Krisis Air Melaka VS krisis Ketua menteri Melaka

Krisis Air Melaka VS
krisis Ketua menteri Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan bernafas dan sihat walafiat. Krisis
air di Melaka nampaknya masih belum menunjukkan tanda tanda positif. Ini kerana,
kawasan perumahan aku yang sebelum ini tidak terlibat sama sekali dalam catuan
air kini tersenarai. Sebelum ini Cuma dengar keluhan rakan rakan di taman lain
(sebab dalam senarai sebelum ini pun, taman aku memang terkecuali) tapi bila
tengok nama taman tersenarai dalam list terkini, mulalah tak senang duduk.
Alkisahnya, dekat taman aku memang ada 1 tangki besar. Besar
sungguh! Mungkin atas alasan tersebut taman aku sering kali tidak terlibat sama
sekali dalam catuan air. Tapi bila mana sekarang ini, nama taman aku termasuk
di dalam senarai, aku mula jadi gusar. Apakah krisis air di Melaka semakin
teruk?
Alhamdulilah, bermula lewat malam tadi membawa sampai ke
awal pagi, hujun turun tanpa henti. Sejuk bumi Melaka awal pagi tadi. Bila hujan
turun macam ini, memang rasa bersyukur sangat. Harapannya agar air di empangan
kembali terisi. Tapi harapan itu sebenarnya tak tinggi mana sebab sebelum ini
pun ada beberapa kali hujan, tapi catuan air tetap di buat.
Cuma sekarang lebih risau sebab nama taman dah tersenarai. Jadi
bermula sekarang dah kena buat simpanan air yang cukup dekat rumah. Tapi, di
saat penduduk negeri Melaka berhadapan dengan krisis catuan air di Melaka, kami
terpaksa juga berhadapan dengan krisis ketua menteri Melaka.
Rasanya umum semua dah tahu apa yang sedang berlaku di Melaka
kan? Aku pun tak mahu ulas panjang mengenai isu ini. Kami semua menyerahkan
kebijaksaan TYT untuk menentukan siapa yang layak menjadi ketua menteri Melaka yang
baru. Cuma harapannya agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi rakyat
negeri Melaka.
Aku tak berapa suka sangat dengan politik ini, Cuma kebelakangan
ini, politik menjadi sesuatu yang menarik untuk kita ambil tahu. Melihat dengan
lebih jelas keperibadian serta ketokohan setiap pemimpin di dalam mengendalikan
beberapa isu. Itu boleh kita jadikan contoh di dalam kehidupan kita. Lebih
daripada itu, sejujurnya, aku kurang berminat.
0 Comments