Nak rezeki datang tak putus putus? Amalkan 7 benda ini

Nak rezeki datang tak putus putus? Amalkan 7
benda ini |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak terbaca pasal amalan rezeki tak
putus ini dekat mana mana? Hari ini aku terasa nak menulis perkara ini
dekat blog mrejoy.com. Sebabnya, kerap sangat dengar rakan rakan cerita rezeki
tersekat sana sini, tengah bulan dah tak ada duit dan macam macam lagi. Aku pun
bukanlah kaya mana pun (insyaAllah, capai juga status jutawan islam Berjaya tak
lama lagi, aminn) Cuma apa yang kita tahu, kita kongsikan pada semua. Okey!
Rezeki tak putus putus, datang dari atas bawah, kiri kanan, depan belakang.
Oklah,
sebelum aku kongsikan 7 perkara yang kalau korang buat, insyaAllah rezeki itu
pasti datang tak putus putus, aku nak beritahu, buat perkara di bawah ini bukan
niat hanya untuk jadi kaya semata mata ya! Buatlah dengan rasa ikhlas dan memohon
keampunan daripada yang maha esa. Kita semua insan yang lemah, penuh dengan
dosa. Dan dosa yang ada itupun salah satu punca kenapa rezeki susah nak masuk.
Oklah, jom
amalkan sama sama 7 perkara ini kalau nak rezeki datang dalam hidup kita tanpa
henti dan sampai kita tak mampu nak tolak! insyaAllah.
#1. Jaga mak ayah, adik beradik sebaik mungkin.
Perkara pertama
yang kita perlu buat adalah dapat keredhaan daripada kedua orang tua kita. Kita
kalau jaga yang satu ini, insyaAllah, semua benda akan jadi mudah. Redha ibu
bapa tersangatlah penting. Kalau terdetik sedikit rasa hati mereka pada kita,
tiada gunalah kehidupan kita sehari hari. Kalaupun teruk mereka, jagalah mereka
baik baik.
#2. Jaga solat
Yang kedua.
Jaga solat 5 waktu sehari. Solat awal waktu. Jika kita sentiasa solat awal
waktu, insyaAllah, rezeki akan datang tepat pada masanya. Kalau kita jenis
melengahkan atau suka solat hujung hujung, rezeki pun datang hujung hujung juga
nanti. Kemudian, kalau dapat berjemaah di masjid, lebih baik. Allah lebih suka.
#3. Solat dhuha.
Kalau kerja
makan gaji, cuba ambil sedikit masa untuk solat dhuha. Lebih baik jika dapat
buat sebelum mulakan kerja. Maksudnya kita dahulukan Allah yang memberi rezeki
kemudian kita jemput rezeki masuk ke dalam hidup kita. Dan kalau ada masa lagi,
selesai sahaja solat dhuha, baca surah Al-waqiah (kerana ada yang mengatakan,
kita tak akan miskin sampai bila bila).
#4. Solat Tahajjud.
Ini adalah
salah satu rahsia jutawan,hartawan islam yang sangat Berjaya. Mereka bangun
solat di waktu ramai yang sedang dibuai mimpi indah. Aku akui, bukan mudah
untuk lawan rasa mengantuk tu. Tapi kalau kita Berjaya bangun dan buat, kita
dah Berjaya dalam salah satu jalan untuk jadi manusia yang Berjaya dan hebat di
antara yang lain.
Ok. Dekat sini
ada caranya. Anggap tahajjud ini adalah ruang khas kita bersama dengan Allah. Cuma
kita berdua. Selesai sahaja solat, “beritahu” semua rancangan kita pada Allah
(walau Allah maha mengetahui, tapi dia nak dengar sendiri hambanya meminta
minta padanya).
Kalau nak
kereta mewah, beritahu, Ya Allah, izinkan aku pakai kereta Ferrari warna merah.
Kemudian, Ya Allah, aku nak ada duit simpanan RM10 juta. Aku nak mulakan
perniagaan. Dengan perniagaan aku ini, aku nak bantu ramai orang. Aku nak bantu
mereka yang tiada pekerjaan. Aku nak bantu ramai orang untuk keluar daripada
kemiskinan.
Berbual seperti
kita berbual dengan rakan kita. Beritahu semua dan secara detail. Mohon Allah
permudahkan laluan kita untuk dapat apa sahaja yang kita mahukan. Kerana Allah
maha kaya dan yakinlah dengan Allah, insyaAllah.
#5. Sedekah.
Allahurabbi.
Salah satu rahsia amalan rezeki tak putus putus. Bersedekahlah untuk jadi kaya
raya dan bukan tunggu kaya baru nak sedekah. Allah lebih suka dengan sedekah
sewaktu kita tak punya apa dan sedekah yang tidak di tunjuk tunjuk. Dah buat
sedekah tu, senyap senyap je. Tak usah beritahu pada orang lain. Cuma kita
dengan Allah sahaja.
Niat dalam
hati waktu sedekah tu,
Ya Allah, Asbab dengan nilai RM100 yang aku masukkan dalam tabung masjid ini, kau izinkan aku menjadi seorang jutawan. Asbab dengan itu, aku dapat bantu lebih ramai lagi.
#6. Selawat dan istighfar
Kalau boleh,
cuba selawat 1000x dan Istighfar 1000x. Isi masa terluang waktu nak ke tempat
kerja dengan bacaan selawat dan istighfar. Cukupkan masing masing 1000x. Ini
ada rahsianya, cuba buat dan amalkan, dan lihatlah.
#7. Hidup dalam
keadaan tenang tanpa rasa dendam, sakit hati & cemburu.
Kadang hati
kita terlalu sakit, buat kita jadi iri hati dengan orang. Buat kita rasa dendam
dengan orang lain. Buat kita cemburu dengan orang lain. Kalau nak rezeki tak
putus putus masuk dalam hidup kita, mulai hari ini, buang semua rasa ini
daripada hidup kita. Hati yang penuh kebencian hanya akan mengundang kebencian bukannya rezeki. Belajarlah untuk redha dengan setiap perkara.
Oklah! Cukup 7 perkara yang bila kita buat akan mengundang rezeki datang tak putus putus dalam hidup kita. Akhir sekali, aku nak kongsikan doa yang di amalkan oleh seorang artis popular malaysia. Salah satu doa, memohon rezeki yang luas dan tidak akan putus putus. InsyaAllah.
Oklah! Cukup 7 perkara yang bila kita buat akan mengundang rezeki datang tak putus putus dalam hidup kita. Akhir sekali, aku nak kongsikan doa yang di amalkan oleh seorang artis popular malaysia. Salah satu doa, memohon rezeki yang luas dan tidak akan putus putus. InsyaAllah.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Perancang,Berikan aku rezeki seluas langitMu, rezeki yang berkat, rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam, rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zam-zamMu bertebaran di seluruh pelusuk dunia.
Rezeki yang membawa kebaikan, rezeki membawa aku ke syurgaMu, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki yang menjangkau akal fikiran, rezeki yang boleh membantu aku untuk berdakwah di negara-negara Islam, membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk berdakwah.
Rezeki yang boleh membawa aku dan seluruh keluarga, sahabat, guru-guru, kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.
1 Comments
waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat
ReplyDelete