Cerita sebenar usahawan kosmetik berpakaian wanita di tanah suci

Cerita sebenar usahawan kosmetik berpakaian
wanita di tanah suci
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memang tengah panas isu usahawan kosmetik berpakaian wanita di
tanah suci ini selain daripada isu Mcd bukan tempat untuk belajar tu. Aduhai,
negara kita sedang hangat bercerita pasal virus corona, tup tup, keluar cerita
pasal usahawan kosmetik ini. Yang menjadikan ianya jadi lebih hangat adalah
kerana beliau berpakaian wanita ketika berada di sana.
Banyak
perkongsian sebelum ini yang menyatakan bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang
wanita (boleh baca di media social). Dan apabila beliau berpakaian seperti itu,
ramai yang menyatakan kegusaran, bagaimana keadaan Jemaah lain yang turut
berada berdekatan nya. Tentang aurat wanita dan wuduk wanita lain ketika itu.
Ramai juga
yang mempersoalkan bagaimana usahawan kosmetik ini boleh “terlepas”. Namun, tak
lama selepas isu ini berbangkit, tersebar sekeping gambar di mana beliau dan
rakannya berpakaian jubah lelaki ketika ingin berlepas ke tanah suci bagi
menunaikan umrah.
Mungkin beliau
menukar pakaiannya ketika berada di sana. Daripada apa yang aku baca, kerajaan
arab Saudi juga melarang golongan ini daripada bercampur dengan berlainan
jantina. Namun dalam kes ini, mungkin ianya diluar kawalan mereka. Jika diketahui
awal, aku sendiri kurang jelas dengan bentuk tindakan dan hukuman yang bakal
dikenakan.
Apa pun,
jika benar seperti apa yang dikatakan, agak menyedihkan juga kerana ianya
adalah tanah suci bagi umat islam. Sebaiknya kesucian itu dijaga dan
dipelihara. Cumanya, marilah kita sama sama berdoa agar apa yang salah
diperbetulkan. Semoga apa yang benar, ditunjukkan. Semoga semuanya mendapat
hidayah.
Tak usahlah
terlalu mengecam kerana sempurnanya seseorang itu kerana aibnya di jaga oleh
Allah. Apa yang mampu kita buat adalah berdoa agar diberikan hidayah oleh yang
maha esa. insyaAllah.
1 Comments
SA baca jer..x nak komen apa-apa, tindakan usahawan kosmetik tu biarlah antara dia dan allah...
ReplyDelete