Alhamdulilah. Bumi Melaka di limpahi Hujan

Alhamdulilah. Bumi Melaka di limpahi Hujan | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Boleh dikatakan Melaka kini di landa kemarau disebabkan agak lama
juga hujan tak turun. Dan ada sesetengah lokasi yang dah kena catuan air di Melaka
ni. Alhamdulilah, kawasan perumahan aku tak terlibat dalam catuan air. Ini mungkin
disebabkan adanya 1 tangki air yang sangat besar dalam kawasan perumahan kami.
Daripada pemerhatian,
kawasan taman berdekatan rumah kami yang kena catuan air ni, semuanya tiada tangki
air besar. Mungkin disebabkan itu, jika ada rakan rakan yang dalam proses
mencari rumah, cuba cari taman yang memiliki tangki air sendiri. Ini untuk
mengelakkan jika terjadi catuan air.
Tapi,
secara jujurnya, walaupun tidak terlibat, aku tetap juga memilih untuk
menyimpan air. Bukan apa, air memang ada, simpanan pun ada. Kalau lah di
buatnya 1 hari air terputus, tak lah aku terkial kial nak mencari air kan? Sebab
kita dah sediakan payung sebelum hujan. Hehehe.
Apa pun aku
sangat bersyukur kerana hujan turun sejak awal pagi tadi. Agak lebat juga. Sememangnya
itu yang kami harapkan memandang kawasan tadahan air di sini dan semakin mengering.
Bila tengok
gambar yang dikongsikan, memang agak gusar juga tengok kawasan tadahan air tu. Tapi
aku lebih tertarik dengan komen netizen. Katanya, kita memang mendoakan agar
hujan. Supaya kawasan air tadahan penuh.
Tapi cuba
tengok balik keadaan sekeliling. Taman semakin banyak. Penduduk semakin ramai. Kawasan
tadahan air tetap sama. Harapan mereka agar ada usaha untuk mendalamkan lagi
kawasan tadahan air di Melaka kerana bila air mongering, boleh nampak yang
kawasan tadahan ini dah tak dalam.
Jadi dalam
kesempatan air mengering ni, bolehlah kiranya ada usaha untuk mendalamkan
kawasan tersebut. Sebab kata orang berdekatan kawasan ini, kalau hujan lebat, air
dengan sangat mudah melimpah keluar. Itu kata mereka.
Dalam bab
ini aku memang setuju. Yelah, tengok pada kawasan di Melaka ni, memang banyak
kawasan perumahan baru. Penduduk semakin ramai. Jadi kawasan tadahan air perlu
di tambah. Apa piun, kerajaan negeri pasti ada langkah langkah yang terbaik
untuk menghadapi situasi ini.
Apa pun,
syukur pada yang maha esa kerana membasahi bumi Melaka dengan air. Syukur Ya
Rabb.
1 Comments
waalaikumussalam. alhamdulillah. kedah pun dah 2 hari berturut-turut hujan. syukur
ReplyDelete