Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee

Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Hari ini hari ke lima seluruh penduduk Malaysia menjalani perintah
kawalan pergerakan. Dan sehingga ke hari, tiada tanda tanda covid-19 akan reda
malah semakin hari semakin menunjukkan peningkatan dan jumlah kematian setakat
hari ini adalah 9 orang. Di dalam keadaan yang gusar ini, tiba tiba wujud kopi
viral dengan nama Dalgona Coffee. Agak penuh juga gambar kopi viral ini dekat
laman sosial. Mulanya ingat susah lah nak buat, rupanya senang je nak buat dan
inilah Cara paling mudah nak buat
Dalgona Coffee!
Orait.
bahan bahan nak buat kopi viral ini mudah sahaja. Boleh dapatkan di kedai
runcit berhampiran. Namun harus diingatkan, dalam tempoh perintah kawalan pergerakan
ini, janganlah kejap kejap nak keluar rumah ya! Kemudian, janganlah keluar rumah
secara berjemaah, kalau boleh keluar seorang sahaja melainkan mereka yang
bujang. Itu tak boleh buat apa la. Hehehe.
Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee!
Orait!
bahan bahan yang diperlukan adalah:
- 2 sudu besar serbuk nescafe (nak guna serbuk kopi lain pun boleh)
- 2 sudu besar gula putih/perang
- 3 sudu air panas
- Susu rendah lemak/full cream
- Ais kiub
Cara nak buat kopi viral.
- Cara pertama adalah, masukkan 2 sudu serbuk nescafe, 2 sudu gula dan 3 sudu air panas.
- Kemudian gaulkan dan pukul sehingga kembang. Boleh guna hand mixer atau kalau tiada boleh je guna tangan (tapi lenguh sedikit la). Buat dalam 5 ke 10 minit sampai ianya berubah bentuk.
- Kemudian ambil gelas dan isikan ais kiub. Kemudian masukkan separuh susu rendah lemak. Kemudian masukkan nescafe yang kita dah buat tadi dekat bahagian atas. Akhirnya, siap untuk di minum!
Ha, amacam?
Mudahkan nak buat Dalgona coffee ini. Ini kalau dekat restoran mewah ini, tah
berapa la harga dia kan. Lebih jimat kalau kita buat sendiri je dekat rumah! Boleh
minum sampai puas! Oklah, semoga memberi manfaat dan dapat menghilangkan rasa
bosan sepanjang tempoh berkurung ini ya! Daa~
0 Comments