Rupanya inilah amalan yang dibuat Abam Bocey Sehingga Allah memuliakan hari akhirnya

Rupanya inilah amalan yang dibuat Abam Bocey
Sehingga Allah memuliakan hari akhirnya | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam,
kita dikejutkan dengan pemergian di antara pelawak terkenal Malaysia, Abam
Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar B. Syed Mohd Redzuan. Memang
banyak perkongsian yang dikongsikan di dalam laman social namun apa yang lebih
menarik perhatian aku adalah, betapa ramainya orang yang hadir saat solat
jenazah di lakukan.
Daripada perkongsian,
mereka yang hadir sewaktu solat jenazah lebih kurang ramainya seperti solat
jumaat. Boleh bayangkan, solat jumaat, segala pelusuk masjid penuh. Seperti itulah
ketika solat jenazah abam bocey dilakukan. Allahurabbi.
Apa yang dilakukan arwah abam bocey sewaktu
hidup sehingga Allah muliakan hari akhirnya ini?



Daripada perkongsian, ramai ustaz dan ulamak yang turut hadir. Semuanya datang untuk sembahyangkan jenazah Allahyarham Abam. Terlalu ramai untuk aku tulis nama mereka satu persatu di sini. Ini belum termasuk dengan rakan artis dan peminat yang hadir.
Daripada bacaan aku, arwah sememangnya menjaga perkara yang satu ini sepanjang hidupnya. Dia sangat menjaga ibunya dan mentaatinya. Dia menjaga adik beradiknya hingga memastikan kesemua mereka berkahwin barulah dia berkahwin. Dia juga selalu mendampingi ustaz dan para ulamak selain daripada rajin bersedekah.
Daripada bacaan aku, arwah sememangnya menjaga perkara yang satu ini sepanjang hidupnya. Dia sangat menjaga ibunya dan mentaatinya. Dia menjaga adik beradiknya hingga memastikan kesemua mereka berkahwin barulah dia berkahwin. Dia juga selalu mendampingi ustaz dan para ulamak selain daripada rajin bersedekah.
Ini semua
dilakukan secara diam diam dan hanya dia sahaja yang tahu. Kerana ramai kenal
abam bocey bukanlah seorang yang suka menunjuk nunjuk. Tutur katanya juga
lembut (berkisar daripada mereka yang selalu bersama beliau) dan atas sebab
inilah, sewaktu akhir hidupnya, Allah angkat beliau pada kedudukan seperti ini.
Sesungguhnya
pemergian abam bocey atau Syed Umar Mokhtar B. Syed Mohd Redzuan sangatlah
dicemburui dan semoga tenanglah kamu di sana dan ditempatkan di samping orang
orang yang beriman. Amin.
0 Comments