Apakah maksud singkatan OOTD?

Apakah maksud singkatan #OOTD? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Pernah tak nampak kawan kawan dekat laman sosial guna singkatan
#ootd? Pernah tak tertanya Tanya, apakah maksud ootd itu? Atau malas nak ambil
tahu? Biar jelah nak guna singkatan apa pun, tak kisah? Hahaha. Biasanya mereka
yang suka muat naik gambar akan gunakan singkatan OOTD ini dan hari ini, aku akan
terangkan apakah maksud singkatan ini.
Maksud OOTD dalam bahasa Melayu.
Sebelum ini,
aku memang sejenis yang tak suka nak ambil tahu sangat keadaan sekeliling. Tapi
makin lewat usia ni, rasa macam nak tahu apa sahaja maksud yang rakan rakan
post. Disebabkan berkawan dengan ramai kawan kawan yang suka bergambar ini,
jadinya terpaksalah ambil tahu apakah maksud OOTD.
Orait. OOTD bermaksud Out Fit Of The Day. Atau kalau dah bahasa melayunya adalah, pakaian yang di pakai pada hari tersebut. Nak bahasa lebih mudah, macam dia nak beritahu, inilah baju yang saya pakai hari ini. Tapi nak tulis macam tu, macam tak berapa nak syok la kan, jadi gunalah #OOTD.
Mungkin kita
rasa macam eh! Tulis jelah baju yang dipakai hari ini, betul tak? Memang ada
betulnya, tapi singkatan OOTD ini di pakai seluruh dunia. Bagi sesetengah
orang, itu adalah sesuatu yang sangat penting. Kalau jenis yang tak kisah,
mungkin mereka pun taknak ambil tahu apa itu OOTD.
Apa pun,
sekarang semua dah tahu apa maksud OOTD kan? Ianya adalah pakaian yang di pakai
pada hari tersebut. Out fit Of The Day. Jadinya, lepas ini, kalau korang ada
muat naik gambar korang, bolehlah gunakan singkatan #OOTD ini. Okey!
0 Comments