“Dia mengadu demam dan sakit kepala” Abam Bocey pergi mengadap ilahi

“Dia mengadu demam dan sakit kepala” Abam Bocey
pergi mengadap ilahi
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak tahu nak tulis macamana. Agak terperanjat
juga dengan berita pelawak abam bocey meninggal dunia. Mulanya rasa berita itu
macam berita palsu. Yelah, sekarang ini kan, dekat media social semuanya sedang
sibuk bercerita tentang anugerah juara lagu 34. Tup tup keluar berita, artis Malaysia
meninggal dunia.
Mulanya aku
dapat tahu pasal berita pelawak terkenal malaysia meninggal (Arwah Abam bocey)
ini daripada medium whatsapp. Kemudian tertanya juga, betul ke? Terus cari info
dekat facebook. Daripada situ, memang banyak perkongsian yang mengatakan Syed
Umar Mokhtar B. Syed Mohd Redzuan telah pun pergi mengadap ilahi awal pagi
tadi.
Ceritanya,
isteri arwah abam bocey ada kejutkan beliau untuk bangun solat subuh. Kemudian tidak
ada tindak balas daripada arwah. Dia kemudian terus hubungi adik arwah dan
sewaktu adik dia sampai ke rumah, abangnya tu sudah tidak bernafas.
Isteri abam
ada beritahu yang abam mengadu sakit kepala dan demam. Tapi bila diajak ke
hospital, dia tak mahu kerana katanya itu demam biasa. Sememangnya ini berita
yang sangat sangat mengejutkan. Tambah lagi bila arwah abam bocey meninggalkan
seorang anak kecil yang baru berusia 5 bulan.
Apa pun
kita yang masih hidup ini perlulah sentiasa beringat yang jarak kematian itu
terlalulah dekat. Janganlah sesekali leka kerana ianya boleh datang bila bila
masa sahaja. Al fatihah untuk Syed Umar Mokhtar B. Syed Mohd Redzuan dan
takziah untuk ahli keluarga beliau. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di
tempatkan dengan mereka yang dikasihi Allah. Amin.
0 Comments