Cara memohon penanguhan bayaran pinjaman (Moratorium) Cimb Bank

Cara memohon penangguhan bayaran pinjaman
(Moratorium) Cimb Bank | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ini mesti ramai yang
cari info mengenai macam mana nak apply penangguhan bayaran pinjaman bank
selama 6 bulan tu kan? Ini adalah berikutan saranan daripada pihak kerajaan Malaysia
yang meminta semua bank agar memberikan penangguhan kepada peminjam bagi
bayaran pinjaman selama 6 bulan. Lama juga kan? Dan berikut merupakan Cara memohon penangguhan bayaran pinjaman
(Moratorium) Cimb Bank.
Kenapa Cimb
bank? Sebabnya aku buat pinjaman perumahan dengan bank ini. Untuk bank lain, Rasanya
caranya juga sama. Baik, sebelum aku beritahu cara caranya, semua kena faham
dulu kenapa kerajaan menawarkan Moratorium ini.
Kena faham
ya, ini adalah penangguhan. Itu membawa maksud, loan tetap kena bayar Cuma tangguh
selama 6 bulan. Jika sebelum ini, loan habis tempoh bulan 6 2040, maka selepas
ini loan akan habis bulan 12 2040. Akan lajak 6 bulan ke depan. Sebab kini dah
ambil penangguhan bayaran pinjaman
(Moratorium) ini.
Ini adalah
salah satu langkah kerajaan di dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan
akibat covid-19. Pastinya ramai yang akan terkesan jika tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di lanjutkan. Jadi, kerajaan sudah awal awal membantu kita
semua.
Namun,
ianya adalah 1 pilihan untuk kita semua. Kita boleh sahaja bayar seperti biasa
ataupun ambil pilihan penangguhan bayaran
pinjaman (Moratorium) ini. Kalau tak mampu nak bayar penuh, boleh bayar
separuh. Kalau mampu bayar profit bank, maka bayar profit sahaja. Kalau mampu
bayar principal, bayar principal sahaja. Terpulang pada kewangan masing masing
ya.
Baik,
sekarang kita pergi pula pada Cara memohon
penangguhan bayaran pinjaman (Moratorium) Cimb Bank. Aku baru sahaja telefon
pegawai bank cimb sekejap tadi bertanyakan hal ini. Daripada suara beliau,
rasanya dah banyak panggilan yang beliau terima (suara penat+macam nak marah)
namun penerangan beliau yang lebih penting.
Jika sebelum
ini bagi sesiapa yang ingin memohon penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan
haruslah mengisi borang dan mestilah mendapat kelulusan pihak bank namun
sekarang ianya adalah secara automatik. Maksudnya bermula bulan ini, dah tak
perlu bayar sehinggalah 6 bulan. Bulan ke 7 harus bayar semula ya!
Dalam kesempatan
ini, perlulah kita rancang kewangan kita dengan baik. Melihat kepada keadaan
ekonomi sekarang, sangat baik jika kita ada simpanan selama 6 bulan dan inilah
masanya untuk mewujudkan simpanan tersebut. Dan jangan pula leka tak bayar loan
selama 6 bulan ini ya! Loan tetap kena bayar, bukan apa, takut lama sangat,
nanti jadi malas pula nak bayar. Hehe.
Oklah,
semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
0 Comments