Senarai alasan yang digunakan bila tak nak pergi kerja

Senarai alasan yang
digunakan bila tak nak pergi kerja | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila bercerita bab malas nak pergi kerja ni, memang macam macam alasan yang
kita akan guna. Alasan Tak Pergi Kerja Yang Munasabah itu masih ok lagi la, ini
alasan yang bila kita baca, boleh menangis keluar air mata. Memang kelakar
habis. Tak logik langsung pun ada. Hari ini aku kongsikan beberapa alasan yang
kerap digunakan Untuk Tak Pergi Kerja.
Senarai Alasan
Munasabah Tak Pergi Kerja.
Aku senaraikan dahulu beberapa Alasan Logik Tak Pergi Kerja
yang biasa digunakan dan bila kita terima pun, kita faham dan terus terima
tanpa ada banyak soal.
- #1. Demam dan sakit kepala
- #2. Diri sendiri atau Anak atau keluarga sakit
- #3. Terlibat dengan kemalangan jalan raya
- #4. Keluarga / Saudara terdekat meninggal dunia
- #5. Rumah banjir / terbakar / tanah runtuh
- #6. Kena tahan wad atas alasan kesihatan
- #7. Jaga ibu bapa sakit
- #8. Hujan sangat lebat (biasa penunggang motosikal yang mana bila diteruskan juga boleh menggundang bahaya)
- #9. Bersalin kecemasan / isteri nak bersalin
- #10. Kemalangan kecil sewaktu ke tempat kerja (kena gigit tebuan atau sebagainya)
- #11. Terlibat pergaduhan yang tidak disengajakan (contoh cuba meleraikan pergaduhan tetapi terlibat sama)
- #12. Anak tiada orang nak jaga
- #13. Sakit gigi yang teruk
- #14. Putus tunang /bercerai
- #15. Morning sickness yang teruk (mengandung)
Ok. Rasanya itu sahaja yang aku ingat dan biasa nampak Alasan
Logik Tak Pergi Kerja yang biasa digunakan. Namun, Alasan tak Munasabah Tak
Pergi Kerja ini yang banyak aku ingat yang mana, bila kita baca sahaja, terus
kena reject. Apa punya alasan la. Hahaha.
Senarai Alasan tak Munasabah
Tak Pergi Kerja!
- #1. Dah bosan kerja
- #2. Tak suka tengok muka bos
- #3. Pejabat ada hantu
- #4. Servis kereta
- #5. Malas nak kerja
- #6. Handphone rosak
- #7. Kemas rumah
- #8. Mulut berbau
- #9. Saudara mara datang rumah
- #10. Family reunion
- #11. Mall ada buat sale
- #12. Tiada mood nak kerja
- #13. Kerja banyak sangat
- #14. Interview kerja lain
- #15. Jam loceng rosak (bangun lewat)
- #16. Kedai nak hantar perabot dekat rumah
- #17. Ikut kawan (kawan taknak pergi kerja)
- #18. Kucing hitam melintas (tak boleh teruskan perjalanan ke tempat kerja)
- #19. Tak suka rakan sekerja / pejabat
- #20. Rumah ada hantu (takut nak keluar rumah)
Rasanya ini sahajalah senarai yang boleh aku kongsikan. Ada Alasan
yang memang Tidak Mahu Pergi Kerja dan juga Alasan Kukuh Tak Pergi Kerja. Apa pun,
kena sentiasa beringat, kita bekerja dengan orang ini, kenalah ikut segala
peraturan yang ada. Kalau kerja sendiri mungkin ada beberapa alasan yang boleh
kita guna. Tapi fikir juga, kalau malas bekerja, rezeki pun akan jadi susah. Okey.
0 Comments