Tular penjaga marah guru sebab tak basuh bekas makanan anak

Tugas guru alaf baru bukan sahaja mengajar
malah lebih mencabar!
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila bercerita pasal sekolah ini, di
antara yang menarik perhatian adalah group whatsapp sekolah. Ada yang bila baca
boleh jadi kelakar dan ada yang bila kita baca, kita rasa pelik. Apa sebenarnya
tugas guru sekolah ini? Apakah sekadar mengajar atau lebih daripada itu? Jawapan,
ya! Lebih daripada sekadar mengajar!
Tular penjaga marah guru sebab tak basuh bekas makanan anak.
Baru baru
ini tular satu whatsapp. Cerita tentang seorang penjaga yang memarahi guru
kerana tidak membasuh bekas makanan anaknya. Katanya guru tersebut pemalas. Sampai
berulat bekas makanan tu asbab cikgu tak basuh. Siap beri amaran nak hebahkan
pada semua yang guru ini pemalas.
Tak cukup
dengan itu, penjaga tersebut mahu buat aduan atas sikap guru tersebut dan
menyatakan yang gaji guru tersebut di bayar untuk buat semua perkara
termasuklah membasuh bekas makanan anaknya.
Kalau ikut logic
fikiran, sebagai penjaga, tidakkah mereka ini periksa beg anak mereka? Kalau dah
sampai berulat tu, nampak gaya memang tak periksa langsung. Dan memang lama
sangat dalam beg sekolah anak tu.


Kemudian,
adakah anak mereka ini Cuma bawa bekal sekali sahaja? Hari berikut tu, tak bawa
bekal lagi ke? Kalau bawa, dah tentulah penjaga ini akan cari bekas tersebut. Benda
ini memang menarik perhatian aku. Sebabnya, aku juga punya anak yang
bersekolah.
Sebagai penjaga,
isteri aku akan periksa setiap barang yang dibawa anak aku ke sekolah. Kalau bawa
botol air, waktu balik sekolah, dia mesti pastikan botol air tersebut ada. Kalau
tiada, alamatnya memang kecoh jugalah satu rumah.
Kalau baca
dari whatsapp tersebut, rasanya memang berbeza betul. Aku pun tak berani nak
ulas panjang memandangkan aku sendiri tak tahu apa kisah sebenar. Cumanya kalau
baca, nampak gayanya, cikgu alaf baru ni bukan sekadar mengajar, malah tugas
mereka lebih daripada itu. Apa pun, guru, anda insan hebat!
0 Comments