkar ini jika tidak dibendung atau dibiarkan ia akan menjadi penyebab reputasi dan nama baik agensi itu tercalar, malah akan menerima kecaman dari orang ramai.

8- Sekarang visa umrah boleh didapati dengan dua cara, samaada visa umrah atau visa pelancong. Jika melalui visa umrah para peserta umrah mesti melalui syarikat agensi umrah yang berdaftar. Manaka visa pelancong tidak wajib melalui agensi bahkan boleh urus dan pergi umrah sendiri. Berita di bawah ini saya tidak pasti metod mana satu yang digunakan oleh peserta umrah ini, samaada ikut agensi atau pergi sendiri.

Wallahu A’lam

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ▼  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ▼  February (17)
      • Ibu bapa makin teruk! Guru di denda merangkak!
      • Disaat isu kesihatan memuncak, artis ini tampil de...
      • “Mereka akan mati beramai ramai dan secara tiba tiba”
      • Alhamdulilah. Bumi Melaka di limpahi Hujan
      • Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Exp...
      • Rahsia mereka yang lahir bulan Mei. No #7 memang s...
      • Jangan suka mengeluh!
      • Tips pencegahan Wabak Koronavirus daripada menjang...
      • Apakah maksud singkatan OOTD?
      • Senarai alasan yang digunakan bila tak nak pergi k...
      • Nak rezeki datang tak putus putus? Amalkan 7 benda...
      • Rupanya inilah amalan yang dibuat Abam Bocey Sehin...
      • “Dia mengadu demam dan sakit kepala” Abam Bocey pe...
      • Macam mana nak tahu whatsapp kena block dengan ora...
      • Tular penjaga marah guru sebab tak basuh bekas mak...
      • Haram berpakaian wanita! Berikut tatacara golongan...
      • Cerita sebenar usahawan kosmetik berpakaian wanita...
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates