Cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP ( I-BESTARI)

Cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP (
I-BESTARI) | Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Kerajaan baru baru ini ada mengumumkan bahawa akaun 2 KWSP
kini boleh dikeluarkan untuk membantu kewangan rakyat Malaysia yang kini dalam
tempoh berkurung. Setakat hari ini, tempoh berkurung masih kekal sehingga 31
mac 2020. Inisiatif ini pada aku sangat bagus buat mereka yang terkesan dengan
ekonomi. Berikut merupakan Cara untuk
memohon pengeluaran akaun 2 KWSP ( I-BESTARI).
Sebelum itu,
kita semua kena faham apakah tujuan utama kerajaan membenarkan ahli kwsp
mengeluarkan akaun 2 mereka.
#1. Membantu
rakyat mempunyai lebihan kewangan untuk membeli barangan keperluan harian. Macam
yang aku ada beritahu awal tadi, ini sangat membantu mereka yang terkesan
dengan covid-19 ini. Contohnya mereka yang terpaksa bercuti tanpa gaji. Jika tempoh
kawalan ini berpanjangan, ini akan memberikan kesan yang buruk pada mereka.
#2. Memastikan
aliran kewangan tunai dalam negara lancar. Jika rakyat mempunyai wang, mereka
akan membelanjakan wang tersebut seterusnya merancakkan kembali ekonomi negara
yang sedikit menurun akibat daripada covid-19.
Orait,
sebelum itu, akaun 2 kwsp ini memang boleh dikeluarkan ya (aku sendiri kerap
keluarkan akaun 2 untuk pembayaran rumah). Ada 17 sebab yang dibenarkan untuk
kita keluarkan duit daripada akaun 2 kwsp:
- Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP
- Pengeluaran Pendidikan
- Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah
- Bina Rumah
- Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Perumahan Fleksibel
- Perumahan PR1MA
- Pengeluaran KWSP Untuk Haji
- Kesihatan
- Simpanan Melebihi 1 Juta
- Hilang Upaya
- Meninggalkan Negara
- Meninggal Dunia
- Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan
- Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun
- Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun
Cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP (
I-BESTARI).
Ok. Ada 3
cara untuk memohon pengeluaran akaun 2 kwsp I-BESTARI iaitu :
- Melalui talian (e-pengeluaran melalui i-akaun)
- Melalui email : ilestarimohon@epf.gov.my
- Melalui pos/pos berdaftar ke alamat kumpulan wang simpanan wang pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari).
Untuk pengeluaran
I-BESTARI ini, jumlah maksimum hanya RM500 sebulan. Kalau dalam akaun 2 kita
ada RM30,000 sekalipun, hanya di benarkan untuk keluarkan RM500 sahaja setiap
bulan. Jelas kan? Dan wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank (jika permohonan
lulus).
Bagi mereka
yang ingin membuat pengeluaran akaun 2 kwsp I-BESTARI, kerajaan telah
menetapkan:
-Bermula
dari 1 April 2020 secara emel dan pos
-Bermula
dari 1 Mei 2020 secara dalam talian
Permohonan
bagi pengeluaran I-BESTARI adalah maksimum 12 bulan.
Jadi buat
mereka yang ingin mengeluarkan wang mereka daripada akaun 2, diharapkan
dapatlah menggunakan ianya dengan cara yang terbaik dan berhemah. Jika terdapat
lebihan, bolehlah dijadikan simpanan kewangan kita di masa hadapan memandangkan
ekonomi Malaysia malahan dunia tidak berada di dalam keadaan yang baik ketika
ini.
Tags:
Cerita MrEjoy
0 comments