Rahsia mereka yang lahir bulan Mei. No #7 memang sangat betul
Rahsia mereka yang lahir bulan Mei. No #7
memang sangat betul
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang lahir bulan Mei? Pernah tak
korang cuba ambil tahu, Karakter Orang yang Lahir Bulan Mei ni? Aha! Hari ini
aku nak kongsikan rahsia mereka yang lahir pada bulan 5 ni. Info rahsia bulan
kelahiran ini aku dapatkan daripada hasil kajian Dato Fadhilah Kamsah. Ternyata,
no #7 itu sangatlah betul. Hehehehe.
Rahsia mereka yang lahir bulan Mei.
- Keras hati & degil
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi
- Pemikiran yang tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi mental & fizikal
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yang tinggi
- Permikiran yang tajam
- Pandai berdebat
- Fizikal yang baik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera,seni & muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tidak boleh duduk diam
- Tidak punya ramai anak
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros
Ok. Sekali lagi,
ini adalah kajian ya. Maksudnya, rumusan ini dibuat berdasarkan pemerhatian pada
mereka yang lahir pada bulan Mei. Dan ada betulnya juga Karakter Orang yang
Lahir Bulan Mei ini pada aku. Contohnya agak boros. Bukan agak lagi, rasanya
memang boros pun! Hahaha. Aku akui, memang aku ada masalah di dalam menyimpan. Tak
boleh ada duit lebih sikit, nak berbelanja sahaja!
Kemudian, suka
sastera,seni & muzik serta melancong. Ya! Aku memang suka keempat perkara
ini. Muzik memang sesuatu yang aku perlu dengar setiap hari. Boleh habis masa
sangat lama dengar muzik.
Tidak punya
ramai anak pula, hmm, anak aku dah 3 orang. Rasanya ramai juga pada aku tu. Hahahaha.
Tak tahulah, mungkin ada yang kata, kalau anak 5 atau 7 orang baru ramai. Kalau
macam itu jumlahnya, memang betul lah ramai. Ramai sangat! Hahahaha.
Kemudian, Karakter
Orang yang Lahir Bulan Mei ini adalah cantik dari segi mental & fizikal. Ha,
betul lah tu. Malas nak cerita panjang. Wahaha. Tapi daya khayalan yang tinggi
itu sangat betul. Kadang boleh nampak dengan jelas dekat mata walaupun sekadar
khayal je memikirkan sesuatu.
Jadi, apa
kata mereka yang lahir pada bulan Mei dengan kajian ini? Adakah betul juga pada
anda semua?
1 Comments
alhamdulillah rezeki. hehe
ReplyDelete