Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah
Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di
rumah | Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Nampaknya wabak Covid-19 semakin menunjukkan peningkatan
di Malaysia. Setakat artikel ini di tulis, seramai 428 orang telah dijangkiti
coronavirus menjadikan Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam asia! Ini
bukanlah sesuatu yang mengembirakan malah kita sebagai rakyat Malaysia perlu
lebih berjaga jaga. Namun di dalam kegusaran kita terhadap wabak ini, ramai
yang mengambil kesempatan menjual Face mask dan hand sanitizer dengan harga tak
masuk akal! Dan Hari ini aku nak kongsikan Cara
mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah!
Hand
sanitizer dan face mask kini menjadi antara barang terlaris di pasaran. Jadi
tak hairanlah jika terdapat pelbagai jenama terbaru hand sanitizer di pasaran. Yang
tumbuh bak cendawan selepas hujan. Face mask pula seperti biasa namun yang
menjadi luar biasa adalah harganya! Cuba bayangkan ada yang menjual 1 face mask
ini dengan harga RM30! 1 tau bukan 1 kotak! Betul nak pergi mekah balik hari.
Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di
rumah.
Sebenarnya ramai
yang gusar bila hand sanitizer tidak ada di kedai kedai (kerana habis di borong
orang persendirian). Jadi macam kelam kabut. Tapi tak ramai yang tahu
sebenarnya kita boleh buat sendiri hand sanitizer ini di rumah. Cara nak buat
pun mudah. Namun perlu juga kita tahu, pihak berwajid telah mengeluarkan info
yang mana membasuh tangan dengan sabun dan air adalah lebih berkesan. Namun,
hand sanitizer juga boleh digunakan.
Bahan bahan
yang diperlukan untuk membuat Hand Sanitizer.
- Dettol
- Sterile water
Cara menghasilkan
hand sanitizer:
- Campurkan 20% Dettol & 80% sterile water (untuk menghasilkan 100ml hand sanitizer)
- Campurkan 10% Dettol & 40% sterile water (untuk menghasilkan 50ml hand sanitizer)
Dah campurkan,
letakkan di dalam botol spray. Kemudian siap untuk digunakan!
Namun harus
diingatkan yang ianya tidak sesuai untuk kanak kanak di bawah umur 10 tahun
kerana ketebalan kulit (Dettol agak kuat dan dikuatiri memberi kesan pada kanak
kanak di bawah 10 tahun).
Apa pun,
sekali lagi di ingatkan, membasuh tangan dengan sabun dan air adalah lebih
berkesan di dalam mengawal penyebaran covid-19. Semoga kita semua dilindungi
dan dijauhi daripada wabak ini, aminnn.
0 Comments