Macam mana nak tahu whatsapp kena block dengan orang lain?
Macam mana nak tahu
whatsapp kena block dengan orang lain? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Dalam zaman serba maju sekarang ni, whatapp di antara perkara
penting yang perlu ada pada setiap orang. Ada macam macam group whatsapp yang
ada. Dan tahu tak yang kita boleh block sesiapa sahaja yang kita nak dekat
whatsapp ini. Dan macam mana kita nak tahu kalau whatsapp kita pula yang kena
block dengan orang lain?
Macam mana nak tahu whatsapp kena block dengan orang lain?
Ok. Sebelum itu, whatsapp tak akan beritahu kita kalau
seseorang dah block kita sebab whatsapp sememangnya melindungi keselamatan
pengguna tetapi kalau senarai dibawah ini berlaku pada korang, maka ketahuilah
yang korang dah pun kena block dengan seseorang.
#1. Tengok pada
status whatsapp.
Cuba tengok pada status whatsapp mereka. Kalau masih available,
makna nya semuanya masih ok. Kalau kosong sahaja, maksudnya mereka dah block
whatsapp kita.
#2. Tengok pada
profile picture
Cara kedua macam mana
nak tahu whatsapp kena block dengan orang lain atau tidak adalah dengan
tengok pada profile picture. Kalau gambar kosong je tu maksudnya whatsapp kita
dah kena block la tu.
#3. Status Last seen
tak pernah update
Cara ketiga, cuba tengok pada status last seen. Kalau status
dia lama sangat tu maksudnya dia dah block kita la tu.
#4. Mesej whatsapp
kita Cuma 1 tick
Orait. Cara seterusnya macam mana nak tahu whatsapp kena
block adalah dengan cara melihat pada mesej whatsapp yang kita hantar pada
orang tersebut. Biasa kalau dah sent, ada keluar 2 tick kan? Kalau dan baca, 2
tick itu akan berubah jadi warna biru kan? Ok. Kalau kita sent, mesej kita 1
tick je, maksudnya kita dah kena block la tu. Hehe.
#5. Kita dah tak
boleh call.
Dan cara terakhir untuk tahu seseorang dah block whatsapp
kita adalah dengan cara call. Cuba buat call menggunakan whatsapp. Kalau tak
boleh call walaupun dah cuba berulang kali itu maksudnya kita dah kena block la
tu.
Oklah. Itu sahajalah 5 benda yang boleh kita lihat untuk tahu
samada whatsapp kita dah kena block dengan orang lain atau tidak. Ok! Selamat mencuba.
0 Comments