Tips pencegahan Wabak Koronavirus daripada menjangkiti kanak kanak

Tips pencegahan Wabak Koronavirus daripada
menjangkiti kanak kanak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampak gayanya belum ada tanda
tanda wabak coronavirus akan berhenti malah penyakit ini semakin hari semakin
menampakkan peningkatan drastik! Coronavirus atau nama barunya COVID-19 setakat
ini telah meragut nyawa lebih 800 orang di negara China! Ianya sememangnya
bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang remeh!
Tips pencegahan Wabak Koronavirus daripada
menjangkiti kanak kanak
Ianya lebih
menakutkan bila mana virus ini mampu bertahan selama 9 hari pada tombol pintu
pengangkutan awam. COVID-19 juga mampu “hidup” pada permukaan kaca, plastik dan
logam. Juga selama 9 hari lamanya!
Sebagai ibu
bapa, kita akan bertambah risau jika ianya berjangkit pada anak anak kita. Yang
lebih merisaukan adalah symptom yang ditunjukkan hanyalah demam dan batuk! COVID-19
sangat mudah merebak kerana ianya berada di udara. Jika seseorang berada
berdekatan mereka yang telah dijangkiti, peratus untuk mereka dijangkiti juga
adalah tinggi.
Di sini,
aku kongsikan beberapa langkah pencegahan Wabak Coronavirus.
- Langkah awal adalah dengan sentiasa mengunakan topeng muka. Terutamanya buat mereka yang bekerja di hospital. Anak anak juga digalakkan untuk sentiasa memakai topeng muka.
- Jauhkan anak anak dengan kanak kanak lain yang kurang sihat dan ada menunjukkan tanda tanda demam
- Jangan berkunjung ke negara negara yang mempunyai masalah COVID-19 yang serius. Jika telah di rancang lebih awal, adalah lebih baik membatalkan sahaja perjalanan tersebut.
- Jauhi daripada membawa anak anak ke tempat yang ramai pengunjung. Jika terpaksa, pastikan kesemua ahli keluarga memakai topeng muka.
- Kerap basuh tangan dengan betul dan kerap mandi. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.
- Pastikan segala makanan dari jenis daging telah di masak dengan sempurna.
- Sentiasa pantau kesihatan dan suhu badan keluarga.
- Dapatkan rawatan lanjut jika terdapat apa sahaja masalah kesihatan. Jangan lengahkan masa dan menyangka setiap sakit itu adalah biasa biasa.
Golongan warga
emas dan kanak kanak serta mereka yang mengalami masalah kesihatan tertentu
adalah golongan yang sangat berisiko. Oleh yang demikian, jika terdapat tanda
tanda demam dan selsema yang panjang serta kesukaran untuk bernafas, segera
dapatkan rawatan di hospital berdekatan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat
pada semua.
0 Comments