facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

bantuan khusus untuk artis malaysia

Bila golongan kaya memohon hak sama rata dengan orang miskin | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak viral juga dalam beberapa hari ini kan dalam laman sosial tentang golongan artis yang memohon bantuan khusus daripada pihak kerajaan berkenaan bantuan yang diumumkan baru baru ini. Kemudian dalam sehari dua ini, muncul pula usahawan kaya yang terkenal, mempertikaikan pula bantuan yang diberikan kerajaan kepada orang miskin. Katanya bantuan tersebut tidak adil. Berat sebelah mungkin.

Aku pun sebenarnya malas nak ulas panjang. Cumanya bagi mereka yang kais pagi makan pagi ni, bantuan itu sudah cukup besar dan kena faham, ianya hanya sekali dapat je. Bukan kata tiap bulan dapat. Ini ada aku baca, ada “golongan atasan” yang memohon agar diberikan bantuan kewangan setiap bulan selama 6 bulan!

Yang dipinta pula bukan sedikit. Ribu ribu juga lah. Dan bantuan itu pula khusus buat mereka. Bayangkan, golongan yang pada kebanyakkan orang hidup mewah sebelum ini memohon bantuan sedemikian rupa. Macamana pula dengan golongan bawahan ini? Yang sewaktu ini, nak makan pun minta bantuan pada orang lain?

Pada aku, lebih baik kerajaan beri bantuan sedemikian pada golongan sebegini. Mereka lebih layak. Dan ada betulnya kata beberapa orang rakan yang golongan sebegini jugalah yang akan merancakkan ekonomi negara ketika ini kerana wang yang diberikan kerajaan akan digunakan semula untuk negara.

Maksud aku dekat situ, wang tersebut akan digunakan untuk beli barangan dapur/rumah. Aiks? Kenapa? Golongan kaya tak guna wang untuk beli barang dapur atau rumah ke? Betul, mereka juga akan guna wang tersebut. Cumanya, semalam aku terbaca dekat mana tah, lupa siapa yang cakap tu, katanya wang yang diberikan kerajaan tu, nak beli barang kereta pun tak lepas? Ha?

Apa pun, pemikiran aku tetap sama dengan kebanyakkan orang ketika ini. Golongan kaya ini dah pasti ada simpanan kewangan mereka kalau nak dibandingkan dengan golongan bawahan ya! Kena faham, orang bawahan ini bukan taknak simpan duit tapi mereka tak mampu nak menyimpan! Kalau boleh simpan, dah lama mereka simpan dan mungkin sekarang ini dah kaya dan membantu orang lain.

Jangan katakan nak pakai kereta mewah, nak naik pun belum tentu. Ini kan pula nak buat video tentang semua harta yang ada. Jauh sekali. Apa pun, kita semua rakyat Malaysia. Pada aku, bantuan yang diumumkan kerajaan itu cukup adil. Ada beberapa kategori bantuan, dan jika rasa layak, boleh sahaja memohon daripada situ.

Mereka yang berada di barisan hadapan adalah mereka yang paling layak memohon pelbagai bantuan khusus. Namun, mereka tetap berjuang dan menerima apa sahaja bantuan yang diberikan. Berpanas berhujan, berisiko dengan penyakit. Berkorban untuk negara dan keluarga. Bekerja siang malam. Mereka yang lebih layak sebenarnya. Semoga Malaysia bebas wabak sebelum tibanya Ramadan 2020, aminnn.

Cara memohon penanguhan bayaran pinjaman (Moratorium) Cimb Bank

Cara memohon penangguhan bayaran pinjaman (Moratorium) Cimb Bank | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ini mesti ramai yang cari info mengenai macam mana nak apply penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan tu kan? Ini adalah berikutan saranan daripada pihak kerajaan Malaysia yang meminta semua bank agar memberikan penangguhan kepada peminjam bagi bayaran pinjaman selama 6 bulan. Lama juga kan? Dan berikut merupakan Cara memohon penangguhan bayaran pinjaman (Moratorium) Cimb Bank.

Kenapa Cimb bank? Sebabnya aku buat pinjaman perumahan dengan bank ini. Untuk bank lain, Rasanya caranya juga sama. Baik, sebelum aku beritahu cara caranya, semua kena faham dulu kenapa kerajaan menawarkan Moratorium ini.

Kena faham ya, ini adalah penangguhan. Itu membawa maksud, loan tetap kena bayar Cuma tangguh selama 6 bulan. Jika sebelum ini, loan habis tempoh bulan 6 2040, maka selepas ini loan akan habis bulan 12 2040. Akan lajak 6 bulan ke depan. Sebab kini dah ambil penangguhan bayaran pinjaman (Moratorium) ini.

Ini adalah salah satu langkah kerajaan di dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat covid-19. Pastinya ramai yang akan terkesan jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lanjutkan. Jadi, kerajaan sudah awal awal membantu kita semua.

Namun, ianya adalah 1 pilihan untuk kita semua. Kita boleh sahaja bayar seperti biasa ataupun ambil pilihan penangguhan bayaran pinjaman (Moratorium) ini. Kalau tak mampu nak bayar penuh, boleh bayar separuh. Kalau mampu bayar profit bank, maka bayar profit sahaja. Kalau mampu bayar principal, bayar principal sahaja. Terpulang pada kewangan masing masing ya.

Baik, sekarang kita pergi pula pada Cara memohon penangguhan bayaran pinjaman (Moratorium) Cimb Bank. Aku baru sahaja telefon pegawai bank cimb sekejap tadi bertanyakan hal ini. Daripada suara beliau, rasanya dah banyak panggilan yang beliau terima (suara penat+macam nak marah) namun penerangan beliau yang lebih penting.

Jika sebelum ini bagi sesiapa yang ingin memohon penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan haruslah mengisi borang dan mestilah mendapat kelulusan pihak bank namun sekarang ianya adalah secara automatik. Maksudnya bermula bulan ini, dah tak perlu bayar sehinggalah 6 bulan. Bulan ke 7 harus bayar semula ya!

Dalam kesempatan ini, perlulah kita rancang kewangan kita dengan baik. Melihat kepada keadaan ekonomi sekarang, sangat baik jika kita ada simpanan selama 6 bulan dan inilah masanya untuk mewujudkan simpanan tersebut. Dan jangan pula leka tak bayar loan selama 6 bulan ini ya! Loan tetap kena bayar, bukan apa, takut lama sangat, nanti jadi malas pula nak bayar. Hehe.

Oklah, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP ( I-BESTARI)

Cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP ( I-BESTARI) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kerajaan baru baru ini ada mengumumkan bahawa akaun 2 KWSP kini boleh dikeluarkan untuk membantu kewangan rakyat Malaysia yang kini dalam tempoh berkurung. Setakat hari ini, tempoh berkurung masih kekal sehingga 31 mac 2020. Inisiatif ini pada aku sangat bagus buat mereka yang terkesan dengan ekonomi. Berikut merupakan Cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP ( I-BESTARI).

Sebelum itu, kita semua kena faham apakah tujuan utama kerajaan membenarkan ahli kwsp mengeluarkan akaun 2 mereka.

#1. Membantu rakyat mempunyai lebihan kewangan untuk membeli barangan keperluan harian. Macam yang aku ada beritahu awal tadi, ini sangat membantu mereka yang terkesan dengan covid-19 ini. Contohnya mereka yang terpaksa bercuti tanpa gaji. Jika tempoh kawalan ini berpanjangan, ini akan memberikan kesan yang buruk pada mereka.

#2. Memastikan aliran kewangan tunai dalam negara lancar. Jika rakyat mempunyai wang, mereka akan membelanjakan wang tersebut seterusnya merancakkan kembali ekonomi negara yang sedikit menurun akibat daripada covid-19.

Orait, sebelum itu, akaun 2 kwsp ini memang boleh dikeluarkan ya (aku sendiri kerap keluarkan akaun 2 untuk pembayaran rumah). Ada 17 sebab yang dibenarkan untuk kita keluarkan duit daripada akaun 2 kwsp:

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah
  • Bina Rumah
  • Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Perumahan Fleksibel
  • Perumahan PR1MA
  • Pengeluaran KWSP Untuk Haji
  • Kesihatan
  • Simpanan Melebihi 1 Juta
  • Hilang Upaya
  • Meninggalkan Negara
  • Meninggal Dunia
  • Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan
  • Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun
  • Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun


Cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP ( I-BESTARI).

Ok. Ada 3 cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 kwsp I-BESTARI iaitu :

  • Melalui talian (e-pengeluaran melalui i-akaun)
  • Melalui email : ilestarimohon@epf.gov.my
  • Melalui pos/pos berdaftar ke alamat kumpulan wang simpanan wang pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari).


Untuk pengeluaran I-BESTARI ini, jumlah maksimum hanya RM500 sebulan. Kalau dalam akaun 2 kita ada RM30,000 sekalipun, hanya di benarkan untuk keluarkan RM500 sahaja setiap bulan. Jelas kan? Dan wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank (jika permohonan lulus).

Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran akaun 2 kwsp I-BESTARI, kerajaan telah menetapkan:

-Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
-Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian

Permohonan bagi pengeluaran I-BESTARI adalah maksimum 12 bulan.

Jadi buat mereka yang ingin mengeluarkan wang mereka daripada akaun 2, diharapkan dapatlah menggunakan ianya dengan cara yang terbaik dan berhemah. Jika terdapat lebihan, bolehlah dijadikan simpanan kewangan kita di masa hadapan memandangkan ekonomi Malaysia malahan dunia tidak berada di dalam keadaan yang baik ketika ini.

Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee

Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari ke lima seluruh penduduk Malaysia menjalani perintah kawalan pergerakan. Dan sehingga ke hari, tiada tanda tanda covid-19 akan reda malah semakin hari semakin menunjukkan peningkatan dan jumlah kematian setakat hari ini adalah 9 orang. Di dalam keadaan yang gusar ini, tiba tiba wujud kopi viral dengan nama Dalgona Coffee. Agak penuh juga gambar kopi viral ini dekat laman sosial. Mulanya ingat susah lah nak buat, rupanya senang je nak buat dan inilah Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee!

Orait. bahan bahan nak buat kopi viral ini mudah sahaja. Boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran. Namun harus diingatkan, dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, janganlah kejap kejap nak keluar rumah ya! Kemudian, janganlah keluar rumah secara berjemaah, kalau boleh keluar seorang sahaja melainkan mereka yang bujang. Itu tak boleh buat apa la. Hehehe.

Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee!


Orait! bahan bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 sudu besar serbuk nescafe (nak guna serbuk kopi lain pun boleh)
  • 2 sudu besar gula putih/perang
  • 3 sudu air panas
  • Susu rendah lemak/full cream
  • Ais kiub


Cara nak buat kopi viral.

  • Cara pertama adalah, masukkan 2 sudu serbuk nescafe, 2 sudu gula dan 3 sudu air panas.
  • Kemudian gaulkan dan pukul sehingga kembang. Boleh guna hand mixer atau kalau tiada boleh je guna tangan (tapi lenguh sedikit la). Buat dalam 5 ke 10 minit sampai ianya berubah bentuk.
  • Kemudian ambil gelas dan isikan ais kiub. Kemudian masukkan separuh susu rendah lemak. Kemudian masukkan nescafe yang kita dah buat tadi dekat bahagian atas. Akhirnya, siap untuk di minum!


Ha, amacam? Mudahkan nak buat Dalgona coffee ini. Ini kalau dekat restoran mewah ini, tah berapa la harga dia kan. Lebih jimat kalau kita buat sendiri je dekat rumah! Boleh minum sampai puas! Oklah, semoga memberi manfaat dan dapat menghilangkan rasa bosan sepanjang tempoh berkurung ini ya! Daa~

Please stay at home

Please stay at home | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Arahan demi arahan telah di keluarkan namun ramai yang masih belum memahami implikasi daripada wabak coronavirus yang semakin hari semakin menunjukkan peningkatan mendadak! Malaysia masih di dalam keadaan yang terkawal, namun jika masih ramai yang berdegil dan tidak mahu mendengar arahan supaya sentiasa berada di rumah, tindakan yang lebih drastik mungkin akan di ambil kerajaan.

Buat masa sekarang, kita masih boleh ke pasaraya untuk membeli keperluan harian. Kedai makan masih dibuka namun harus diingatkan bahawa makanan hanya boleh dibungkus dan tidak dibenarkan untuk makan di kedai. Dalam beberapa siri video yang dikongsikan di laman sosial, pihak polis terpaksa memberi “amaran” untuk bersurai kepada mereka yang engkar dengan arahan.

Semalam, dalam pengumuman khas perdana menteri, boleh dengar dari nada perdana menteri sendiri agar kita semua dapat bersabar dan sentiasa berada di rumah supaya penyebaran wabak covid-19 ini dapat di kawal. Nak lepak mamak, semua pun suka namun dalam tempoh kawalan pergerakan ini, bersabarlah sebentar.

Bila diumumkan kawalan pergerakan 14 hari, ramai yang memilih untuk pulang ke kampung. Kita sedang dalam usaha untuk tidak mengalakkan orang ramai daripada berkumpul, namun boleh dilihat dalam apa jua situasi termasuklah mereka yang memilih untuk pulang ke kampung, mereka yang berkumpul beramai ramai di pasaraya, mereka yang berkumpul di balai polis.

Aku pasti, setiap orang punya alasan mereka yang tersendiri. Namun harus diingatkan, ketika wabak menjadi semakin tidak terkawal, keadaan akan menjadi semakin teruk dan sewaktu itukita akan merasa terkurung dengan sendirinya! Siapa yang mahu kehidupan yang teruk? Aku pasti tak siapa mahu.

Namun, jika masih ramai yang berdegil, tak mustahil semua ini akan berlaku. Lihat pada negara negara lain. Yang menjadi semakin teruk akibat daripada wabak covid-19 ini. Apakah kita mahu hidup seperti mereka. Sebab itu kita kena bermula daripada sekarang. Supaya Malaysia tidak akan jadi seperti negara china ataupun Itali.

Apa pun, semoga wabak ini sampai ke penghujungnya. Semoga ianya selesai sebelum tibanya bulan Ramadhan. Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa kita. Semoga bumi kembali aman. Semoga Allah melindungi diri kita, keluarga, guru-guru, ulama –ulama dari segala macam perkara yang tidak diingini. Amin ya Rabb.

Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”

Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown” | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, perdana menteri Malaysia, Tan sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 dan berakhir pada 31 Mac 2020. Akibat daripada pengumuman itu, telah berlaku “Panic Buying” di seluruh Malaysia yang mana orang ramai berpusu pusu mendapatkan bekalan makanan dan barang kelengkapan. Dalam situasi ini, ramai yang terlupa apakah Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”!

Daripada pemerhatian aku di dalam media sosial, ramai yang menganggap pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan itu sama dengan perintah “Lockdown”. Dan atas sebab itu ramai yang jadi panic. Untuk fahaman bersama, Perintah Kawalan Pergerakan masih membenarkan kita bergerak dan pasaraya serta kedai barang keperluan masih dibuka seperti biasa. Jadi kita masih punya masa untuk membeli barang keperluan rumah.

Berbeza dengan “lockdown”, seluruh premis akan ditutup. Dan jika kita berada di dalam situasi ini, adalah sewajarnya kita memperlengkapkan barang keperluan rumah demi kelangsungan hidup. Namun, itu juga bukanlah point yang bagus jika kita bersedia dari awal. Aku kongsikan Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”.

#1. Beras

Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Jadi, ketika menyediakan kelengkapan rumah, pastikan beras adalah perkara pertama yang perlu ada. Namun, bersikap timbang rasa jugalah pada yang lain. Jika kegunaan rumah hanya sekitar 10 -20kg , ambil dan simpan sekadar keperluan kita.

#2. Ayam /daging

Boleh juga beli bahan makanan ini untuk di simpan di dalam peti sejuk beku. Namun belilah sekadar perlu dan bukannya seperti mahu buat kenduri ya.

#3. Bihun atau pasta

Bahan ini selain mampu mengenyangkan, ianya juga tahan lama. Ini juga boleh dijadikan simpanan.

#4. Makanan tin.

Makanan tin seperti sardine, atau apa sahaja makanan di dalam tin juga sangat penting ketika berhadapan dengan situasi lockdown. Namun harus diingatkan, setiap darinya ada tarikh luput. Periksa terlebih dahulu sebelum beli.

#5. Kekacang atau kurma

Makanan seperti ini sangat bagus. Selain ianya mudah mengenyangkan, ianya juga tahan lama. Jadi simpan siap siap di rumah.

#6. Rempah ratus

Makanan tanpa rempah ratus pasti tidak menarik bukan? Jadi persiapkan segala kelengkapan rempah ratus di rumah anda!

#7. Milo atau minuman 3 in 1

Kalau aku, aku lebih suka simpan milo dekat rumah. Selain sedap,ianya mampu mengenyangkan juga. Kan minum milo anda jadi sihat dan kuat?

#8. Ubat ubatan

Ini yang paling penting sebenarnya daripada kesemua item di atas. Adalah sangat penting untuk menyediakan ubat ubatan di rumah. Pastikan sentiasa periksa tarikh luput ubat sebelum guna. Biasakan untuk menyimpan ubat selsema, batuk, demam dan penyakit penyakit yang lain. Namun, jangan menyimpan terlalu banyak ubat di rumah. Simpan sekadar perlu sahaja.

Oklah, itulah 8 Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketika berhadapan dengan situasi “Lockdown”. Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat mengelakkan kita daripada membeli barangan yang tidak perlu.

Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah

Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya wabak Covid-19 semakin menunjukkan peningkatan di Malaysia. Setakat artikel ini di tulis, seramai 428 orang telah dijangkiti coronavirus menjadikan Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam asia! Ini bukanlah sesuatu yang mengembirakan malah kita sebagai rakyat Malaysia perlu lebih berjaga jaga. Namun di dalam kegusaran kita terhadap wabak ini, ramai yang mengambil kesempatan menjual Face mask dan hand sanitizer dengan harga tak masuk akal! Dan Hari ini aku nak kongsikan Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah!

Hand sanitizer dan face mask kini menjadi antara barang terlaris di pasaran. Jadi tak hairanlah jika terdapat pelbagai jenama terbaru hand sanitizer di pasaran. Yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Face mask pula seperti biasa namun yang menjadi luar biasa adalah harganya! Cuba bayangkan ada yang menjual 1 face mask ini dengan harga RM30! 1 tau bukan 1 kotak! Betul nak pergi mekah balik hari.

Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah.

Sebenarnya ramai yang gusar bila hand sanitizer tidak ada di kedai kedai (kerana habis di borong orang persendirian). Jadi macam kelam kabut. Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya kita boleh buat sendiri hand sanitizer ini di rumah. Cara nak buat pun mudah. Namun perlu juga kita tahu, pihak berwajid telah mengeluarkan info yang mana membasuh tangan dengan sabun dan air adalah lebih berkesan. Namun, hand sanitizer juga boleh digunakan.

Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Hand Sanitizer.


  • Dettol
  • Sterile water

Cara menghasilkan hand sanitizer:


  • Campurkan 20% Dettol & 80% sterile water (untuk menghasilkan 100ml hand sanitizer)
  • Campurkan 10% Dettol & 40% sterile water (untuk menghasilkan 50ml hand sanitizer)

Dah campurkan, letakkan di dalam botol spray. Kemudian siap untuk digunakan!

Namun harus diingatkan yang ianya tidak sesuai untuk kanak kanak di bawah umur 10 tahun kerana ketebalan kulit (Dettol agak kuat dan dikuatiri memberi kesan pada kanak kanak di bawah 10 tahun).
Apa pun, sekali lagi di ingatkan, membasuh tangan dengan sabun dan air adalah lebih berkesan di dalam mengawal penyebaran covid-19. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi daripada wabak ini, aminnn.

Umat Islam Tidak perlu solat jumaat

Umat Islam Tidak perlu solat jumaat jika ini yang terjadi..  | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya wabak Covid-19 tidak menunjukkan apa apa tanda untuk berkurang. Banyak perkara perkara baharu yang terjadi sejak penularan wabak yang boleh membawa maut ini. Dan di antaranya adalah umat islam di Malaysia kini tidak digalakkan untuk solat jumaat. Nampaknya jika kes ini semakin berlarutan, maka akan menjadi kosonglah masjid masjid di Malaysia.

Mulanya agak terperanjat juga bila kawan kawan mula berbual pasal isu ini. Yelah, rasanya belum pernah lagi masjid kosong waktu solat jumaat. Pasti penuh dengan umat manusia tidak kiralah di bandar mahupun di desa. Namun, Allah lebih mengetahui segala galanya.

Terbaru, YB SENATOR DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) telah mengeluarkan kenyataan bahawa umat islam di Malaysia dikecualikan daripada solat jumaat jika keadaan wabak di Malaysia semakin tidak terkawal. Berikut antara intipati kenyataan media:

Sekiranya keadaan wabak Covid-19 masih terkawal (menurut KKM), solat jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat tersebut:

  • Khutbah dipendekkan
  • Orang ramai digalakkan berwuduk daripada rumah
  • Mereka yang ada symptom covid-19, tidak perlu hadir solat jumaat kerana termasuk dalam golongan mereka yang sakit.
  • Pihak masjid atau Jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.


Dan sekiranya keadaan wabak Covid-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM),

Solat jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat zohor di rumah masing masing.

Dalam hal ini,terdapat beberapa garis panduan:

  • Larangan tersebut mesti dikeluarkan oleh pemerintah yang berautoriti seperti kementerian kesihatan Malaysia
  • Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak
  • Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu yang telah disahkan positif di kawasan tersebut
  • Pihak yang bertanggungjawab seperti KKM telah menjalankan pemeriksaan yang rapi pada Jemaah yang menghadiri masjid ataupun surau tersebut dalam tempoh jangkaan penularan wabak.


gambar lockdown

Apa akan terjadi jika Malaysia Istihar “Lockdown” | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat walafiat, aminnn. Sehingga ke hari ini, belum ada tanda tanda Covid 19 akan berakhir. Malahan, setiap hari akan ada pertambahan kes terbaru. Di dalam negara kita semalam gempar bilamana seorang rakyat brunei positif covid 19 dan khabarnya beliau baru pulang dari 1 acara di Malaysia. Dan kini, pihak kesihatan Malaysia sedang mengesan keseluruhan peserta yang turut sama dalam majlis tersebut.

Bunyi macam masih terkawal namun bilamana dapat tahu peserta terlibat bukan puluhan, bukan juga ratusan malahan ribuan orang! Cuba bayangkan kalau separuh daripada peserta tersebut (yang dianggarkan lebih kurang 5000 orang) ada yang positif yang mereka kini berada di mana mana kawasan dalam Malaysia, tidakkah ianya kedengaran seperti sesuatu yang menakutkan?

Untuk rekod terbaru, negara Itali telah mengisytiharkan “lockdown”. Aku kalau dengar perkataan ini, terus rasa tergamam. Bukan sebab apa, selalu juga aku beritahu pada isteri aku, Apa akan terjadi jika Malaysia Istihar “Lockdown”? Apa persiapan yang kita dah buat? Kalau tiba tiba kerajaan istihar, cukup ke dengan apa yang kita ada?

Apakah maksud Lockdown?


Mungkin ada yang tidak faham dengan maksud Lockdown. Baik, lockdown ni membawa maksud penahanan atau pembatasan sesuatu aktiviti. Kiranya macam ini, bila di istiharkan lockdown, kita tak dibenarkan untuk keluar rumah. Contohnya sesuatu kawasan itu menjadi lebih teruk, jadi akan dikeluarkan arahan lockdown dan semua diminta untuk berada di rumah (untuk mengelakkan ianya menjadi lebih teruk).

Jika arahan tersebut dalam masa yang singkat, kiranya masih ok. Jika dalam tempoh yang agak lama, ada beberapa masalah dekat situ. Dan apa masalahnya? Aku senaraikan di bawah:

Jika semua di minta berkurung, kemungkinan:

  • Kedai tidak dibuka (kedai makan,kedai runcit dan sebagainya)
  • Klinik kesihatan juga mungkin akan tutup


Apa yang merisaukan aku adalah, jika tiba tiba diistiharkan Malaysia lockdown. Kita pula tak buat persiapan apa apa. Apakah makanan dirumah cukup? Kena yang waktu itu hujung hujung sahaja stok makanan dan kedai pula semua tutup macamana?

Kemudian, waktu itu pula ada anggota keluarga yang sakit dan memerlukan ubat. Jika dekat dengan hospital ok lah kan. Jika jauh dan klinik sahaja yang dekat. Klinik pula tutup? Macamana keadaannya tu?

Ini yang sebenarnya membuatkan aku jadi risau kalau kalau Malaysia tiba tiba Istihar “Lockdown”.

Semalam ada terbaca perkongsian seorang rakan dalam laman sosial, mengenai apakah yang perlu di siapkan di rumah jika perkara sedemikian berlaku (harapan besar kami agar Malaysia dijauhkan daripada perkara ini). Dan ini adalah beberapa idea perkongsian beliau.

Jenis jenis makanan yang tahan lama (untuk disimpan).

  • Tepung gandum
  • Kekacang kering
  • Makanan dalam tin
  • Beras
  • Kopi/gula
  • Madu, habbatus sauda,kurma
  • Air mineral
  • Minyak masak
  • Ikan masin


Rasanya setakat ini sahaja kut yang boleh aku senaraikan Jenis jenis makanan yang tahan lama (untuk disimpan) insyaAllah, jika ada kesempatan lagi, aku akan update senarai makanan yang lain yang boleh kita jadikan simpanan/bekalan buat kita dan keluarga, ok! Semoga memberi manfaat kepada semua ya!

Rumusan Perlantikan Menteri Kabinet 2020

Rumusan Perlantikan Menteri Kabinet 2020 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas perlantikan Perdana menteri Malaysia ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai sebenarnya tertunggu tunggu siapakah yang bakal memenuhi kerusi menteri kabinet. Namun yang lebih menjadi tanda tanya adalah siapa yang bakal mengalas jawatan sebagai timbalan perdana menteri? Namun semuanya terungkai semalam selepas Perdana menteri telah mengumumkan senarai penuh Menteri Kabinet 2020!

Aku tak mahu mengulas penuh senarai menteri kabinet 2020 terkini (kerana pastinya ramai dah tahu) cumanya aku hanya nak buat rumusan dan pandangan kecil aku sebagai rakyat Malaysia sahaja. Baik, pertama sekali, buat pertama kali dalam sejarah kita tiada timbalan perdana menteri. Hehehe. Namun, ianya telah di ganti dengan menteri kanan dan terdapat 4 orang menteri kanan:


  • Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan)
  • Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya)
  • Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pendidikan)

Baik. Selepas selesai dengan menteri kanan, aku lebih tertarik dengan jawatan menteri agama. Posisi ini memang panas. Rata rata memang ternanti nanti siapakah yang bakal mengantikan posisi ini. Alhamdulilah, aku pada awalnya memang sangat terkejut selepas mendapat tahu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan. Alhamdulilah, buat pertama kalinya seorang mufti telah dilantik menjadi menteri dan menjaga hal hal berkaitan agama. Sememangnya ini sesuatu yang kita mahukan.

Seterusnya adalah Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Ini juga sangat menarik perhatian kerana buat pertama kalinya juga, seseorang yang sangat arif dalam bidang perbankan, telah di lantik dalam jawatan ini. Beliau sebelum ini adalah Group Chief Executive Officer/Executive Director of CIMB Group Holdings Berhad. Nampak? Bukan biasa biasa tu. Hehe.

Ok, selepas 2 jawatan menteri ini, ada sesuatu yang di nanti nantikan juga, di manakah posisi “abah” atau Khairy Jamaluddin (KJ)? Ramai sebenarnya berharap yang beliau akan memenuhi kerusi Menteri Belia dan Sukan namun tempat ini telah di isi oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Baik, Khairy Jamaluddin juga turut tersenarai dalam barisan kabinet 2020 namun bukan sebagai Menteri Belia dan Sukan tetapi sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi! Ahh, agak kecewa juga di situ, namun, selepas perlantikan beliau kembali sebagai menteri, namanya kini trending dalam carian media sosial ya! Hehehe.

Oklah, rasanya itu sahajalah Rumusan Perlantikan Menteri Kabinet 2020 aku. Ramai lagi menteri menteri yang lain, tapi yang ini sahaja yang aku nak tulis. Semoga negara Malaysia lebih maju, aman dan kekal bersatu sampai bila bila. Kemerdekaan yang dikecapi selama berpuluh tahun sebelum ini adalah penyatuan daripada semua! Malaysia boleh!

Krisis Air Melaka belum selesai

Krisis Air Melaka VS krisis Ketua menteri Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan bernafas dan sihat walafiat. Krisis air di Melaka nampaknya masih belum menunjukkan tanda tanda positif. Ini kerana, kawasan perumahan aku yang sebelum ini tidak terlibat sama sekali dalam catuan air kini tersenarai. Sebelum ini Cuma dengar keluhan rakan rakan di taman lain (sebab dalam senarai sebelum ini pun, taman aku memang terkecuali) tapi bila tengok nama taman tersenarai dalam list terkini, mulalah tak senang duduk.

Alkisahnya, dekat taman aku memang ada 1 tangki besar. Besar sungguh! Mungkin atas alasan tersebut taman aku sering kali tidak terlibat sama sekali dalam catuan air. Tapi bila mana sekarang ini, nama taman aku termasuk di dalam senarai, aku mula jadi gusar. Apakah krisis air di Melaka semakin teruk?

Alhamdulilah, bermula lewat malam tadi membawa sampai ke awal pagi, hujun turun tanpa henti. Sejuk bumi Melaka awal pagi tadi. Bila hujan turun macam ini, memang rasa bersyukur sangat. Harapannya agar air di empangan kembali terisi. Tapi harapan itu sebenarnya tak tinggi mana sebab sebelum ini pun ada beberapa kali hujan, tapi catuan air tetap di buat.

Cuma sekarang lebih risau sebab nama taman dah tersenarai. Jadi bermula sekarang dah kena buat simpanan air yang cukup dekat rumah. Tapi, di saat penduduk negeri Melaka berhadapan dengan krisis catuan air di Melaka, kami terpaksa juga berhadapan dengan krisis ketua menteri Melaka.

Rasanya umum semua dah tahu apa yang sedang berlaku di Melaka kan? Aku pun tak mahu ulas panjang mengenai isu ini. Kami semua menyerahkan kebijaksaan TYT untuk menentukan siapa yang layak menjadi ketua menteri Melaka yang baru. Cuma harapannya agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi rakyat negeri Melaka.

Aku tak berapa suka sangat dengan politik ini, Cuma kebelakangan ini, politik menjadi sesuatu yang menarik untuk kita ambil tahu. Melihat dengan lebih jelas keperibadian serta ketokohan setiap pemimpin di dalam mengendalikan beberapa isu. Itu boleh kita jadikan contoh di dalam kehidupan kita. Lebih daripada itu, sejujurnya, aku kurang berminat.

Gigi Geraham Bongsu Bengkak

Hanya kerana 2 gigi geraham rosak! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ceritanya minggu lepas anak sulung aku bawa kad hijau sekolah beri pada aku, katanya doctor dah suruh cabut gigi geraham sebab katanya Gigi Geraham Bongsu dah Bengkak dan mungkin akan bernanah. Aku tiada masalah pun dan terus tandatangan. Tapi hari ahad malam anak aku mengadu sakit kepala dan terus demam secara tiba tiba! Memanglah merisaukan! Hari isnin pagi, terus bawa jumpa doctor dan doctor beritahu, puncanya daripada gigi geraham tersebut! Ahh! Hanya kerana 2 gigi geraham rosak terus demam secara tiba tiba.

Mulanya nak bawa cabut juga hari isnin tu, tapi memandangkan aku perlu masuk kerja, jadi aku terpaksa bawa anak cabut gigi hari selasa. Dan semalam, aku bawa anak aku untuk Cabut Gigi Geraham Bawah. Bila doctor gigi periksa, jumlah kena cabut tu 2 batang gigi. Ahh! Kalau kita orang dewasa ni, dengar kena cabut Gigi Geraham Bawah sampai 2 batang, mahu juga mengigil kaki kan?

Al kisahnya, mulanya doctor kata mungkin Gigi Geraham Bongsu Bernanah. Tapi bila periksa, semuanya ok dan terus cabut. Bila tengok doctor cabut yang pertama tu, dia korek sikit, terus Gigi Geraham Bongsu Pecah (nampak macam rapuh je gigi tu). Kemudian yang kedua tu cabut macam biasa. Dan seperti biasa la, sebelum cabut tu, kena la inject. Waktu tu memang terangkat angkat juga kaki nya.

Alhamdulilah, proses nak Cabut Gigi Geraham Bawah tu mudah. Alhamdulilah. Selesai sahaja cabut, terus balik rumah. Tapi sebelum itu, doctor ada beritahu yang gigi geraham atas pun dah mula bengkak. Anak aku memang ada mengadu sakit kepala. Kata doctor, kalau anak masih mengadu sakit kepala, kena juga bawa untuk cabut yang atas pula. Kalau sakit kepala hilang, maksudnya, ianya berpunca daripada gigi geraham bawah (dan tak perlu cabut yang atas).

Kisahnya, balik je cabut gigi semalam, anak aku masih demam dan membawa ke hari ini demamnya tu. Jadi makin risau jugalah kita tengoknya. Bila Tanya, ada sakit kepala ke, jawabnya tidak (tak tahulah kalau dia tak beritahu perkara sebenar sebab takut nak cabut gigi lagi) tapi memang badan panas dan tak ada selera makan langsung.

Apa pun, aku sekeluarga harap anak sulung aku cepat sembuh. Kita yang dewasa ni pun, kalau Cabut Gigi Geraham Bawah boleh jadi demam inikan anak anak kecil kan? Tambah pula aku memang tengah risau ni sebab Gigi Geraham Bongsu Senget! last jumpa doctor gigi dia dah beritahu yang gigi belakang aku ni senget. Jadi, korang tahukan akibatnya? Arghhh.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ▼  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ▼  March (12)
      • Bila golongan kaya memohon hak sama rata dengan or...
      • Cara memohon penanguhan bayaran pinjaman (Moratori...
      • Cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP ( I-BE...
      • Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee
      • Please stay at home
      • Senarai makanan penting yang perlu di simpan ketik...
      • Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah
      • Umat Islam Tidak perlu solat jumaat jika ini yang ...
      • Apa akan terjadi jika Malaysia Istihar “Lockdown”
      • Rumusan Perlantikan Menteri Kabinet 2020
      • Krisis Air Melaka VS krisis Ketua menteri Melaka
      • Hanya kerana 2 gigi geraham rosak!
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates