Jangan suka mengeluh! | MrEjoy

Jangan suka mengeluh!

Jangan suka mengeluh

Jangan suka mengeluh! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kebiasaannya, setiap awal pagi,aku akan isi minyak motosikal sebelum ke tempat kerja. Dan setiap kali itu jugalah aku akan dengar pekerja pam tersebut mengeluh. Boleh kata kerap jugalah dengar dia mengeluh dan atas sebab itulah aku menulis pasal perkara itu hari ini.

Banyak benda yang dia keluhkan. Awal pagi tadi, pakcik tu bising bising sebab ada seorang pelangan ini, isi minyak kereta RM10 tapi dia bagi note RM50. Masalahnya, tak pula pakcik ini bising pada pelangan tu, sebaliknya dia merungut cakap pada aku (kebetulan aku isi minyak bersebelahan kereta ini).

Apa la! Awal pagi isi minyak RM 10 je, tapi bagi duit RM50. Awal pagi macam ini, orang mana ada duit! Macamana nak tukar!

Aku Cuma dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sebab pada aku mudah. Ini bukan gerai jual nasi lemak yang buka payung dekat tepi jalan tu. Kalau gerai macam itu, jual nasi lemak sebungkus RM3 tapi kita bagi dia note RM50, memang jadi masalah juga pada mereka.

Tapi ini stesen minyak. Boleh kata kedai besar juga. Tak mungkinlah tiada note kecil! Jarak daripada pam minyak nak ke kaunter tu, taklah jauh mana. Kalau kira sampai 3, dah sampai dah. Apa salahnya ke kaunter untuk dapatkan note kecil kan. Tiada salah pun.

Pada fikiran aku, mungkin awal pagi kut. Mood pakcik tu belum sampai kata orang. Di tambah pula awal pagi banyak kenderaan. Itu yang mood tak sampai sampai tu. Hahaha. Tapi pada aku mudah. Kamu yang memilih kerja itu dan tidak seharusnya kamu merungut.Kamu yang memilih mencari rezeki dengan cara ini. Jadi, kenalah bekerja sunguh sunguh, betul tak?

Ada 1 hari, aku datang awal untuk isi minyak. Dalam 0645 macam itu. Pakcik ini duduk atas kerusi. Aku berhenti nak isi minyak, dia bangun kemudian tekan pam, ambil duit dan duduk. Waktu itu memang tak ada orang. Rasanya aku seorang sahaja waktu itu. Aku pandang, kemudian dia cakap, ha angkat pam itu isi sendiri ya.

Aku macam, oh! Ok, sambil angkat dan isi minyak. Mungkin mood dia belum sampai. Tapi dalam sebulan, boleh kata setiap kali aku datang, dan memang tak ramai orang pun waktu itu, pakcik itu tetap macam itu. Ha, angkat, isi sendiri. Aku macam, eh! Lama betul pakcik ni punya mood nak sampai. Hahaha.

Ada masanya, ada 6 buah motosikal berbaris nak isi (pam ada 2, jadi sebelah 3, sebelah lagi 3) waktu itu, kebetulan tuan punya pam minyak datang. Abang haji, pakai audi. Bayangkan, 6 buah motosikal ini, pakcik ini isi. Aku macam wow! Aku nak angkat pam nak isi sendiri, dia cakap, tunggu dia isi. Hahahaha. Dekat situ aku macam, oh! Macam ini ke.

Maksudnya dia boleh sahaja buat kerja itu Cuma dia tak mahu buat agaknya. Pada aku, dia di bayar untuk buat pekerjaan itu. Cumanya, yelah, mungkin dia penat agaknya. Tapi, kalau aku yang duduk di tempat pemilik pam minyak, aku secara terus terang cakap, aku tak suka pekerja macam ini.

Pada aku mudah, kamu datang bekerja untuk apa? Dan dibayar untuk apa? Jadi laksanakan pekerjaan kamu sejujurnya. Jangan merungut. Kerana kamu yang memilih untuk bekerja seperti itu. Ketepikan segala macam status diri, kerana kamu datang bekerja untuk apa? Jadi buat kerja betul betul. Kalau kerana nak sara keluarga, buat kerja betul betul.

Ha. Terluah pula dalam blog ni. Tapi bagi aku sebagai pelangan, tak kisah pun nak isi sendiri. Sebab biasa je. Namun, jika aku berada pada tempat pemilik perniagaan, aku tak suka dengan keadaan macam ini. Aku tak berminat nak tahu status pekerja. Yang aku Cuma berminat, pada mereka yang benar benar datang untuk bekerja. Okey.

Share:

0 comments