“Mereka akan mati beramai ramai dan secara tiba tiba”

“Mereka akan mati beramai ramai dan secara tiba
tiba” |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru baru ini, Malaysia dikejutkan dengan
pemergian Arwah Abam Bocey. Dan semalam, kita dkejutkan dengan pemergian Ashraf
Sinclair. Itu yang kita nampak dan tahu (kerana kedua mereka sangat dikenali
umum). Tapi tahukah kalian semua yang sebenarnya, banyak lagi kematian yang
berlaku dalam masa terdekat ini? Cuma kita je yang tak tahu.
Bila berlaku
keadaan macam ini, aku teringat satu ceramah seorang ustaz ini yang
berceritakan tentang keadaan suatu zaman ini. Yang mana, dalam zaman itu,
manusia ini akan mati secara beramai ramai dan secara tiba tiba.
Kata dia,
ibarat macam ini, semalam kita duduk bergelak ketawa, bergurau senda, tup tup
hari ini meninggal. Atau, baru sekejap kita bergurau senda berbual kosong
dengan seorang rakan tahu tahu lepas itu meninggal.
Sambung
cerita ustaz ini lagi, dia minta kita bayangkan, sekandang kambing, penuh. Tahu
tahu esok, 1 kandang tu mati. Sampai pemilik pun tak tahu kenapa kambing
kambing dia mati. Mati secara beramai ramai dan secara tiba tiba.
Ustaz tu
tak beritahu pula bila zaman ini Cuma apa yang disampaikan akan tiba 1 zaman
itu (zaman yang diceritakan di atas). Kematian itu akan jadi berita utama. Orang
akan bercerita pasal kematian sahaja.
Kalau dahulu,
mereka yang meninggal dunia, kalau tidak sakit tua, meninggal kerana sakit
teruk atau kemalangan. Tapi dia kata, dalam zaman itu, orang yang sihat pun
boleh jadi sampai ajalnya. Meninggal tidak mengira umur. Tahu tahu kita dapat
berita, ada orang meninggal dunia.
Bila tengok
balik keadaan sekarang, bila buka sahaja facebook, boleh kata setiap masa aku
akan baca mengenai kematian. Kematian keluarga, saudara, rakan taulan, macam
macam. Dah jadi macam berita utama yang kena baca bila buka media sosial ni.
Yang lebih
merisaukan aku adalah, adakah kita dah memasuki zaman tersebut? Kita memang tak
boleh tahan masa daripada bergerak Cuma apa yang boleh kita buat adalah
berubah. Kata ustaz itu, kalau dulu kita tak pernah nak kenal tuhan, ada
baiknya kita mulai kenal. Sebab bukan kata kita takut dengan zaman tersebut,
tetapi kita wajib kenal tuhan.
Nak tidur
jangan lupa mengucap. Nak buat apa sahaja, ingat tuhan dan jangan lepas
daripada menyebut nama tuhan. Mulai cari siapa tuhan kamu. Kerana tak siapa
tahu bila ajal mereka. Mungkin lama lagi, mungkin sekejap lagi. Sebab itu kena
bersedia setiap masa.
Sesamalah
kita beringat. insyaAllah, semoga kita semua di tetapkan iman yang kuat di
dalam hati. Aminn.
2 Comments
THANKS FOR SHARING.. SAMA-SAMLAH KITA SALING INGAT MENGINGATI SESAMA KITA
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDelete