Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)

Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most
Expensive Chocolate in the World) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada peminat coklat tak dekat
sini? Mesti ramai kan? Itu termasuklah dengan aku tu. Biasa dekat Malaysia ini,
antara coklat yang sedap dan murah, dah tentulah Cadbury kan. Harga pun pada
aku ok sahaja. Tapi, ada juga terdetik nak tahu,apa yer Chocolate Paling Mahal Di Dunia (The Most Expensive Chocolate in the
World)? Dan berapa pula Harga Coklat
Termahal Di Dunia (Most expensive chocolate prices in the world) tu? Hari ini,
kita sama sama dapat ilmu baru mengenai coklat! Hehehe.
Orait.
Sebelum itu, apa Kelebihan Coklat ni? Untuk aku, Kelebihan Coklat Cadbury (sebab aku minat Cadbury) adalah bila aku
makan, aku rasa tenang je. Hehe. Makan pula bukan jenis patahkan lepas tu terus
masuk mulut dan kunyah. Pada aku, dah hilang dah rasa nikmat coklat dekat situ.
Nak rasa nikmat dia tu, kena potong dan masukkan dalam mulut. Biarkan dia
hancur perlahan lahan. Uhh! Sedap kan? Hahaha.
Senarai Coklat paling mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World)!
Oklah,
cukuplah setakat itu. Sekarang jom tengok senarai coklat dan Harga Coklat
Termahal Di Dunia!

#4. Coklat Swarovski (Harga RM41,480)
Biasa kalau
sebut Swarovski ni, mesti kita akan terfikirkan barang kemas & permata kan?
Tapi tahukah, mereka juga ada mengeluarkan coklat. Dan tersenai di dalam The Most Expensive Chocolate in the World ni.
Kalau dah barang kemas dia pun harga boleh tahan, dah tentulah harga coklat pun
mahal juga kan? Hehehe.
Coklat yang
dihasilkan mendapat kerjasama di antara Swarovski, Patchi dan Harrods.
Di dalam
sekotak coklat yang di hasilkan ini mempunyai 49 ketul coklat yang dibalut khas
dengan menggunakan kain sutera (beli coklat dapat kain sutera, menarik ni) dan
setiap daripada coklat ini akan dihias khas dengan bunga yang diperbuat
daripada Kristal Swarovski.
Coklat ini juga
pernah mendapat anugerah Coklat terbaik daripada Academy of Chocolate.

#3. Golden Speckled Egg (RM46,071)
Berada di
kedudukan ketiga dalam senarai Coklat paling
mahal di dunia (The Most Expensive Chocolate in the World) adalah Golden
Speckled Egg! Apa yang membuatkan ianya menjadi sangat mahal?
Berdasarkan
namanya, coklat ini berbentuk telur dan lapisan luarnya disaluti dengan coklat
premium daripada Amadei Tuscany (satu jenama daripada Itali). Kemudian,
terdapat juga pelbagai perisa lain iaitu Muscovado Caramel, rosemary dan macam
macam lagi. Untuk menghasilkan coklat ini, memerlukan 7 orang pakar dan masa
selama 3 hari.
Dan lebih
menariknya adalah, tiada langsung barang kemas pada coklat ini. Hanya coklat
semata.

#2. Frozen haute ( RM103,700)
Seterusnya
adalah Frozen Haute. Coklat ini hanya boleh di dapati dekat sebuah kafe di New
York iaitu Serendipity 3.
Kalau dah
nama di antara Chocolate Paling Mahal Di
Dunia, nak makan pun kena la ada gaya kan? Hidangan coklat ini akan
disertakan dengan hiasan gelang emas dan berlian yang diletakkan di sekeliling
cawan. Sudu yang digunakan juga diperbuat daripada emas dan coklat ini juga
berwarna emas.
Hmm,
terfikir juga. Harga yang dibayar tu, dapat sekali dengan sudu dan gelang emas
dan berlian tu juga ke?

#1. Le Chocolate Box (RM6,222,000)
Aduh! Berada
di kedudukan pertama dalam senarai Coklat
paling mahal di dunia adalah Le chocolate Box. Mula aku macam, eh! Ye ker
ni? Sebab kalau kita tengok dalam senarai 3 di atas, nama mereka gah seperti
harga mereka, tapi yang ini? Macam biasa je kan? Kemudian, harganya, jauh
berkali ganda daripada ketiga tiga tadi! Mahal ya amat ni!
Apa yang
membuatkan Le Chocolate Box ini
menjadi sangat mahal?
Pertama,
coklat ini dihasilkan oleh sebuah syarikat premium iaitu Lake Forest
Confections. Kedua, setiap set coklat ini, datang siap dengan rantai, anting
anting, cincin, gelang yang dihasilkan oleh syarikat Simon Jewelers.
Tujuan ianya
dihasilkan sedemikian rupa adalah sebagai simbolik coklat dan barangan permata
merupakan dua perkara yang sangat penting buat wanita. Itu kata mereka. Kata aku
pula, apakah coklat ini di hasilkan khas untuk wanita sahaja? Tidakkah mereka
tahu, orang lelaki juga ramai yang hantu coklat? Hahaha.
Kemudian,
harga coklat rasanya tidak lah semahal itu. Harga yang ditawarkan pasti
datangnya daripada nilai barangan kemas yang ditawarkan. Bijak mereka berniaga
kan? Hahaha.
0 Comments