Bila golongan kaya memohon hak sama rata dengan orang miskin | MrEjoy

Bila golongan kaya memohon hak sama rata dengan orang miskin

bantuan khusus untuk artis malaysia

Bila golongan kaya memohon hak sama rata dengan orang miskin | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak viral juga dalam beberapa hari ini kan dalam laman sosial tentang golongan artis yang memohon bantuan khusus daripada pihak kerajaan berkenaan bantuan yang diumumkan baru baru ini. Kemudian dalam sehari dua ini, muncul pula usahawan kaya yang terkenal, mempertikaikan pula bantuan yang diberikan kerajaan kepada orang miskin. Katanya bantuan tersebut tidak adil. Berat sebelah mungkin.

Aku pun sebenarnya malas nak ulas panjang. Cumanya bagi mereka yang kais pagi makan pagi ni, bantuan itu sudah cukup besar dan kena faham, ianya hanya sekali dapat je. Bukan kata tiap bulan dapat. Ini ada aku baca, ada “golongan atasan” yang memohon agar diberikan bantuan kewangan setiap bulan selama 6 bulan!

Yang dipinta pula bukan sedikit. Ribu ribu juga lah. Dan bantuan itu pula khusus buat mereka. Bayangkan, golongan yang pada kebanyakkan orang hidup mewah sebelum ini memohon bantuan sedemikian rupa. Macamana pula dengan golongan bawahan ini? Yang sewaktu ini, nak makan pun minta bantuan pada orang lain?

Pada aku, lebih baik kerajaan beri bantuan sedemikian pada golongan sebegini. Mereka lebih layak. Dan ada betulnya kata beberapa orang rakan yang golongan sebegini jugalah yang akan merancakkan ekonomi negara ketika ini kerana wang yang diberikan kerajaan akan digunakan semula untuk negara.

Maksud aku dekat situ, wang tersebut akan digunakan untuk beli barangan dapur/rumah. Aiks? Kenapa? Golongan kaya tak guna wang untuk beli barang dapur atau rumah ke? Betul, mereka juga akan guna wang tersebut. Cumanya, semalam aku terbaca dekat mana tah, lupa siapa yang cakap tu, katanya wang yang diberikan kerajaan tu, nak beli barang kereta pun tak lepas? Ha?

Apa pun, pemikiran aku tetap sama dengan kebanyakkan orang ketika ini. Golongan kaya ini dah pasti ada simpanan kewangan mereka kalau nak dibandingkan dengan golongan bawahan ya! Kena faham, orang bawahan ini bukan taknak simpan duit tapi mereka tak mampu nak menyimpan! Kalau boleh simpan, dah lama mereka simpan dan mungkin sekarang ini dah kaya dan membantu orang lain.

Jangan katakan nak pakai kereta mewah, nak naik pun belum tentu. Ini kan pula nak buat video tentang semua harta yang ada. Jauh sekali. Apa pun, kita semua rakyat Malaysia. Pada aku, bantuan yang diumumkan kerajaan itu cukup adil. Ada beberapa kategori bantuan, dan jika rasa layak, boleh sahaja memohon daripada situ.

Mereka yang berada di barisan hadapan adalah mereka yang paling layak memohon pelbagai bantuan khusus. Namun, mereka tetap berjuang dan menerima apa sahaja bantuan yang diberikan. Berpanas berhujan, berisiko dengan penyakit. Berkorban untuk negara dan keluarga. Bekerja siang malam. Mereka yang lebih layak sebenarnya. Semoga Malaysia bebas wabak sebelum tibanya Ramadan 2020, aminnn.

Share:

0 comments