Haram berpakaian wanita! Berikut tatacara golongan transgender jika ingin menunaikan umrah / haji

Haram berpakaian wanita! Berikut tatacara
golongan transgender jika ingin menunaikan umrah / haji | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Nampaknya masih belum reda dengan kisah Usahawan kosmetik berpakaian wanita di tanah suci. Penuh
jugalah cerita dengan laman facebook. Tak juga panasnya dengan berita kononnya
usahawan ini telah di tahan oleh pihak berkuasa arab Saudi. Mengikut daripada
perkongsian rakan rakan, katanya berita tersebut tidak sahih.
Apa pun,
aku tertarik dengan perkongsian seorang pendakwah berkaitan tatacara golongan transgender jika
ingin menunaikan umrah / haji. Berikut aku kongsikan perkongsian beliau.
1- Hukumnya
harus dan mereka layak untuk mengerjakan ibadah umrah selagi mereka muslim.
Namun pihak agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang mana golongan
ini WAJIB mematuhinya.
2- Antara syarat yang wajib tunaikan, perserta dari golongan mak nyah wajib mengerjakan umrah 2-berdasarkan hukum asal jantina mereka iaitu lelaki bukan sebagai wanita
2- Antara syarat yang wajib tunaikan, perserta dari golongan mak nyah wajib mengerjakan umrah 2-berdasarkan hukum asal jantina mereka iaitu lelaki bukan sebagai wanita
3- Untuk
mengelakkan payudara tiruan mereka kelihatan oleh orang awam ketika memakai
kain ihram, maka mereka diwajibkan memakai kain bengkung yang tidak berjahit.
4- Mereka
bukan sahaja hanya wajib berihram seperti lelaki malah wajib berpakaian lelaki
di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram. Mereka
tidak boleh berpakaian seperti perempuan walaupun bertudung atau bertelekung.
5- Golongan
mak nyah ini juga wajib mengerjakan ibadah di ruang solat lelaki, begitu juga
tandas yang ingin digunakan mestilah tandas lelaki. Bahkan agensi wajib
memastikan bilik penginapan mereka tidak boleh bercampur dengan wanita tulen.
6- Jika
mana-mana agensi umrah tidak menitik beratkan syarat-syarat tersebut atau
membiarkan mereka beraksi sama seperti keadaan mereka di tanahair iaitu seperti
perempuan, maka ini bermakna pihak agensi telah bersubahat atas perkara mungkar
yang dibiarkan berlaku di tanahsuci. Bagi saya ini satu penghinaan yang
dilemparkan ke atas kedua-dua tanah haram yang mulia.
7- Peringatan
dari saya kepada pihak agensi jika kelakuan mungkar ini jika tidak dibendung
atau dibiarkan ia akan menjadi penyebab reputasi dan nama baik agensi itu
tercalar, malah akan menerima kecaman dari orang ramai.
8- Sekarang
visa umrah boleh didapati dengan dua cara, samaada visa umrah atau visa
pelancong. Jika melalui visa umrah para peserta umrah mesti melalui syarikat
agensi umrah yang berdaftar. Manaka visa pelancong tidak wajib melalui agensi
bahkan boleh urus dan pergi umrah sendiri. Berita di bawah ini saya tidak pasti
metod mana satu yang digunakan oleh peserta umrah ini, samaada ikut agensi atau
pergi sendiri.
Wallahu
A’lam
0 Comments