Disaat isu kesihatan memuncak, artis ini tampil dengan idea topeng muka dari bahan terbuang

Disaat isu kesihatan memuncak, artis ini tampil
dengan idea topeng muka dari bahan terbuang | Assalamulaikum dan salam sejahtera. Covid-19
nampaknya belum menunjukkan tanda tanda untuk berhenti. Ini dikuatkan lagi
dengan penambahan kes dan kadar kematian yang bertambah setiap hari. Tidak kah
ianya kedengaran seperti sesuatu yang menakutkan? Ketika isu kesihatan semakin
memuncak, topeng muka menjadi sesuatu yang sangat diperlukan. Dan disaat
keperluan ini semakin berkurangan, seorang artis yang berpusat di kota London tampil
dengan idea topeng muka dari bahan
terbuang!
Aku sendiri
tak pasti sama ada ianya kelakar atau ada sesetengahnya memang di gunakan
pakai. Tapi tak mustahil juga, kerana melihat kepada pemintaan global yang
semakin memuncak terhadap topeng muka ini, tak hairan, jika ianya berterusan,
idea ini boleh di guna pakai. Kalau dah terdesak, apa pun boleh kan?

Contoh macam
topeng muka yang diperbuat daripada sayur ni. Selain daripada murah, ianya
mudah dapat, mesra alam dan pastinya mudah lupus. Sama macam topeng muka yang
kita pakai sekarang. Tak boleh pakai berulang kali. Selepas pakai kena buang. Cuba
bayangkan kalau gunakan sayur. Kita nak hapuskan pun mudah kan?

Idea topeng
muka daripada botol air. Ini pada aku boleh dianggap serius kerana tersebar
banyak gambar mereka yang menggunakan botol ini. Secara logiknya, aku sendiri
tak pasti keberkesanannya, Cuma sekali lagi, ianya mudah dan murah. Cuma bab
lupuskan, ada masalah dekat situ.
Namun, ada
pelbagai idea yang kurang menyakinkan dan hanya menambah “kesengsaraan” sahaja.
Contoh macam kasut. Ahh! Mana mungkin kita akan gunakan kasut sebagai topeng
muka kan? Selain ianya mungkin berbau, sudah tentu kita akan jadi lebih sukar
bernafas. Bayangkan topeng muka sedia ada pun susah nak bernafas, kalau kasut? Silakan
berfikir sendiri ya.
Dan pelbagai
lagi idea topeng muka dari bahan
terbuang yang dihasilkan artis ini. Seperti yang ada aku sebutkan pada awal
tadi, ianya Cuma idea semata mata namun jika kita berada di dalam keadaan
terdesak, tak mustahil idea idea ini akan diguna pakai kelak. Apa pun, tepuk
dada, 1 hari nanti cubalah ya!



1 Comments
Adoiii maaf tergelak pulak. Kreatif pelik sangat 😅
ReplyDelete