Apa akan terjadi jika Malaysia Istihar “Lockdown”

Apa akan terjadi jika Malaysia Istihar “Lockdown” | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan
dalam keadaan sihat walafiat, aminnn. Sehingga ke hari ini, belum ada tanda
tanda Covid 19 akan berakhir. Malahan, setiap hari akan ada pertambahan kes
terbaru. Di dalam negara kita semalam gempar bilamana seorang rakyat brunei positif
covid 19 dan khabarnya beliau baru pulang dari 1 acara di Malaysia. Dan kini,
pihak kesihatan Malaysia sedang mengesan keseluruhan peserta yang turut sama
dalam majlis tersebut.
Bunyi macam
masih terkawal namun bilamana dapat tahu peserta terlibat bukan puluhan, bukan
juga ratusan malahan ribuan orang! Cuba bayangkan kalau separuh daripada
peserta tersebut (yang dianggarkan lebih kurang 5000 orang) ada yang positif
yang mereka kini berada di mana mana kawasan dalam Malaysia, tidakkah ianya
kedengaran seperti sesuatu yang menakutkan?
Untuk rekod
terbaru, negara Itali telah mengisytiharkan “lockdown”. Aku kalau dengar
perkataan ini, terus rasa tergamam. Bukan sebab apa, selalu juga aku beritahu
pada isteri aku, Apa akan terjadi jika
Malaysia Istihar “Lockdown”? Apa persiapan yang kita dah buat? Kalau tiba
tiba kerajaan istihar, cukup ke dengan apa yang kita ada?
Apakah maksud Lockdown?
Mungkin ada
yang tidak faham dengan maksud Lockdown. Baik, lockdown ni membawa maksud
penahanan atau pembatasan sesuatu aktiviti. Kiranya macam ini, bila di
istiharkan lockdown, kita tak dibenarkan untuk keluar rumah. Contohnya sesuatu
kawasan itu menjadi lebih teruk, jadi akan dikeluarkan arahan lockdown dan
semua diminta untuk berada di rumah (untuk mengelakkan ianya menjadi lebih
teruk).
Jika arahan
tersebut dalam masa yang singkat, kiranya masih ok. Jika dalam tempoh yang agak
lama, ada beberapa masalah dekat situ. Dan apa masalahnya? Aku senaraikan di
bawah:
Jika semua
di minta berkurung, kemungkinan:
- Kedai tidak dibuka (kedai makan,kedai runcit dan sebagainya)
- Klinik kesihatan juga mungkin akan tutup
Apa yang merisaukan
aku adalah, jika tiba tiba diistiharkan Malaysia lockdown. Kita pula tak buat
persiapan apa apa. Apakah makanan dirumah cukup? Kena yang waktu itu hujung
hujung sahaja stok makanan dan kedai pula semua tutup macamana?
Kemudian,
waktu itu pula ada anggota keluarga yang sakit dan memerlukan ubat. Jika dekat
dengan hospital ok lah kan. Jika jauh dan klinik sahaja yang dekat. Klinik pula
tutup? Macamana keadaannya tu?
Ini yang
sebenarnya membuatkan aku jadi risau kalau kalau Malaysia tiba tiba Istihar “Lockdown”.
Semalam ada
terbaca perkongsian seorang rakan dalam laman sosial, mengenai apakah yang
perlu di siapkan di rumah jika perkara sedemikian berlaku (harapan besar kami
agar Malaysia dijauhkan daripada perkara ini). Dan ini adalah beberapa idea
perkongsian beliau.
Jenis jenis makanan yang tahan lama (untuk
disimpan).
- Tepung gandum
- Kekacang kering
- Makanan dalam tin
- Beras
- Kopi/gula
- Madu, habbatus sauda,kurma
- Air mineral
- Minyak masak
- Ikan masin
Rasanya setakat
ini sahaja kut yang boleh aku senaraikan Jenis
jenis makanan yang tahan lama (untuk disimpan) insyaAllah, jika ada
kesempatan lagi, aku akan update senarai makanan yang lain yang boleh kita
jadikan simpanan/bekalan buat kita dan keluarga, ok! Semoga memberi manfaat
kepada semua ya!
1 Comments
Itulah admin, saya tertunggu tunggu juga bila Malaysia Nak lockdown, best apa, sebagai pengajara kepada rakyatnya Dan kerajaan sebelum ini, yang tak ambik kisah pasal covid 19. Dah tahu bahaya pergi juga ke negara tersebut bawa balik penyakit.
ReplyDelete